Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
JOM RAMAI-RAMAI JOIN TEAM WELLNESS ON WHEELS (WOW) DI PROGRAM BEST GO GOTONG ROYONG DI KOMPLEKS KEJIRANAN PRESINT 18R3 ESOK 😊

Sebelum Ramadan bermula, apa kata kita sama-sama luangkan masa untuk turut serta dengan komuniti di Presint 18R3 untuk 'refresh' kebersihan persekitaran.

Sambil-sambil tu, team WOW bawakan kepada anda aktiviti-aktiviti kesejahteraan kesihatan yang best! Jumpa esok ya! Barulah WOWWW!

#ANMS #sihatmilikku
GORO KRT PRESINT 18R13 HAVOC DENGAN TEAM WELLNESS ON WHEELS 💃🏻

Good morning semua. Pagi-pagi lagi penduduk di sini dah turun padang bersihkan kawasan surau dan kejiranan mereka. Support One Hour Malaysia Clean Up sebelum Ramadan minggu depan.

Lepas tu, ramai-ramai join aktiviti WOW. Ada juga pameran daripada AADK dan Jualan Rahmah. Rugi la kalau tak join, bangun laa jangan tidur je weekend ni k.

Be active, be productive

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/ovpiaZV2uERXqDfS/?mibextid=oFDknk
Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Sabtu, 9 Mac 2024.

https://www.facebook.com/share/v/sAdRZaZdDGVX1Ha8/?mibextid=WC7FNe
Majlis Pelancaran Wellness Hub Terengganu oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Kuala Nerus, Terengganu.

Wellness Hub ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang bertujuan menjadikan Rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran melalui pendekatan 'whole of nation'.

https://www.facebook.com/share/v/u8XSJLxghQQdsqTQ/?mibextid=oFDknk
33 buah wellness dibina di seluruh negara, inisiatif 'whole-of-nation' membudayakan gaya hidup sihat untuk kelestarian Malaysia yang sejahtera.

#wellnesshub
#WholeofNationApproach
#KKM
Puasa pada bulan Ramadan memberi impak kepada kesihatan kita kerana pemakanan, tidur dan aktiviti harian mengalami perubahan. Keadaan ini mungkin boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan kecergasan kita untuk melakukan aktiviti harian.

Jom muat turun buku digital ini di https://shorturl.at/dDHY2 kerana ia mengandungi tip untuk kekal sihat dan cergas sepanjang bulan Ramadan.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan!!!

#ramadankekalsihatcergas
#berhentimerokoktingkatkanimunitibadan #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tip Cergas Dan Sihat di Bulan Ramadan
Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 12 Mac 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
En. Mohd Akram Bin Ahmad Sabri
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

dan

En. Muhammad Asyraf Bin Ismail
Pegawai Sains Pemakanan
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

#ANMS #sihatmilikku
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Nasihat Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kekal aktif di Bulan Ramadan

Tidur sepanjang hari
Layan drama tak ingat dunia
Layan gajet sepanjang hari
Lakukan kerja rumah untuk kekal aktif
Senaman ringan sebelum bersahur
Senaman sederhana sebelum berbuka puasa
Riadah santai selepas tarawih

Mencari keberkatan dalam Ramadan namun kekalkan kecergasan dalam senaman.

#ANMS #kekalaktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
𝑩𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏 𝑼𝒃𝒂𝒕-𝑼𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 💊

Semasa bulan Ramadan, seorang Muslim perlu menahan diri daripada mengambil sebarang makanan atau minuman, termasuk ubat-ubatan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Namun demikian, mengikut pandangan agama dan perubatan secara khususnya, dalam kes di mana seseorang itu sakit dan tidak mampu berpuasa, maka, tidak wajib berpuasa ke atasnya dan dikehendaki untuk menggantikan puasa yang tertinggal itu di kemudian hari.

Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang ingin berpuasa, dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu supaya penerangan dan kaunseling tentang ubat-ubatan dapat diberikan.

#kenaliubatanda
#knowyourmedicines
#qualityuseofmedicines

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Ur-in(e) Charge - Cakna Buah Pinggang

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang esok bersama Dr. B. Sunita a/p V. Bavanandan, Pakar Nefrologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Syoknya dapat iftar di padang / tempat awam.

Selepas berbuka puasa pastikan buang sampah di tempat yang disediakan.

Ingat! Sampah merupakan salah satu tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kurma adalah sangat digalakkan diambil ketika bersahur dan berbuka.

Dikongsikan khasiat dan kebaikan kurma untuk tubuh badan.

Selamat menjalani ibadah puasa.