Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
📌30 September 2023 - Bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, Kembara @Lotus's telah berlangsung dengan jayanya di Lotus’s Setia Alam Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan pagi ini.

👍Syabas diucapkan kepada pihak Lotus’s Malaysia yang telah memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan program ini.

Seramai 3,000 peserta telah menyertai aktiviti Ceria Charity Run 🏃‍♂️🏃‍♂️yang julung kalinya diadakan‼️ Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan hidup sihat bagi mencegah penyakit.
🚴🏼🚣🏾‍♂️🏌🏻⛹🏼‍♀️🏋🏻🏊‍♂️🧗🏿

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sarjan Izuan bin Ismail - Atlet Trail Malaysia & Jurulatih

Amalan minum air kosong adalah amalan yang mudah tetapi memberi kesan yang besar kepada badan kita.

Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dapat memastikan tubuh berfungsi dengan baik dan meminimumkan risiko masalah kesihatan.

Bila badan hidrat dan segar, barulah aktiviti harian dapat dijalankan dengan baik.

Jom budayakan hidup sihat!

#ANMS #sihatsepanjanghayat #KBS #fitmalaysia #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023, 13 - 15 November 2023, Summit Hotel, USJ Subang

Rangkuman Hari Pertama Konvensyen MyCHAMPION@KKM. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Pendaftaran Peserta, Taklimat Pertandingan, Cabutan Undian Penggiliran dan Persiapan Peserta bagi Pertandingan Lisan dan Poster.

#ANMS #MyCHAMPION #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
*Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023, 13 - 15 Oktober 2023, Summit Hotel, USJ Subang*

Rangkuman Hari Kedua Konvensyen MyCHAMPION@KKM. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Pertandingan Lisan dan Poster, Sesi X-Break, Pameran bersama Rakan Strategik, Mesyuarat Halatuju Perluasan Skop MyCHAMPION, Sesi Perkongsian Rakan Strategik ANMS dan Majlis Apresiasi MyCHAMPION.

#ANMS #MyCHAMPION #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku
15 Oktober 2023, Subang Jaya : Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023 telah menutup tiraiannya dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan pagi ini.

Konvensyen MyCHAMPION ini merupakan konvensyen pertama yang dianjurkan bersama sukarelawan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggabungkan pasukan Sukarelawan “Communication for Behavioural Impact” (COMBI), Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Sukarelawan Duta Kenali Ubat Anda (DKUA),Sukarelawan Ikon Gigi (IGG), Sukarelawan Panel Penasihat Klinik Pergigian (PPKK) dan Sukarelawan Wakil Kesihatan Kampung (WKK).

KKM kini mempunyai seramai 53,556 sukarelawan yang bernaung di bawah payung MyCHAMPION.

Seramai 700 sukarelawan dan penyelaras MyCHAMPION kebangsaan dan negeri dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen yang diadakan mulai 13-15 Oktober 2023.

Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh para sukarelawan MyCHAMPION! Diharapkan agar para sukarelawan terus bersemangat untuk bergiat aktif melaksanakan aktiviti kesukarelawan demi kepentingan dan kebaikan masyarakat serta negara.

Kepada Individu atau pasukan sukarelawan yang berhasrat menjadi ahli MyCHAMPION, sila layari laman portal https://www.infosihat.gov.my/mychampion/

#ANMS #mychampion #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0kmiYWwAUZBEVkLpca51utqdB9Gx7qjVAQvFheTrim69YeYzegd65C2YBQcxmseMVl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
*Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023, 13 - 15 Oktober 2023, Summit Hotel, USJ Subang*

Rangkuman Hari Ketiga Konvensyen MyCHAMPION@KKM. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah Sesi Perkongsian oleh Amin Idris dan Majlis Perasmian Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

#ANMS #MyCHAMPION #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dalam membantu hasrat kerajaan Malaysia Madani bagi melahirkan rakyat yang sihat, kementerian ini komited untuk bersama-sama menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan memastikan setiap pemain industri dan perusahaan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas, bijak menangani stres, tidak menghisap sama ada rokok atau vape malah peka kepada kebersihan persekitaran.

Ayuh amalkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

#ANMS #sihatmilikku #sihatsepanjanghayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Usahawan yang berjaya adalah seorang insan yang mampu mengimbangi dirinya antara kesihatan fizikal dan mental yang sangat diperlukan dalam menguruskan sesebuah perniagaan.

Memiliki minda yang sihat mampu membantu anda mengatasi tekanan dan mampu fokus dalam apa jua tindakan.

Ayuh amalkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

#ANMS #sihatmilikku #sihatsepanjanghayat
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐮 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 2024

Anda berbakat dan kreatif? Berminat dalam penghasilan poster?

Andalah yang kami cari! Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan menyertai 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤𝐚𝐮 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 2024 bermula pada 14 𝐉𝐮𝐧 2024 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 22 𝐉𝐮𝐧 2024. Hadiah berupa plak dan sijil penghargaan disediakan bagi 5 pemenang pertama.

Semoga karya kreatif anda menjadi pedoman dan inspirasi bagi semua!

"𝗠𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸𝗮𝘂"

𝐓𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐥𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭:
https://forms.gle/8m3WvwDLsZv1VYUW6

#ANMS #HariTanpaTembakauSedunia2024 #lindungkanak2daritembakau #KekalSihat #sihatsepanjanghayat #MalaysiaSihatSejahtera #sihatmilikku #BPHebat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kekal aktif ditempat kerja dengan menghadkan penggunaan lif. Jom gunakan tangga kerana ia boleh menguatkan otot, tulang dan sendi.

Gunakan kemudahan pengangkutan awam yang secara tidak langsung dapat menjadikan kita aktif dengan bergerak ke destinasi yang dituju.

Ayuh kita sama-sama mengamalkan dan semarakkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama