Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kontak Rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Pihak petugas KKM akan menghubungi anda sekiranya anda adalah KONTAK RAPAT kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Adik-adik jangan terlalu happy tau cuti sekolah ni...cuti ni manfaatkan masa terluang duduk di rumah je sambil mengulangkaji pelajaran dan siapkan kerja rumah yang cikgu bagi...bukan apa keadaan COVID-19 sekarang sangat membimbangkan kita...apa kata setiap petang ajak mak ayah laksanakan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah kita...kan bermanfaat tu...kita risau COVID-19 boleh membawa maut sedangkan AEDES tu tggu masa je nak ragut nyawa kita...TAK TAKUT KE NGAN AEDES TU????

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
Pesanan kepada peserta Ijtimak Tabligh yang diadakan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Channel name was changed to «Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia»
Satu perutusan khas mengenai #COVID-19 akan disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 9.00 malam, 13 Mac 2020.

Siaran ini boleh ditonton di saluran Astro Awani, Bernama TV, RTM dan TV3.
Teks Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia berkaitan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia.

https://www.facebook.com/112183975526837/posts/2847823028629571/
Kenapa kami menekankan utk hubungi kami terlebih dahulu? ini kerana kami tidak mau semua orang berpusu-pusu ke hospital dan mengakibatkan kesesakkan yang tidak sepatutnya di dalam kawasan hospital. kami juga tidak mau pendedahan penyakit kepada pesakit dan orang awam yang lain.

Sila beri kerjasama untuk menghubungi kami terlebih dahulu utk sebarang pertanyaan dan konsultasi berkaitan Covid-19.

Kepada mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara, sila hubungi kami utk konsultasi.

Kami sedia membantu.

Atau hubungi CPRC Negeri Sabah: 088-219455 / 088-512531 / 088-512533 di luar waktu operasi.
Bermula hari ini, rakyat dari Iran, Itali dan Republik Korea tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Warganegara lain yg datang dari tiga negara itu juga tidak dibenarkan masuk dan tidak dibenarkan transit di pintu masuk antarabangsa.

Sekatan yang telah diumumkan sebelum ini, kekal.
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 13 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 39 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya.

Dengan pertambahan 39 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 197 kes. Daripada kes baharu ini, sebanyak 38 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 dan satu (1) kes dari kalangan kontak rapat. Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes telah dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

https://kpkesihatan.com/2020/03/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Langkah pencegahan COVID-19 di pusat beli-belah dan kenderaan awam.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Channel name was changed to «Kementerian Kesihatan Malaysia»
Channel name was changed to «Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia»
Confirmed cases by state : Total 197 (as of 13/03/2020), 6 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Data dari WHO yang terkini menunjukkan kematian yang tinggi di tiga negara Eropah.

Itali adalah negara yang paling tinggi angka kematiannya iaitu 1,266 dengan kadar kematian 7 peratus. Kemudian diikuti negara Sepanyol dengan 120 kematian dan negara Perancis 79 kematian.

WHO latest statistics shows the number of deaths in three europe hotspots has increased.

Italy is the most affected country in the world outside China with 1,266 deaths and fatality rates at 7.2%, followed by Spain (120) and France (79).

Italy is on lockdown until Apr 3.
Pada 14 Mac 2020 jam 12.00 tengah hari, sebanyak 41 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes baharu yang telah disahkan ini adalah dari kalangan patient under investigation (PUI) (37 kes) dan kontak rapat kes COVID-19 (4 kes). Dengan pertambahan 41 kes baharu ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes.

Sehingga kini, seramai 203 kes masih dirawat di wad dengan lima (5) daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

https://kpkesihatan.com/2020/03/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 14th March 2020, 5 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk