Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Boleh ke seseorang itu tiada simptom tetapi pembawa virus?

1 - 4 hari sebelum seseorang yang telah dijangkiti mpox menunjukkan gejala, individu itu sudah mempunyai risiko untuk menjangkiti orang lain. Namun ini bukan bermaksud seseorang itu adalah pembawa (carrier). Individu boleh menjangkiti orang lain walaupun tidak bergejala.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cili segar mengandungi kandungan anti-oksida dan vitamin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma badan.

Cili juga mengandungi kapsaisin, bahan aktif di dalam cili yang bertanggungjawab memberikan rasa pedas.

Namun, pengambilan cili secara berlebihan boleh memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan terutamanya sistem penghadaman!

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Jom buat teh tarik kurang manis!

Gunakan 1 uncang serbuk teh, 4 sudu teh susu pekat manis, 4 sudu teh susu cair dan 200ml air panas.

Selepas campurkan semua, tarik minuman menggunakan teknik tarikan antara satu sama lain. Ulang sebanyak 5 kali sehingga buih terbentuk.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berkomunikasi dan meluahkan perasaan dengan orang yang dipercayai boleh membantu mencapai kesihatan mental yang baik.

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perlukah bilik kuarantin pesakit mpox di rumah disanitasi?

Sebaiknya bilik kuarantin pesakit perlu dibersihkan dengan kerap dan lakukan sanitasi secara keseluruhan setelah pesakit sembuh.

#mpox #MalaysiaSihat

*Ini adalah petikan TikTok Live MyHEALTHKKM yang telah diadakan pada 4 September 2024 bersama Dr. Khairil Erwan bin Khalid, Pakar Perubatan Perunding & Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebersihan mulut yang baik mampu memberikan keyakinan kepada individu untuk bergaul dengan orang ramai dan menghindari daripada penyakit berbahaya.

Salah satu penjagaan kebersihan mulut adalah menggosok gigi, membersihkan lidah, berkumur dan sebagainya. Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi bagi mengesan sebarang penyakit berkaitan gigi dan gusi.

Oleh itu, orang ramai hendaklah disarankan mengikuti tip kebersihan mulut agar mulut bagi memastikan mulut sentiasa bersih.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita keep fit sama-sama. Demi kesihatan physical & mental. Lakukan 10,000 langkah sehari ❤️

#MalaysiaSihat #ANMSz

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ubat Kesuburan🌸👶

Mencari ikhtiar untuk mendapatkan zuriat boleh menjadi satu perjalanan yang mencabar dan perlukan kesabaran.

Tapi dengan persediaan yang rapi, bimbingan dan pemantauan oleh doktor, pengambilan pil kesuburan boleh menjadi salah satu cara yang efektif dalam meningkatkan peluang kehamilan.

Jadi, penting bagi pasangan untuk mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan rawatan bagi menentukan pilihan terbaik!🌸👶

Kredit: Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
🚭 Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Bangunan dobi dan bangunan tempat kerja turut tersenarai sebagai tempat dilarang merokok namun tindakan penguatkuasaan bagi kedua-duanya akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2025.

Berhentilah merokok sekarang dan pilihlah amalan hidup yang sihat.
Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia atau layari jomquit.moh.gov.my

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Literasi Kesihatan atau celik kesihatan dan kempen mengurangkan gula hanya akan catat kejayaan sekiranya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Soal kesihatan bukan perkara ringan. Kadang-kadang kita mencari beban. Mengapa kita harus undang penyakit. Sebahagiannya memang ujian daripada Allah s.w.t, sebahagiannya pula pilihan kita. Kita tidak memikirkan kesan kepada kesihatan"

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hari Warga Emas Sedunia disambut pada 1 Oktober 2024 dengan tema Penuaan Bermaruah : Memperkukuh Sistem Penjagaan & Sokongan Warga Emas.

Jagalah kesihatan dengan baik kerana kesihatan kita adalah aset yang paling berharga dan kita mahu hidup dan berfungsi dengan baik di usia emas.

Terus amalkan budaya hidup sihat supaya terus kekal sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masalah Suara dan Peti Suara

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 8 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Anuar Idwan bin Idris
Pakar Perubatan ORL
Hospital Sultan Idris Shah Serdang

#MalaysiaSihat