Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 26th April 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 100 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,862 kes (66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan.

Sehingga 26 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 38 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,780 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,820 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 15 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 98 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/04/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Saksikan rancangan Reaksi Rakyat di Astro Prima pada pukul 9.00 malam esok.

Dua topik yang akan dibincangkan adalah COVID-19 : Misi Bantuan Kemanusiaan dan COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan dan Ramadan bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dan Dr. Siti Sara Yaacob.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
#StressFree Doodle Challenge ini telah dianjurkan oleh KelabDoktorMuda.

https://www.facebook.com/170501559668050/posts/3235200783198097/

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori.

𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥
🎉 Adreana Ammameen binti Mohd Shafie
🎉 Daniel Lu Yew Ching
🎉 Haseef bin Mohd Aizam

𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐋𝐮𝐤𝐢𝐬𝐚𝐧
🎉 Eelasini a/p Sai Seelan
🎉 Nurul Adillah binti Abdul Rahman
🎉 Haishwaryaa a/p Sai Seelan

Tahniah & terima kasih diucapkan kepada pemenang.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 26 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Bagi yang terlepas sesi perkongsian mengenai Hari Malaria 2020 yang disiarkan pagi tadi, boleh tonton di sini.

https://m.youtube.com/watch?v=jP5hdBZsJ84&feature=share
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 27th April 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Bantu kami untuk kami bantu anda.

Anda di pelawa untuk memberi cadangan atau pandangan kepada KKM untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas PKP.

Cadangan atau pandangan anda boleh diberi melalui pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID

Terima kasih.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,957 kes (­­67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan.

Sehingga 27 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 40 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 99 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Nafas Baru Bermula Ramadan.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia bersama En. Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain pada pukul 10.00 pagi di TV1.

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sekiranya anda mengalami gejala COVID-19 dan merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 atau jika tinggal / pernah berada di kawasan penularan COVID-19 yang telah dikenal pasti, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

Rawatan awal dapat mengurangkan risiko penyakit menjadi lebih kritikal.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hari Malaria Sedunia 2020.

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohd Hafizi Abdul Hamid dari Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.
Duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan anda makan secara tidak terkawal? Ingin kurus dalam tempoh PKP? Mahu membuat pembelian Ubat Kurus secara online?

Berhati-hati! Ambil tahu RISIKO pembelian ubat kurus secara online.

Anda mungkin terdedah kepada risiko-risiko seperti berikut:
1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM.
2. Ubat yang dicampur dengan bahan terkawal seperti Sibutramine tanpa mengetahui jumlah kandungan sebenar bahan tersebut yang dicampurkan.
3. Iklan ubat yang tiada kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, KKM
4. Kesan sampingan yang memudaratkan daripada ubat tidak berdaftar atau palsu

KKM ingin menasihatkan agar jangan terus percaya iklan ubat kurus. Semak dahulu sebelum klik:
1) No. pendaftaran MAL ubat dan pelekat keselamatan hologram dan
2) No. KKLIU bagi iklan ubat

Untuk kekal sihat, lakukan senaman secara berkala dan ambil diet yang seimbang.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau Apple Store.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anda stres?

Uruskan stres dengan bijak.

Amalkan cara hidup sihat
Makan secara sihat
Uruskan waktu dengan bijak
Kongsi perasaan dengan orang yang anda percayai

#letstalkmindasihat
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 27 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk