Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🥤Minuman yang dikatakan sebagai “penyejuk badan” ini sangat mudah diperolehi di Malaysia dan yang mempunyai kebaikan untuk diamalkan khasnya ketika cuaca panas.

🥥Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan.

Sebaik-baiknya elakkan daripada menambah gula agar lebih memberi manfaat kepada tubuh badan.
Jom terokai teknik berjalan yang betul dan lihat bagaimana langkah yang sederhana ini boleh membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga!

1️⃣ Tegakkan postur badan
2️⃣ Hayunkan tangan
3️⃣ Luruskan belakang, pandang ke hadapan
4️⃣ Kawal nafas rasa ketenangan
5️⃣ Tetapkan matlamat yang jelas
6️⃣ Pedometer, rakan sejati

Jangan ragu untuk mencuba teknik ini. Setiap langkah membawa anda lebih dekat kepada matlamat kesihatan dan kecergasan anda!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Yok! Saksikan Fb Live Program Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Daerah Batu Pahat pada 24 Mac 2024 melalui saluran FB Wellness Hub Batu Pahat yang akan dirasmikan oleh YB Ling Tian Soon, Pengerusi JK Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor bermula 9.30 pagi disusuli dengan Forum mengenai Tuberkulosis jam 11.00 pagi oleh Panel Dr Nur Hidayah Bahrom, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Parit Sulong & Moderator En Mohd Azlan Samiin, Pen Peg Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat. Program dijalankan secara langsung dari Pusat Jagaan Warga Emas Maimunah, Batu Pahat di mana YB akan menyantuni warga emas di situ bersama-sama dengan Pengarah Kesihatan Negeri Johor & Pegawai Kesihatan Daerah Batu Pahat. Turut diadakan saringan & informasi kesihatan TIBI kepada penghuni.
Jom kekal aktif di tempat kerja semasa berpuasa!

✔️ Lakukan regangan mudah bagi setiap 2 jam apabila duduk bekerja di pejabat
✔️ Berjalan atau berdiri semasa menggunakan telefon
✔️ Berbincang sambil berdiri atau bergerak
✔️ Keluar berjalan pada waktu rehat

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah anda, masjid dan surau merupakan kawasan larangan merokok dan vape?

Jangan bawa rokok atau vape ke masjid dan surau.

#ramadankekalsihatcergas #BerhentiMerokokTingkatkanImuniti #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ketahui Penyakit Postpartum Depression (PPD)

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 26 Mac 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Hajjah Dr. Nazrila Hairin binti Nasir
Pakar Perubatan Keluarga
Trainee Subkepakaran Mental Health in Primary Care
Jabatan Psikiatri
Hospital Tuanku Jaafar

#ANMS #sihatmilikku
Jom bersenam dengan selamat.
Bersedia untuk memperoleh kecergasan dengan penuh keyakinan dan tanpa risiko kecederaan yang menghalang!

👕 Pilih fabrik pakaian yang sesuai
👟 Memakai kasut yang tepat
📍 Pilih tempat yang selamat untuk bersenam
Lakukan pemanasan badan sebelum bersenam
Kekerapan dan intensiti mengikut kemampuan dan kesesuaian diri
Akhiri senaman dengan sesi penyejukan badan
Minuman yang segar

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Semasa Penyakit Berkaitan Cuaca Panas
Ops Ramadan : Pastikan Makanan Bersih dan Selamat

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang esok bersama Pn. Nurul Huda binti Aziz, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
KOSPEN @ Activ merupakan inisiatif daripada Kementerian Kesihatan dengan kerjasana BookDoc Activ. Inisiatif ini bertujuan untuk mengingkatkan tahap aktiviti fizikal rakyat Malaysia melalui ganjaran dengan menggunakan aplikasi BookDoc Activ.

Jom muat turun aplikasi BookDoc secara PERCUMA. Sertai WOPAD ANMS Step Challenge 2024 (level 1) pada April nanti.
Klik https://youtu.be/xrOsc_qewq0?si=tOnvv8E_kxRGi4_e untuk panduan mengaktifkan KOSPEN@Activ anda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ops Ramadan : Pastikan Makanan Bersih dan Selamat

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Pn. Nurul Huda binti Aziz, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anda berazam untuk kurangkan atau elakkan pengambilan air manis di bulan Ramadan?

Elak kunjungi gerai air manis
Ingatkan diri tentang bahaya gula berlebihan
Sediakan air kosong mengikut kesukaan
Kuatkan azam dan yakin anda boleh lakukannya!

#ANMS #sihatmilikku
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas sekarang.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
Pesanan PKKM kepada semua sempena Ramadan 🕌🌙

Bulan Ramadan ni mesti ramai yang suka makan ikan bakar 🐟, ayam bakar 🍗atau kambing bakarkan 🐐

Tahukah anda bahawa makanan tersebut sering dikaitkan mengandungi PAH kerana ia mempunyai tinggi kandungan lemak 🤨

Pengguna dicadangkan:
Memilih makanan yang kurang berlemak
Elakkan makanan yang dimasak secara langsung dengan nyalaan api 🔥semasa memanggang atau membakar
Memasak pada suhu yang rendah dengan tempoh yang panjang

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Ops Ramadan : Pastikan Makanan Bersih dan Selamat

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live