Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
POSTING PILIHAN: PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Orang ramai diminta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuat kuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan tersebut akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Polis 1967.

Ayuh bersama kita perangi wabak maut itu dengan memberi sepenuh kerjasama atas usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Sumber infografik : Kementerian Dalam Negeri (KDN)
COVID-19 : Adakah Selamat Menderma Darah?

Dengarkan di Asyik FM pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Noryati Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Jangan Ambil Mudah.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita pada pukul 12.00 tengah hari di Astro Prima.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik Terkini Covid19, 18 Mac 2020.

Jumlah kematian seluruh dunia ialah sebanyak 7,904. Kadar kematian di Itali 7.94%.

Kes kematian di Sepanyol dan Amerika Syarikat naik mendadak.

Sepanyol catat 491 kematian berbanding 288 sebelumnya, manakala Amerika Syarikat catat 108 kematian berbanding 62 kes sebelumnya.

Malaysia catat 673 kes positif secara keseluruhan. 49 dari jumlah tersebut telah sembuh. Dua (2) kematian dicatatkan semalam, menjadikan kadar kematian di Malaysia ialah sebanyak 0.3%.
Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac - 31 Mac 2020)

Semua dimohon untuk patuh dengan arahan agar Penyebaran wabak COVID-19 boleh dihentikan !

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Ambil Tahu dan Bertindak Segera !

Saksikan Bicara DR pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Alif Adlan Mohd Thabit dan Dr. Muhammad Haikal Ghazali.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
TERKINI: 117 kes baru COVID-19 di Malaysia menjadikan 790 kes, 18 Mac 2020.

11 lagi telah pulih menjadikan 60 pesakit telah pulih dan discaj.

80 daripada kes baru yang dilaporkan hari ini berkait kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

15 pesakit positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID-19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

#StayAtHome
#DudukRumah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan COVID-19

Sumber: Bernama TV
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 18th March 2020, 5 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
[[LIVE]] Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung COVID-19

Berita Perdana 8:00 malam
18 Mac 2020

#BeritaRTM #RTM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=569634896983239&id=415121165218337
⚠️ Tiada pelawat dibenarkan masuk ke dalam wad
⚠️ Hanya seorang peneman sahaja dibenarkan semasa temujanji klinik

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Langkah Pencegahan yang Efektif

Saksikan Dr. Siti Sara Yaacob, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Selangor dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok (19 Mac 2020) pada pukul 8.10 pagi di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini selama dua minggu?

Ini kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi (incubation) dua minggu.

Terdapat kes di mana simptom hanya muncul selepas itu. Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19.

Jika dalam tempoh ini kita belum berjaya sepenuhnya, Kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus COVID-19 dengan berada di rumah.

- YAB Perdana Menteri , Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin.