Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Salam semua

Alhamdulilah
Jom datang putrajaya sabtu dan ahad ini…
Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut.

Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan.

Mari!!! Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan!! Agenda Nasional Malaysia Sihat

Jom datang beramai-ramai ke Putrajaya Sihat Sejahtera yang dibawa oleh Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat. Ada macam2 aktiviti & hadiah menarik!

📅Tarikh: 28-29 Sept 2024
📍Lokasi: Dataran Wawasan, Presint 2 Putrajaya

#MalaysiaSihat #ANMS

Kredit: @akueatu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Stress tu normal, tapi kita kena pandai urus, okay? Cuba TAKE 5 ni:

1️⃣ Kekal Berhubung
2️⃣ Aktifkan Diri
3️⃣ Syukur
4️⃣ Teroka Minat
5️⃣ Beri kepada orang lain

It will make a difference!
Amalkan Budaya Hidup Sihat, Kukuhkan Imuniti Badan
Agenda Nasional Malaysia Sihat

#MalaysiaSihat

Kredit: @mekyunn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah Pengisian Aktiviti Sambutan BMSS @ Putrajaya untuk hari kedua (hari terakhir).

Jom ajak ahli keluarga dan rakan-rakan beramai-ramai datang ke Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2 untuk turut sama memeriahkan sambutan ini!

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apa beza Mpox dan Chicken Pox

Perbezaan Mpox dan Chicken Pox adalah jangkitan daripada dua jenis virus yang berlainan.

Tanda-tanda dan gejala agak sukar dibezakan. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ruam yang diragui, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.

Mereka yang dijangkiti mpox juga biasanya akan mengalami bengkak kelenjar limfa.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada hari ini.

Bagi memantapkan dan mengukuhkan ANMS terutama berkaitan pembudayaan hidup sihat dan kebersihan persekitaran dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, KKM telah memperkenalkan PSS dengan menetapkan visi berikut iaitu penjawat awam kekal sihat sejahtera dan produktif dengan misi untuk menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam. PSS menyenaraikan beberapa objektif untuk dicapai.

Inisiatif PSS dilaksanakan bermula tahun 2024 sehingga 2030 dimulai dengan fasa rintis pada 2024 sehingga 2025. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah merekodkan sejumlah 67,855 penjawat awam yang berkhidmat di Putrajaya melibatkan 26 agensi kerajaan di Putrajaya. Penjawat awam merupakan sumber dan aset penting kerajaan dalam penyediaan dasar, polisi serta pembangunan perancangan strategik untuk menggerakkan perkhidmatan kepada rakyat.

Taraf kesihatan penjawat awam amat penting dalam usaha ke arah merealisasikan Visi “Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia”. Bagi menjayakan usaha tersebut, penjawat awam di pelbagai peringkat wajib memelihara kesihatan fizikal, mental, sosial dan rohani dengan baik, agar dapat memberi khidmat bakti yang lebih cekap serta persekitaran produktif demi pembangunan Negara.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

https://www.facebook.com/share/p/eFbcecswcoCGaUsS/?mibextid=WC7FNe
Kesihatan Mental

Dengarkan di KLfm pada pukul 2.00 petang bersama En. Mohamad Hafiyzan bin Mohamad Khairizan , Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

KLfm akan bersiaran di DJ Corner sempena Putrajaya Sihat Sejahtera yang diadakan di Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2.

#MalaysiaSihat
Tahukah anda nyamuk aedes boleh dihapuskan?
Hanya 10 minit seminggu cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah untuk memastikan nyamuk tidak membiak. Anda boleh!

#malaysiasihat
#BMSS@HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah mpox hanya pada golongan homoseksual sahaja

Tanggapan mpox hanya menjangkiti golongan homoseksual sahaja adalah tidak benar. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
The cost of living has gone up so much that even want to go gym also we think twice but that shouldn't stop you from being healthy. I'm gonna show you some free ways for you to stay active.

You can go to the nearest park and try all the equipments that the government has provided for free.

There are also free exercise that you don't even need equipment like push up, lari setempat, planking or you can just dance.

