Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kepada rakyat Malaysia. Justeru, semua petugas barisan hadapan (frontliners) atau individu yang terkesan emosi daripada kejadian COVID-19 boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menghubungi talian berikut:

• 011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935

Waktu operasi bagi perkhidmatan sokongan psikososial adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas psikologi KKM dan sukarelawan MERCY Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156915410261237&id=373560576236
Kenapa perlu duduk di rumah?

Ini sebabnya.

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/525062368173139/
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 09 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 109 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,228 orang.

Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 121 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,608.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 72 orang dan 43 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang.
Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 67 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
TERKINI #COVID19Malaysia, 09 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 121 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,608 kes bersamaan dengan 38.03% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 09 April 2020.
Keseluruhan kes positif 4,228 dengan 38.03.% telah sembuh bersamaan 1608 pesakit dan 1.58% atau 67 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 09 April 2020 adalah seramai 2 orang.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 67 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (09 April 2020, 12 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (09 April 2020, 12 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 09th April 2020, 12 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Seramai 416 kes positif COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

KKM juga bekerjasama dengan UNCHR(Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) untuk aktiviti pengesanan di lapangan dan saringan.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
FB LIVE! Nantikan kupasan isu hangat " COVID-19 dan Rawatan Pergigian" esok 10 April 2020 ( Jumaat) jam 12.30 tengahari.
Jangan lupa menyaksikan panel jemputan Dr. Syed Iqbal bin Syed Husman mengupas isu ini bersama moderator, Dr. Doryalisa Zakaria.Stay tuned!

-FB LIVE PKP KKM edisi 1/2020
Hai adik-adik dan guru-guru!

Diam tak diam dah dua minggu kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

Mesti ada yang dah bosan dan tak ada idea nak buat apa di rumah kan. Jom sertai #StayAtHome Kit Covid-19 bermula 1 hingga 14 April ini di Facebook KelabDoktorMuda.

Ada pelbagai maklumat, kuiz dan challenge harian yang boleh adik-adik dan guru-guru sertai. Mana tahu ada yang bertuah dan dapat membawa pulang cenderahati eksklusif dari pihak admin 😍

Pastikan adik-adik dan guru-guru like dan follow FB KelabDoktorMuda dan IG kdm_prosis untuk maklumat lanjut dari masa ke semasa.

Ok kita jumpa esok
Jangan lupa tau!

Be safe, stay at home!

#StayAtHome
#DudukRumah
#covid19
Kepada yang terlepas menonton sesi perkongsian mengenai Malaysia dipilih sebagai penyelidik ubat Remdesivir dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan pada 9 April 2020, boleh tonton di sini.

https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=Q5AjnYNELeA
Jom Tabata bersama Coach Hakim pada pukul 11.00 pagi nanti.

Jangan sayang lemak-lemak yang dibina masa PKP ni. Mari Kita Bakarrrr 🔥🔥

#sihatmilikku
#kekalaktif
#stopcovid19
#stayathome
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 9 April 2020

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik COVID-19 di seluruh dunia setakat 9 April 2020
DIREKTORI FASILITI DENGAN PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS (UMP) 2020

Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.

Untuk makluman semua, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP adalah sebanyak RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Kos ini ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai (cash on delivery) kepada pihak Pos Malaysia, semasa pesakit menerima bekalan ubat.

Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April 2020 hingga 30 Jun 2020, iaitu bagi tempoh 3 bulan, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat-ubat yang boleh dibekalkan melalui perkhidmatan UMP ini adalah ubat-ubat biji seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8⁰C, pesakit disarankan untuk menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Sila klik pada pautan "Google Drive" di bawah untuk mendapatkan senarai direktori fasiliti dengan perkhidmatan UMP (Ubat Melalui Pos) - Dikemaskini pada 9hb April 2020

https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1boCiL9vkIF9daZwVVu8FymDOvDS5p3Bu?usp=drive_open