Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berhenti merokok termasuk rokok elektronik seharusnya menjadi lebih mudah pada bulan Ramadan.

Jom ikuti nasihat makcik Kiah untuk dapatkan bantuan berhenti merokok atau vaping di talian 03-88834400 atau di fasiliti kesihatan berhampiran anda.

Perkhidmatan ini disediakan sepanjang tahun termasuk pada bulan ramadan.

#ramadankekalsihatcergas #berhentimerokoktingkatkanimunitibadan #ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berjalan kaki merupakan senaman yang mudah, tanpa perlu modal yang besar tetapi sangat bermanfaat.

Berjalan kaki menjadikan kita lebih sihat dan cergas serta mengurangkan risiko penyakit secara signifikan.

Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.

Apa tunggu lagi? Mulailah hari anda dengan langkah pertama menuju kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga dengan berjalan kaki!

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara perkhidmatan dan aktiviti disediakan di Wellness Hub adalah seperti

👉 Saringan kesihatan
👉 Penilaian faktor risiko kesihatan
👉 Preskripsi tingkahlaku kesihatan
👉 Ujian antropometri
👉 Ujian kecergasan
👉 Perkhidmatan berhenti merokok
👉 Rundingcara hidup sihat
👉 Intervensi pengurusan berat badan

Banyak lagi aktiviti yang disediakan di Wellness Hub. Tunggu apa lagi? Jom datang beramai-ramai ke Wellness Hub dan dapatkan perkhidmatan secara percuma!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terdapat beberapa faktor yg menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang kronik.

Pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang berisiko mendapat buah pinggang kronik
KURMA BUTTER 'VIRAL'

Ada yang dah mencuba mengambil kurma bersama mentega?

Memang benar gabungan kurma dan mentega sememangnya membantu memberikan tenaga yang anda perlukan. Namun, perlu diingatkan pengambilannya juga haruslah secara sederhana dan tidak berlebihan terutamanya dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak aktif.

Sebaiknya, ambil dengan kuantiti yang sedikit dan utamakan pengambilan hidangan lebih seimbang yang lengkap dengan sumber karbohidrat, protein serta sayur dan buah. Ianya bukan sahaja dapat memberikan tenaga malah memenuhi keperluan nutrien lain yang diperlukan badan.

Sumber: NutritionistKKM
Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM), prosedur rawatan pergigian tidak akan membatalkan puasa dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan secara sengaja ketika rawatan djialankan.

Secara asasnya, segala bentuk penjagaan dan rawatan gigi dan mulut boleh dilakukan meskipun seseorang itu berpuasa.

Pengamal pergigian juga harus mengambil langkah berhati-hati supaya pesakit tidak tertelan sebarang bahan atau ubatan sepanjang prosedur rawatan dijalankan.

Sumber: Program Kesihatan Pergigian
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Larangan Jualan Produk Makanan Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Dan Memaparkan Maklumat Palsu Pada Label
Ramadan boleh menjadi detik yang sempurna untuk berhenti merokok. Kajian mendapati penurunan paras Cotinine dalam air liur semasa berpuasa membolehkan perokok berhenti merokok sekaligus berupaya membuatkan perokok tidak meneruskan lagi tabiat negatif tersebut selepas bulan Ramadan.

Jom cabar diri untuk kekal berhenti merokok dengan mengamalkan tip mudah seperti melengah-lengahkan keinginan untuk merokok selama 5 minit dan menjauhkan diri daripada perokok.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2024. Klik https://shorturl.at/stQVY untuk edisi penuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
TIP BELI BARANG DAPUR UNTUK BERSAHUR

Sedar tak sedar bulan Ramadan yang mulia telah tiba lagi. Umat Islam di seluruh negara pastinya sibuk dalam menyambut kedatangan bulan ini dengan pelbagai persiapan, antaranya menyediakan juadah untuk bersahur.

Untuk memastikan kehidupan seharian anda tidak terganggu walaupun berpuasa, pastikan anda mengambil hidangan yang lengkap dan seimbang semasa bersahur dengan mengamalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia.

Jom baca tip untuk membeli belah barang dapur untuk bersahur nanti!

Sumber: NutritionistKKM
Terdapat pelbagai pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang termasuk hemodialisis, peritoneal dialysis, pemindahan buah pinggang dan rawatan paliatif.

Bagi pesakit kronik buah pinggang, adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar.
✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, GELOMBANG HABA ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.