Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes (63.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren yang dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 23 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,603 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,966 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 42 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 21 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95 kes (1.70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Makluman Terkini COVID-19.

Dengarkan di minnalfm bersama Dr. Vickneshwaran Muthu pada pukul 9.20 pagi.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Bermula 24 April 2020, Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan COVID-19, anda boleh terus berhubung dengan Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) Kebangsaan sama ada melalui talian telefon, emel atau whatsapp seperti yang tertera.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID 19 : Lalui Ramadan

Saksikan dalam rancangan Borak Kopitiam di TV3 bersama Dr. Siti Sara Yaacob, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pada pukul 8.40 pagi esok.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan Pickup Line Challenge ni kan?

Sabar ye... 28 April 2020 nanti kami akan umumkan pemenang.

Selamat berpuasa!

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 23 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Minggu Imunisasi Sedunia (World Immunization Week) disambut pada 24 – 30 April setiap tahun.

Tema oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO) bagi tahun 2020 ialah #VaccinesWork for All” atau “Vaksin berkesan untuk semua” yang bertujuan untuk mempromosikan penggunaan dan kepentingan vaksin untuk melindungi semua golongan umur dari penyakit cegahan vaksin. Tema ini juga memberi fokus kepada organisasi termasuk anggota kesihatan yang terlibat dalam pelaksanaan Program Imunisasi walau di mana pun mereka berkhidmat, dengan tujuan untuk melindungi kesihatan masyarakat tanpa mengira etnik, bangsa dan agama.

WHO juga mengiktiraf tahun 2020 sebagai International Year of the Nurse and Midwife; di mana ianya sangat bertepatan dengan peranan mereka sebagai anggota barisan hadapan yang menyumbang kepada kejayaan Program Imunisasi Kebangsaan. Mereka adalah Vaccine Champions yang menjuarai program imunisasi untuk kesejahteraan ibubapa, masyarakat dan negara. Mereka menjadi nadi kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi.

https://kpkesihatan.com/2020/04/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-april-2020-minggu-imunisasi-kebangsaan-24-30-april-2020-world-immunization-week-2020/
Hari ini, berbuka nanti nak pesan makanan dari kedai A lah. Teringin pula nak makan makanan dari situ. Biasanya setiap tahun akan berbuka beramai-ramai di kedai A tapi oleh kerana PKP dan COVID-19 ni, pesan online je la.

Pastikan memesan makanan yang seimbang
Kurangkan pembelian makanan yang berlemak, berminyak, tinggi garam dan tinggi gula
Tidak memesan makanan secara berlebihan

Elakkan pembaziran makanan!

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Gian untuk merokok selepas berbuka?

Fokuslah kepada ibadah.

Sibukkan diri dengan melakukan ibadah seperti berterawih dan membaca Al-Quran.

Mulakan nafas baru bermula Ramadan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 24th April 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,663 kes (64.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 24 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 88 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,691 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,932 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 41 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 96 kes (1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/04/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
https://www.facebook.com/115461158474245/posts/3050247441662254/?vh=e&d=n

Ramadan Luar Biasa

Wabak Covid-19 menyebabkan sambutan Ramadan kali ini sangat berbeza. Namun, dengan teknologi digital, kita masih boleh kekal berhubung, beribadah dan mencari rezeki.

Ramadan kali ini bukan Ramadan biasa, Ramadan kali ini #RamadanLuarBiasa.

Selamat berbuka puasa.

#DigitalVsCovid
#DigitalMemudahkanKehidupan
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita

Sumber: MDEC
#Curhat4hero Challenge ini telah dianjurkan oleh KelabDoktorMuda.

Berikut merupakan senarai pemenang #Curhat4hero.

🎊 Nur Iman Faqihah binti Mohd Helmi
🎊 Aqmar Brothers
🎊 Gabriela Gumba Anak Brindine Nari

Tahniah & terima kasih diucapkan kepada pemenang.

https://www.facebook.com/170501559668050/posts/3235122083205967/

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar KPK 25 April 2020 – Sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan Tahun 2020

Hari Malaria Sedunia disambut setiap tahun pada 25 April di seluruh dunia bagi menyatakan komitmen berterusan untuk pencegahan dan kawalan penyakit malaria.

Untuk makluman, Malaysia telah berjaya mengekalkan status sifar malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) sejak tahun 2018 lagi. Status berkenaan telah berjaya dikekalkan sepanjang tahun 2019 dan terkini setakat tempoh Januari hingga 18 April 2020. Kejayaan untuk kekal sifar sejak 2018 perlu diteruskan untuk tiga tahun berturut-turut bagi melayakkan Malaysia mendapatkan Pensijilan Eliminasi Malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) daripada WHO pada tahun 2021.

Walau bagaimanapun, malaria zoonotik yang berpunca dari monyet dan kes malaria import dari negara luar masih dilaporkan di negara ini. Sehubungan itu, KKM berharap penglibatan komuniti dan agensi lain dalam pencegahan penyakit malaria dapat dipertingkatkan.

Baca dengan lebih lanjut di https://kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-sambutan-hari-malaria-peringkat-kebangsaan-tahun-2020/
Hari Malaria Sedunia disambut setiap tahun pada 25 April di seluruh dunia bagi menyatakan komitmen berterusan untuk pencegahan dan kawalan penyakit malaria. Pada tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan tema sambutan adalah ‘Sifar Malaria Bermula Dari Kita’ (Zero Malaria Starts With Me).

#malaria
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 24 April 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk