Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
https://www.instagram.com/p/B-qjpVjnXVG/?utm_source=ig_web_copy_link

Neelofa : Hopefully this message is much clearer in my own dialect too. I'm also urging people from all over the states to follow these very simple rules too and not just the ones in Selangor or Kuala Lumpur. Each and one of us play a part.
#stayathome #kitamestimenang

Boleh juga follow kami di
👉 Instagram (www.instagram.com/myhealthkkm)
👉 Twitter (www.twitter.com/myhealthkkm)
👉 Likes FB MyHEALTH (www.facebook.com/myhealthkkm)
👉 Subscribe Youtube (www.youtube.com/myhealthkkm)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Keluarga Makcik Kiah tanpa sedar telah menjangkitkan COVID-19 kepada empat generasi jangkitan. Semua disebabkan oleh Ayob yang baru pulang dari luar negara tidak akur dengan arahan untuk kuarantin diri di rumah selama 14 hari.

Tolong jangan jadi seperti Ayob.

Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di bangunan Selangor Mansion dan bangunan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan keempat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat.
Jangan panik! CPRC bantu.

Dengarkan esok pada pukul 7.05 pagi bersama Dr. Siti Aisah Mokhtar di ERAfm.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScObth8oChOr2_imbHFV2KCT6rv6vnead42_eAx7-FZpEwbZg/viewform?usp=sf_link

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan tinjauan berkaitan tingkahlaku kesihatan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sepanjang tempoh PKP/MCO. Jadi kami memohon jasa baik anda semua untuk jawab dan forwardkan pd semua keluarga, saudara mara, kawan kawan dan semua kenalan untuk jawab jugak okay😊
Terima kasih!

#kitajagakita
#dudukrumah
#bebascovid19
Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia, 7 April 2020.

Negara Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan Jerman yang mempunyai bilangan kes melebihi 100, 000 kes atau 55% jumlah kes di dunia adalah jumlah kes dari keempat-empat negara tersebut.

Negara Itali mempunyai kadar kematian 12.5% atau 16,523 kes.
Jom kekal aktif selama satu jam.

Jangan risau. Anda tidak perlu kemana-mana. Kami bawakan coach bersama anda di rumah.

Bersedia pada pukul 11.00 pagi nanti ya!

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 7 April 2020

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Aktivtii Fizikal di Rumah

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama En. Mohd Azemir bin Mustafa.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Do you understand why is it important to stay at home?

No one knows who is ok or who can infect you.

Be responsible. Stay in quarantine.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Neelofa : Assalamualaikum ...Abe-abe,adik, kakok kito,tok kiro lah kito dok ceruk mano pun di negara kito nih,tok kiro hok dok di Selangor atau Kuala Lumpor waima di Sabah atau Serawok, marilah kita pakak ikuk saraney kerajae kito , duduk jah di rumoh tu, duduk di rumoh....mitok tulung sangat-sangat.Setiap seore dari kito keno ambik tanggungjawab nih...masing masing jaga diri..jago keluarga..jago tetango..jago negaro... #dudukrumoh #lawekitolawe #nokkelikrayo

Boleh juga follow kami di
👉 Instagram (www.instagram.com/myhealthkkm)
👉 Twitter (www.twitter.com/myhealthkkm)
👉 Likes FB MyHEALTH (www.facebook.com/myhealthkkm)
👉 Subscribe Youtube (www.youtube.com/myhealthkkm)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jangan rawat diri sendiri untuk jangkitan COVID-19
Jom kekal aktif selama satu jam.

Jangan risau. Anda tidak perlu kemana-mana. Kami bawakan coach bersama anda di rumah.

Tonton di sini.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/687003845403111/
Terima kasih kerana mengikuti saranan KKM untuk kekal berada di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam tempoh PKP, mungkin ramai yang kerap melayari Internet untuk mengetahui situasi terkini berkaitan Covid-19. KKM ingin menasihatkan agar berhati-hati sekiranya anda berhasrat untuk membeli ubat dalam talian.

Jom download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play atau App Store.

Lepas ini, kalau ada penjual berkata produk mereka berdaftar dengan KKM, jangan terus percaya. Semak dahulu sebelum kilk.

Pastikan Ubat anda mempunyai no. pendaftaran MAL dan pelekat keselamatan hologram dan IKLAN Ubat mempunyai no. KKLIU.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

#biarbetuliklanni!
#stayathome
#covid19
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia amat memandang serius kepentingan kepatuhan pesakit terhadap rawatan yang telah diberikan. Justeru, bagi memastikan bekalan ubat susulan kepada pesakit ini tidak terganggu, pihak kementerian amat menggalakkan pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik supaya menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services, VAS) yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara perkhidmatan VAS yang disediakan adalah:

i. Ubat Melalui POS (UMP)
ii. Farmasi Pandu Lalu
iii. Locker4U
iv. Sistem Temujanji Farmasi (Cth: Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya)

Bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan VAS yang disediakan, pesakit diminta untuk menghubungi Jabatan Farmasi di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka menerima rawatan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum).

#kenaliubatanda

https://www.facebook.com/490989567761791/posts/1377794852414587/?sfnsn=mo&extid=BWhcZk8aiQUulKyS&d=n&vh=e
Demam Denggi.

Dapatkan rawatan awal segera jika anda demam dan mempunyai dua dari gejala di bawah.

#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk