Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 9 April 2020

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik COVID-19 di seluruh dunia setakat 9 April 2020
DIREKTORI FASILITI DENGAN PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS (UMP) 2020

Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.

Untuk makluman semua, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP adalah sebanyak RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Kos ini ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai (cash on delivery) kepada pihak Pos Malaysia, semasa pesakit menerima bekalan ubat.

Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April 2020 hingga 30 Jun 2020, iaitu bagi tempoh 3 bulan, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat-ubat yang boleh dibekalkan melalui perkhidmatan UMP ini adalah ubat-ubat biji seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8⁰C, pesakit disarankan untuk menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Sila klik pada pautan "Google Drive" di bawah untuk mendapatkan senarai direktori fasiliti dengan perkhidmatan UMP (Ubat Melalui Pos) - Dikemaskini pada 9hb April 2020

https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1boCiL9vkIF9daZwVVu8FymDOvDS5p3Bu?usp=drive_open
Perutusan Khas YAB Perdana Menteri jam 4.00 petang ini.

#dudukrumah
#stayathome
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=223702005362923&id=415121165218337

[[LIVE]] Perutusan Khas Perdana Menteri - 10 April 2020 (Jumaat)

Bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Teruskan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"𝑱𝑼𝑺𝑻 𝑺𝑻𝑨𝒀 𝑨𝑻 𝑯𝑶𝑴𝑬, 𝑫𝑼𝑫𝑼𝑲 𝑫𝑰 𝑹𝑼𝑴𝑨𝑯 & 𝑱𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑼𝑨𝑹"

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memastikan kita semua selamat. Andalah wira negara!

#BeritaRTM
Status terkini lima kluster sehingga 12pm, 9 April 2020.
MySejahtera adalah aplikasi pemantauan COVID-19 yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri dan mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan serta menerima maklumat terkini dan panduan daripada sumber yang sahih.

- KPK KKM -
Lima tahap jangkitan COVID-19 pada manusia.

88% pesakit di Malaysia berada tahap satu dan dua.

Staging of COVID-19 infection. 88% patients in Malaysia are at stage 1 and 2.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi sehingga 28 April 2020

- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/512277083011882/
TERKINI #COVID19Malaysia, 10 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 118 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,830 kes bersamaan dengan 42.11% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 10 April 2020.
Keseluruhan kes positif 4,346 dengan 42.11.% telah sembuh bersamaan 1,830 pesakit dan 1.61% atau 70 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 10 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 118 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,346 orang.
Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 222 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,830.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 69 orang dan 40 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 70 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 10 April 2020 adalah seramai 3 orang.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 70 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 10th April 2020, 12 pm

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Rumusan kes kluster #COVID19: Kluster perhimpunan di Masjid Seri Petaling sehingga 12pm, 10 April 2020.