Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Meskipun sedang berpuasa, kita perlu pastikan persekitaran kita bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
Elak jangkitan Demam Tifoid di Bulan Ramadan dengan memastikan perkara-perkara berikut :

Pengendali dan pengusaha makanan WAJIB mendapat suntikan vaksin tifoid sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula berniaga dan WAJIB menjalani Kursus Pengendalian Makanan daripada institusi yang diluluskan oleh KKM.

Orang awam pula pilihlah gerai yang bersih, elakkan memilih makanan yang terdedah, beli hanya daripada peniaga memaparkan lesen pengendalian makanan dan pastikan peniaga telah mengambil suntikan vaksin tifoid.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pernahkah anda mendengar tentang penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak😷

Selain golongan dewasa, kanak-kanak juga boleh mendapat penyakit buah pinggang.

Penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak kanak boleh dicegah sekiranya dikesan dari awal.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kebersihan dan kesihatan pergigian tetap harus dititikberatkan walaupun sedang berpuasa.

Antara rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa adalah tampalan gigi, penskaleran gigi, cabutan gigi dan rawatan akar gigi.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🍛Moreh adalah budaya masyarakat di Malaysia yang merujuk kepada makan selepas terawih.

🍽️Pengambilan moreh secara berlebihan, ditakuti akan menyumbang kepada kalori yang berlebihan yang tidak diperlukan badan dan akan menyebabkan kenaikan berat badan walaupun berpuasa.

💡Ikuti tip memilih hidangan moreh sebagai panduan pemakanan anda.
Pemberian imunisasi Catch-up Pneumokokal kepada kanak-kanak yang dilahirkankan pada tahun 2018 dan 2019 berlangsung sehingga 31 Mei 2024.

Pemberian vaksin ini tersedia di semua klinik kesihatan primer KKM di seluruh negara.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi klinik kesihatan berdekatan tempat tinggal anda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berhenti merokok adalah perjuangan bersama.

Ayuh teruskan berdoa agar kita dan pasangan kekal berhenti merokok.

#ramadankekalsihatcergas #BerhentiMerokokTingkatkanImuniti #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
☀️Lindungi kulit anda daripada sinaran UV matahari dengan menggunakan produk pelindung sinaran matahari.

Pastikan produk pelindung sinaran matahari bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyakit Buah Pinggang

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 2 April 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Suryati binti Yakob
Pakar Nefrologi
Hospital Kuala Lumpur

#ANMS #sihatmilikku
Kombinasi berpuasa dan bersenam akan membakar lebih banyak kalori.

Banyakkan bergerak, sasarkan 10,000 langkah, tingkatkan aktiviti yang memberi fokus kepada kekuatan otot dan panjangkan masa senaman serta tahap intensiti secara berperingkat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩺Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.

‼️Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda ASD dan perkembangan anak 👦🏻 masing-masing. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom Berbuka Puasa Secara Sihat

🍽 Kawal saiz hidangan makanan
🥗 Lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau
🍉 Makan buah-buahan
🥤 Kurangkan makanan dan minuman tinggi lemak, gula dan garam
Banyakkan minum air kosong

Makan secara perlahan dan tidak gelojoh

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keselamatan Makanan Home-Based Menjelang Syawal

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang esok bersama Pn. Faiza binti Ismail, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hipoglisemia

Saksikan dalam rancangan Diari Rawat esok pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Aizuniza bt. Abdullah, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Ayuh Saksikan bual bicara FB LIVE Salam Sihat Johor bersama panel kita Dr. Syarifah Nur Hanisah Binti Tuan Simbak (Pegawai Perubatan) dari Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.

Tajuk: Nafas Baru Bermula Ramadan
Tarikh: 3 April 2024 (Rabu)
Waktu: 12.00 tengahari
📌 Berpuasa dan Beraya dengan Makanan yang Selamat.

Jom saksikan bual bicara dari Pegawai Teknologi Makanan, Puan Nurul Amira dan Puan Siti Rohana tentang Makanan yang Selamat untuk kita semua sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang semakin tiba.

📆 3 April 2024 (Rabu)
11:00 pagi
Live di page https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
Luangkan masa pagi ini bersama Sembang Sihat Milik Selangor yang akan membincangkan topik Raya dengan Syukur 7 Sihat, Kena Diet?

Sumber: https://www.facebook.com/CPKJKNS
Luangkan masa pagi ini bersama Sembang Sihat Milik Selangor yang akan membincangkan topik Raya dengan Syukur & Sihat, Kena Diet?

https://www.facebook.com/share/v/hj5sCDGYwtXahabS/?mibextid=oFDknk
Keselamatan Makanan Home-Based Menjelang Syawal

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Pn. Faiza binti Ismail, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dengarkan di SELANGORfm 100.9 pada jam 2.30 petang ini membincangkan topik Cabaran & Tips Pendermaan Darah di bulan Ramadan bersama Dr. Mohd Afiq Kamal Zakawi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Sumber: https://www.facebook.com/CPKJKNS
Keselamatan Makanan Home-Based Menjelang Syawal

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live