Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 1st June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,404 kes (81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 1 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,857 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,338 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 38 kes baharu yang dilaporkan, 26 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 12 kes penularan tempatan, enam (6) kes adalah kes bukan warganegara dan hanya enam (6) kes di kalangan warganegara Malaysia.

https://kpkesihatan.com/2020/06/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Penyakit Gout.

Dengarkan di Minnalfm bersama Dr. Vijayan a/l Paniraelvam, Pakar Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang esok pada pukul 10.00 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Covid-19 & Oral Health Care Workers : KETAHUI RISIKO ANDA!
Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 pm, 01 Jun 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hai adik-adikk 😍😍

Haa.. masih ada adik-adik yang dalam mood raya lagi ke tu?
Kalau dah habis raya dan tengah mencari aktiviti, apa kata sertai #SearchNDestroy Colouring Contest ni.

Syarat-syarat penyertaan seperti di atas tau.
Jom ajak kawan-kawan sertai juga..jika terpilih sebagai pemenang, hadiah ekslusif HePiLI menanti adik-adik 🥰🥰

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2954402084673882&id=134375926676526

#kitateguhkitamenang
#stayathome
#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI

Sumber: Kelab Doktor Muda
Generasi Muda Berani Bersuara.

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama En. Mohamed Syakreen Razali, Pegawai Pendidikan Kesihatan, KKM sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau.

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Ibubapa yang baik sentiasa melindungi anak-anak mereka dari pengaruh rokok dan vape.

Generasi muda mesti dilindungi.

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Putuskan Rantaian COVID-19

Saksikan rancangan Soal Rakyat bersama Dr. Badrul Hisham Abd Samad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KKM pada pukul 11.00 malam esok di TV3.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes positif mengikut negeri (setakat 02/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 02/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 2nd June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 2 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 20 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,292 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 5 kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/06/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tekanan Semasa PKPB

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 8.30 pagi di TV3 bersama Puan Engku Mardiah Engku Kamarudin, Ketua Penolong Pengarah (Psikologi Kaunseling), KKM.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Perokok Berisiko Tinggi

Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia bersama Dr. Norliana Ismail pagi esok pada pukul 8.20 pagi di TV1.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku