Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita keep fit sama-sama. Demi kesihatan physical & mental. Lakukan 10,000 langkah sehari ❤️

#MalaysiaSihat #ANMSz

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ubat Kesuburan🌸👶

Mencari ikhtiar untuk mendapatkan zuriat boleh menjadi satu perjalanan yang mencabar dan perlukan kesabaran.

Tapi dengan persediaan yang rapi, bimbingan dan pemantauan oleh doktor, pengambilan pil kesuburan boleh menjadi salah satu cara yang efektif dalam meningkatkan peluang kehamilan.

Jadi, penting bagi pasangan untuk mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan rawatan bagi menentukan pilihan terbaik!🌸👶

Kredit: Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
🚭 Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua-duanya akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2025.

Berhentilah merokok sekarang dan pilihlah amalan hidup yang sihat.
Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia atau layari jomquit.moh.gov.my

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Literasi Kesihatan atau celik kesihatan dan kempen mengurangkan gula hanya akan catat kejayaan sekiranya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Soal kesihatan bukan perkara ringan. Kadang-kadang kita mencari beban. Mengapa kita harus undang penyakit. Sebahagiannya memang ujian daripada Allah s.w.t, sebahagiannya pula pilihan kita. Kita tidak memikirkan kesan kepada kesihatan"

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari Warga Emas Sedunia disambut pada 1 Oktober 2024 dengan tema Penuaan Bermaruah : Memperkukuh Sistem Penjagaan & Sokongan Warga Emas.

Jagalah kesihatan dengan baik kerana kesihatan kita adalah aset yang paling berharga dan kita mahu hidup dan berfungsi dengan baik di usia emas.

Terus amalkan budaya hidup sihat supaya terus kekal sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masalah Suara dan Peti Suara

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 8 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Anuar Idwan bin Idris
Pakar Perubatan ORL
Hospital Sultan Idris Shah Serdang

#MalaysiaSihat
Hampir 2.3 juta dewasa di Malaysia menghidap tiga penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi beserta obesiti.

Bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit ini, dapatkan rawatan di klinik dan hospital, patuh kepada rawatan anda dan amalkan pembudayaan hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekiranya pesakit yang isolasi di rumah, apakah langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan rebakan kepada ahli keluarga yang lain?

Selain mengikuti garis panduan isolasi di rumah, pesakit boleh mengamalkan perkara berikut :

1️⃣ Kerap basuh tangan dengan air dan sabun serta gunakan pensanitasi tangan
2️⃣ Tutup kawasan yang mempunyai ruam dan lepuh
3️⃣ Pakai pelitup muka

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Petikan akhbar Wilayahku (4 - 10 Oktober 2024)

BERPERANG DENGAN ‘PANDEMIK’ NCD

Hakikatnya di Putrajaya yang menempatkan warga penjawat awam terdapat dua penyakit yang begitu membimbangkan.

Dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati, Putrajaya ‘menjuarai’ peratusan mereka yang menghadapi masalah berlebihan berat badan atau obes dan juga paras kolesterol tinggi dalam darah.

Kedua-duanya boleh menyebabkan risiko kepada penyakit tidak berjangkit atau NCD khususnya sakit jantung.
Menteri kesihatan berkata pandemik NCD berkait secara langsung dengan persoalan produktiviti di tempat kerja.

#MalaysiaSihat
Cakna Gula Tersembunyi dalam Makanan Anda

1 potong kek keju mengandungi 4 sudu teh gula dan 1 mangkuk cendol mengandungi 6 sudu teh gula.

Pilihan makanan sihat di tangan anda...

Manis sementara, sengsara selamanya.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bolehkah pesakit mpox kuarantin di rumah?

Ya, pesakit mpox boleh kuarantin di rumah.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak cari produk yang lebih sihat?

Perhatikan logo 'Pilihan Lebih Sihat' pada produk yang ingin dibeli.

#MalaysiaSihat

Kredit: @bellngasriofficial

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dah bersara tetapi nak kekal aktif?

Jom sertai Kelab Warga Emas, Klinik Kesihatan, KKM

Nak tahu lebih lanjut? Saksikan melalui TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohammad Faiz bin Shamsuriee, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 dan Tuan Hj. Roslan bin Hanif, Pengerusi Persatuan Warga Emas Putrajaya (PerWEP)

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💥Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut.

Antara penyebab sakit lutut adalah:

▶️ Osteoarthritis
▶️ Pernah mempunyai sejarah kecederaan lutut
▶️ Berat badan berlebihan
▶️ Peningkatan usia
▶️ Faktor genetik/sejarah keluarga

Masalah sakit lutut boleh berlaku kepada sesiapa sahajaNamun, wanita lebih berisiko untuk mendapat sakit lutut berbanding lelaki.

🏥 Oleh itu, dapatkan pemeriksaan dan rawatan awal kerana ia boleh mengganggu pergerakan fizikal dan rutin harian anda.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Oktober 2024 : Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Dengarkan di astro Radio News esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Mohd Anis bin Haron @ Harun, Pengarah Institut Kanser Negara.

#MalaysiaSihat