Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Setiap hari, Selangor FM akan menghubungi Dr. Muhammad Haikal Ghazali, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengetahui Status Terkini COVID-19.

Dengarkan setiap hari pada pukul 2.30 petang di Selangor FM (100.9 Mhz)

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Panduan Menderma Darah Semasa Pandemik Covid -19.

Stok Pusat Darah Negara kini berada di paras yang rendah dan semakin menurun.
Pihak Pusat Darah Negara ingin memohon jasa baik anda untuk tampil menderma darah dengan kadar SEGERA.
Pendermaan boleh dilakukan di pusat pendermaan statik

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
2. Mid Valley Donation Suite
3. Suite Derma Darah PuspanitaPuri, Presint 10 Putrajaya
4. Tabung- tabung Darah di setiap Negeri.

Terima kasih.

#jomdermadarah
#darahtakpernahcuti
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hindari Covid-19 dan duduk rumah ya, semua. Jangan pergi jalan-jalan, biarkan Covid-19 forever alone!

Sumber: FB Papa Pipi Zola
Bantu kami. Just stay at home.

Anda mampu mencegah penularan wabak COVID-19!

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menggesa rakyat tidak mengambil sikap mudah dan sambil lewa terhadap Perintah Kawalan Pergerakan.

#agongkita
YB Dato' Seri Dr Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan akan muncul dalam Bicara Naratif di saluran Berita RTM / MyFreeview di saluran 123. Beliau akan membicarakan mengenai Covid-19 pada Khamis, 19 Mac 2020 pada jam 9.00 malam.
Wabak COVID-19 : Apakah Risiko Yang Mungkin Dihadapi Semasa Rawatan Pergigian?

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Pada hari ini, 15 kes positif telahpun sembuh dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes.

Dalam perkembangan lain, 110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.

Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).

Rujuk lampiran bagi mendapatkan artikel penuh.
Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).
Jangan Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan !
Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
Bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020

DUDUK DI RUMAH! Jangan keluar rumah tanpa urusan mustahak. Tempoh 14 hari ini sangat kritikal!

Bersama-sama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#stayathome
#coronavirus
#covid19

Sumber: JKN Pahang
Sehingga 19 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 900 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 110 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

https://kpkesihatan.com/2020/03/19/kenyataan-akhbar-ybmk-19-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 19th March 2020, 5 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hukuman PENJARA enam (6) bulan atau DENDA RM1,000.00 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri
Duduk di rumah, jangan keluar!

Anda boleh hentikan penyebaran COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Status Terkini.

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 8.30 pagi.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk