Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).
Jangan Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan !
Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
Bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020

DUDUK DI RUMAH! Jangan keluar rumah tanpa urusan mustahak. Tempoh 14 hari ini sangat kritikal!

Bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#stayathome
#coronavirus
#covid19

Sumber: JKN Pahang
Sehingga 19 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 900 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

https://kpkesihatan.com/2020/03/19/kenyataan-akhbar-ybmk-19-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 19th March 2020, 5 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hukuman PENJARA enam (6) bulan atau DENDA RM1,000.00 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri
Duduk di rumah, jangan keluar!

Anda boleh hentikan penyebaran COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Status Terkini.

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 8.30 pagi.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, apakah yang boleh dilakukan di rumah?

Ni admin nak share beberapa perkara bermanfaat yang boleh dilakukan di rumah.

Selamat mencuba!!

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam dan hi semua,

Dah masuk hari ke 3 dalam Perintah Kawalan Gerakan. Admin dan rakan-rakan di sini mendoakan semua rakyat Malaysia semuanya sihat dan tenang. Patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh ini.

Jangan lupa juga pesanan kami tentang tapau makanan. Pesan. Bayar. Balik.
No chit chat ye!

Kalau lupa meh, jom refresh memory kita!

#tapaumakanan #stayhome #staysafe #bethesolution

Sumber: Food Safety Malaysia
Jabatan Rekod Perubatan DITUTUP sementara waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
During movement Control order,

Stay at home
Interact with others via communication gadgets
Consider getting home delivery services

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Saksikan Bicara Naratif bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang disiarkan semalam (19 Mac 2020) dengan topik COVID-19 : Ambil Tahu dan Bertindak Segera.

https://youtu.be/4bxHtgEaFsc
Kematian di Itali melepasi China dengan kadar kematian meningkat kepada 8.3%.

Filipina lapor 3 kematian baru manakala tiada kes kematian baru di Indonesia.

USA, Perancis, UK dan Sepanyol antara negara yang terus rekodkan kes kematian.
Saya ingin menggesa orang ramai / pesakit agar jujur ​​dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka.

Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan / atau gejala mereka. Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.

Saya merayu kepada orang ramai dan pesakit untuk jujur ​​dan tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami.

- KPK KKM -

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3146169488740251/
Khas untuk penduduk Negeri Sarawak ....

Anda mempunyai pertanyan mengenai Covid 19? Sila hubungi nombor yang tertera di atas👆