Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Puan Rani Chandra Sanmugam akan bersiaran dalam rancangan Adutham Kattam dengan membincangkan topik 𝑺𝒐𝒄𝒊𝒂𝒍 𝑹𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏𝒔𝒉𝒊𝒑 𝑷𝒐𝒔𝒕-𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗.

Saksikan pada pukul 3.30 petang di Astro Vinmeen HD dan Astro Vaanavil.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
COVID-19 : Tekanan Emosi dan Fizikal

Saksikan dalam rancangan Reaksi Rakyat pada pukul 9.00 malam bersama Dr. Nurashikin Ibrahim di Astro Prima.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi untuk mengambil bekalan ubat separa/susulan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh PKP.

Anda juga boleh mendapatkan ubat menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

Hubungi fasiliti kesihatan di mana anda / pesakit dapatkan rawatan bagi perkhidmatan ini.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Dah bertanya khabar dengan Tok Ayah harini?

Selalulah berhubung dengan orang tersayang bagi meredakan kerisauan mereka.

#COVID19
#sihatm2ilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Hai uols,

Ni admin nk share karya-karya #curhat4heroes yang admin terima untuk challenge sebelum ni.

Tengkiu uols atas penyertaan dan ucapan semangat yang uols sediakan terutama buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tak dalam usaha membendung wabak COVID-19 ni, especially our frontliners yang berjuang setiap hari.

Each and everyone of us pun ada tanggungjawab yang perlu kita lakukan untuk sama-sama membendung wabak ni kan?

Teruskan #dudukrumah, tp bagi ketua keluarga yang perlu keluar atas urusan penting, amalkan #socialdistancing dan pastikan cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2850946241686134&id=134375926676526

#kitamestimenang guys!!
#strongertogether
#stayathome
#kamidoktormuda
#gengprosis
#hepili
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 19 April 2020

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Semasa PKP, ramai yang mula keluarkan bakat terpendam sebagai chef.

Jom masak secara sihat di rumah. Semestinya sedap dan berkhasiat.

Jangan lupa untuk kekal aktif bagi mengekalkan berat badan anda.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 20th April 2020, 12 pm

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM pinned «Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan tinjauan berkaitan faktor-faktor yang menyumbang kepada pematuhan terhadap langkah pencegahan di kalangan rakyat Malaysia…»
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 98 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes (60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti dilihat beberapa hari ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 20 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 36 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,425 kes. Ini merupakan bilangan kes harian yang paling rendah direkod setakat ini. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes.

Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sukacita dimaklumkan, daripada maklumat terkini yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada sebarang kes kematian yang terbaharu setakat ini. Oleh itu, sehingga pukul 12 tengah hari 20 April 2020, jumlah kematian kekal 89 kes.

Penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua (2) minggu yang lalu.

Namun demikian, jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua (2) minggu akan datang memandangkan aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

https://kpkesihatan.com/2020/04/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Hari ini Coach Hammed akan mengetuai kita dalam sesi Home Workout dengan aktiviti Let's Go Young.

Abang Kakak yang nak sentiasa muda tu.. jom sertai home workout ini pada pukul 11.00 pagi nanti.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sempena ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa, 21 April, beliau ada permintaan untuk anda semua...

#dudukrumah
#stayathome
#COVID19

Sumber: BERNAMA TV
COVID-19 : Kaunseling dan Motivasi.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 11.00 pagi bersama Puan Hazmarizal Che Abd Hamid di TV1.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 20 April 2020

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang