Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 5 Mei 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tip kekal aktif sepanjang hari.

Ingat ye.. walaupun kita berpuasa, perlu kekal aktif.

#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Anda syak berlakunya penderaan?

Jadilah warga yang prihatin.

Segera hubungi talian bantuan seperti yang tertera.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/240426853945635/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 6th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah tiga kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 6 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, di mana sebanyak satu (1) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 9 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/05/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan cadangan serta komen menerusi Tinjauan Soal Rakyat:

Cadangan Untuk Rakyat Malaysia Kekal Selepas PKP menerusi FB dan Google Form.

Anda telah membantu KKM untuk membantu anda!

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
TikTok 7 langkah cuci tangan menggunakan Hand Sanitizer.

1️⃣ Basahkan tangan dengan hand sanitizer
2️⃣ Gosok Kedua-dua tapak tangan
3️⃣ Gosok belakang tangan dan celah jari
4️⃣ Gosok setiap jari dan celah jari
5️⃣ Gosok belakang jari kanan ke tapak tangan kiri
6️⃣ Gosok kedua-dua ibu jari
7️⃣ Gosok hujung jari di kedua-dua tapak tangan

🎆 Happy Hand !! 🎆

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
MENTARI merupakan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat yang menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

Sila hubungi MENTARI yang berkenaan untuk aturkan temujanji sebelum hadir ke pusat tersebut.

#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam Ramadan.

Jadikan Ramadan sebagai permulaan BERHENTI MEROKOK.

Sesungguhnya perjuangan berhenti merokok bukanlah mudah.

Dapatkan bantuan berhenti merokok di talian Quitline 03-88834400 atau layari jomquit.moh.gov.my

#speakout
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 6 Mei 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/269070334135255/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 7th May 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 74 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,776 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah hampir dua kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

Sehingga 7 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 39 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,584 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

https://kpkesihatan.com/2020/05/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/