There are so many ways for you to stay healthy and be active without paying anything.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @ravizephyr

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pagi ini telah diadakan pertandingan lompat tali speed / prestasi tinggi individu di Dataran Wawasan Presint 2, Putrajaya sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Putrajaya 2024.

Terdapat 2 kategori iaitu kategori 12 tahun ke bawah dan 13 tahun ke atas. Semua hebat-hebat belaka. Tahniah adik-adik. Kekal aktif dan sihat!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semalam adalah malam yang tidak dapat dilupakan! Zumba Party Neon penuh semangat dan keceriaan. Terima kasih kepada semua yang hadir, tenaga anda semua membuatkan acara semakin meriah! Jumpa lagi di acara seterusnya!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Membangun Kesedaran Kesihatan di Malaysia

"Kaitan antara pembaziran dengan kesihatan adalah penggunaan yang berlebihan. Sebab itu di Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Kerajaan sekarang, penggunaan gula dalam kuih mesti kurang 50%.

Pengurangan gula inilah disebut kecelikan kesihatan (literasi kesihatan). Sekarang bulan merdeka. Tema bulan merdeka “Jiwa Merdeka” - perlu ada kecelikan dalam pelbagai aspek, kecelikan budaya, kecelikan ekonomi dan kecelikan kesihatan. Kalau sakit kita perlu bertanggungjawab"

- YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri -

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah mpox lebih teruk daripada HIV AIDS

Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar kerana virus HIV akan melemahkan sistem pertahanan badan.

Oleh itu mpox tidak boleh dibandingkan dengan HIV AIDS kerana mekanisma jangkitan adalah berlainan.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program MyVifiter 4.0 telah berjaya melabuhkan tirainya! Tahniah kepada barisan pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang program ini.

Anda telah membuktikan bahawa budaya hidup sihat mampu dicapai dengan disiplin dan usaha yang konsisten. Teruskan semangat ini dan jadikan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin harian.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ruam lepuh mula keluar pada hari ke berapa

Secara purata, ruam lepuh akan mula keluar pada hari ke 7 hingga 10 tetapi ada juga yang menunjukkan gejala dalam tempoh sehingga 21 hari selepas terdedah kepada penghidap mpox.

#mpox #MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Guys.. kerja harini macamana? Stres tak? Mesti stres kan..mesti penat.. tapi jangan lupa untuk Take 5.

Kesihatan mental amat penting. Sesekali pergi bercuti untuk merehatkan diri.
Jangan lupa untuk jaga kesihatan mental kita.

Budayakan hidup sihat, kukuhkan imuniti badan.

#MalaysiaSihat

Kredit: @chihowe

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
29 September 2024: Pada hari kedua Putrajaya Sihat Sejahtera, program telah berlangsung dengan penuh bertenaga dan keterujaan. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan, pertandingan lompat tali, cabaran bersama pempengaruh dan banyak lagi.

Komitmen anda semua dalam menjaga kesihatan diri sangat dihargai. Semoga usaha sihat ini diteruskan untuk masa depan yang lebih cemerlang!

Jumpa di Batu Pahat untuk Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera & Hari Warga Emas JKNJ Peringkat Negeri Johor pula nanti!

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kontraseptif - Kesan yang Perlu Diketahui

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Beatrice Jee Ngee Ling
Pakar Perubatan Keluarga dan Subkepakaran Kesihatan Seksual & Reproduktif
Klinik Kesihatan Kampung Bandar

#MalaysiaSihat
Yok orang Johor,

Isikan hujung minggu anda dengan menyertai kami di Wellness Hub Batu Pahat bersempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ( BMSS ) dan Hari Warga Emas Sedunia JKNJ Peringkat Negeri Johor.

🗓️5-6 Oktober 2024
🕗 Sabtu-Ahad I bermula 8.00 pagi
Dirasmikan oleh: YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi ( Menteri Besar Johor)

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!! 🤩🤩Temui juga artis dan pempengaruh terkenal sambil melakukan aktiviti bersama mereka.

Masuk adalah PERCUMA!

📌📌Jangan lupa, tanda pada kalendar anda!!

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #HariWargaEmas

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Johor