Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jangan rawat diri sendiri untuk jangkitan COVID-19
Jom kekal aktif selama satu jam.

Jangan risau. Anda tidak perlu kemana-mana. Kami bawakan coach bersama anda di rumah.

Tonton di sini.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/687003845403111/
Terima kasih kerana mengikuti saranan KKM untuk kekal berada di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam tempoh PKP, mungkin ramai yang kerap melayari Internet untuk mengetahui situasi terkini berkaitan Covid-19. KKM ingin menasihatkan agar berhati-hati sekiranya anda berhasrat untuk membeli ubat dalam talian.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau App Store.

Lepas ini, kalau ada penjual berkata produk mereka berdaftar dengan KKM, jangan terus percaya. Semak dahulu sebelum kilk.

Pastikan Ubat anda mempunyai no. pendaftaran MAL dan pelekat keselamatan hologram dan IKLAN Ubat mempunyai no. KKLIU.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia amat memandang serius kepentingan kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang telah diberikan. Justeru, bagi memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit ini tidak terganggu, pihak kementerian amat menggalakkan pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik supaya menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services, VAS) yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara perkhidmatan VAS yang disediakan adalah:

i. Ubat Melalui POS (UMP)
ii. Farmasi Pandu Lalu
iii. Locker4U
iv. Sistem Temujanji Farmasi (Cth: Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya)

Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan VAS yang disediakan, pesakit diminta untuk menghubungi Jabatan Farmasi di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menerima rawatan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum).

#kenaliubatanda

https://www.facebook.com/490989567761791/posts/1377794852414587/?sfnsn=mo&extid=BWhcZk8aiQUulKyS&d=n&vh=e
Demam Denggi.

Dapatkan rawatan awal segera jika anda demam dan mempunyai dua dari gejala di bawah.

#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Dah habis idea nak buat apa masa PKP ni? Jom cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Bersama kita putuskan rantaian Nyamuk Aedes dan COVID-19.

#denggi
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Stigma masyarakat terhadap individu yang dijangkiti COVID-19 menghalang niat mereka untuk berterus terang dan mendapatkan rawatan.

Sama-sama kita putuskan rangkaian COVID-19.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jauhi Stigma. Jangan memandang negatif terhadap pesakit COVID-19 dan keluarga mereka.

Mereka tidak minta dijangkiti.

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#kitamestimenang
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 Malaysia hari ini yang dijangka akan bersiaran sebentar lagi.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/757952768065448/
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 08 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah sebanyak 156 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,119 orang.
Jumlah pesakit discaj adalah sebanyak 166 orang. Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,487.

Pesakit di ICU adalah sebanyak 76 orang dan 45 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang.
Keseluruhan kematian di negara kita setakat ini adalah 65 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
TERKINI #COVID19Malaysia, 08 April 2020.
Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 166 kes
Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,487 kes bersamaan dengan 36.10% dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 08 April 2020 adalah seramai 2 orang.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 65 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
#COVID19Malaysia Sub-kluster di Daerah Rembau yg berkaitan perhimpunan di Seri Petaling.

27 disahkan positif termasuk dua (2) kes dalam ICU.

Kes bermula di satu mesyuarat di sebuah sekolah apabila salah seorang ahli mesyuarat pernah hadiri perhimpunan di Seri Petaling.
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 08 April 2020.
Keseluruhan kes positif 4,119 dengan 36.10.% telah sembuh bersamaan 1,487 pesakit dan 1.58% atau 65 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 08th April 2020, 12 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 166 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,487 kes (36.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 8 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 156 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,119 kes. Ini bermakna, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga kini, seramai 76 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 65 kes (1.58 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

https://kpkesihatan.com/2020/04/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/