Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
Sambut Ramadan Dengan Budaya 3M

Sertai sesi TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang esok bersama En. Syamil bin A Samad, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Demam Campak (Measles) : Ambil Peduli, Ambil Tahu

Saksikan rancangan Diari Rawat esok pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Dr. Sangeetha Siniah dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ubat yang membatalkan puasa

💊 Ubat biji
☑️ Ubat minum
☑️ Pesari
☑️ Supositori / enema

Ubat yang tidak membatalkan puasa

💧 Ubat titis mata atau telinga
ubat kumur
Ubat sapu
Ubat sembur hidung
Ubat sublingual
💉 Ubat suntikan

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bersama Dr. Vilvkumaran a/l Karupayah, Koordinator Negeri Program Penjagaan Luka Negeri Selangor, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Sembang Sihat Milik Selangor jam 10 pagi.
BULAN PUASA NI TAK KAN LEMAH JE DEKAT OFFICE? CUBA TENGOK KAKITANGAN JABATAN PERANGKAAN NI GUYS..

Hi guys! Hari ni team Wellness on Wheels (WOW) berada di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Ekonomi untuk sama-sama support DOSM Well-Being Day

Hari ini team WOW bawakan perkhidmatan body fat analysis and consultation, soft dart & archery dan wow wee quiz. Pocket talk dan kuiz pun ada ya!

Join aktiviti WOW, barulah WOW!!

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/CRoL8k1aSt8BErFN/?mibextid=oFDknk
Sambut Ramadan Dengan Budaya 3M

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama En. Syamil bin A Samad, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Nafas Baru Bulan Ramadan

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Siti Hajar bt. Suraji, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#ANMS #sihatmilikku
JOM BERBUKA PUASA SECARA SIHAT

Berbuka puasa secara sihat adalah penting bagi kesihatan fizikal dan mental. Berikut adalah beberapa tips untuk berbuka puasa secara sihat:

1. Kawal saiz hidangan makanan: Jangan terlalu makan berlebihan selepas berbuka. Mulakan dengan hidangan kecil dan tunggu beberapa minit sebelum mengambil hidangan lain. Ini dapat membantu mengelakkan masalah pencernaan.

2. Kurangkan makanan dan minuman yang tinggi lemak, gula, dan garam: Makanan berlemak dan gula berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar gula darah secara mendadak, yang boleh mengganggu pencernaan dan menyebabkan pertambahan berat badan.

3. Jangan lupa sajian sayur dan buah-buahan: Salad dan buah-buahan adalah sumber yang baik untuk serat dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Ini juga membantu memenuhi keperluan serat harian.

4. Makan secara perlahan dan tidak gelojoh: Memberi manfaat kepada kesihatan dan meningkatkan kualiti kehidupan individu dengan cara membantu proses penghadaman, dapat meningkatkan penyerap nutrien dengan lebih baik, memberikan rasa tenang dan terkawal serta membantu mengurangkan tahap tekanan yang dihadapi.

5. Minum air secukupnya: Pastikan untuk minum air yang mencukupi semasa berbuka puasa dan sepanjang malam. Hindari minuman berkafein dan berkarbonat yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Dengan mengamalkan langkah-langkah di atas, anda dapat berbuka puasa secara sihat dan menjaga kesihatan anda sepanjang bulan Ramadan. Jom kita semua amalkan!

Sumber: NutritionistKKM
World Down Syndrome Day

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Suhaila Omar from Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur

#ANMS #sihatmilikku
Jika anda memilih untuk tidak bersenam, antara akibatnya adalah seperti tekanan darah meningkat, tahap kecergasan menurun dan berat badan akan meningkat.

Berpuasa bukan penghalang untuk anda bersenam. Jom aktifkan diri!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara tanda awal strok haba adalah pening atau sakit kepala, loya atau muntah dan sawan.

Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sebagai ibu hamil atau selepas bersalin, anda boleh aktif secara fizikal.

Aktiviti fizikal tidak dikaitkan dengan risiko kurang berat lahir bayi, kelahiran pramatang atau keguguran.

Mulakan aktiviti fizikal secara perlahan-lahan dan tingkatkan secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.

Dapatkan nasihat doktor atau anggota kesihatan untuk mengetahui kesesuaian aktiviti fizikal anda semasa hamil atau selepas bersalin.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Setiap manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang menjadikan jumlah keseluruhan 46 kromosom. Individu dengan Sindrom Down mempunyai lebihan 1 kromosom pada pasangan kromosom ke-21 dan menjadikan jumlah keseluruhan 47 kromosom.

Kehadiran sebahagian atau kesemua lebihan kromosom tersebut menyebabkan terjadinya kesan pada pertumbuhan dan perkembangan otak serta fizikal individu dengan Sindrom Down seperti lewat perkembangan, kurang upaya intelek dan meningkatkan risiko kepada beberapa masalah kesihatan lain.

Dikongsikan definisi, ujian pengesanan yang boleh dilakukan semasa tempoh kehamilan serta ciri-ciri fizikal Sindrom Down.

Setiap kanak-kanak Sindrom Down perlu diperiksa oleh pakar kanak-kanak seawal kelahiran untuk penilaian dan pemantauan kesihatan.

Intervensi awal, terapi pemulihan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari.
Adakah anda mengidap penyakit diabetes?

Anda bimbang mengenai kemungkinan komplikasi semasa berpuasa?

Kini, anda dapat memantau dan merekodkan tahap gula dalam darah serta mendapatkan maklumat mengenai pengurusan diabetes semasa bulan Ramadan dalam aplikasi MySejahtera.

#MySejahtera
#gerbangkesejahteraankesihatananda
#AplikasiKesihatanAwam
Katakan Tidak Kepada Ubat Tidak Sah!

Energy Stick adalah sejenis persediaan penyedut hidung (nasal inhaler) yang perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum boleh dijual dipasaran.

Sehingga kini TIADA Energy Stick yang berada di pasaran yang telah berdaftar dengan KKM, maka status keselamatan dan kandungan sebenarnya tidak diketahui.

Jangan risikokan kesihatan Diri dan keluarga Anda!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
🦷🦷Hari Kesihatan Mulut Sedunia disambut pada 20 Mac 2024 bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan pergigian. Penjagaan kesihatan pergigian harus bermula sejak bayi lagi sehingga dewasa menerusi penjagaan kesihatan pergigian yang betul mengikut usia bagi menyerlahkan kecantikan diri anda.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2024.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian