Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧?

Individu yang keletihan ketika memandu dinasihatkan supaya berhenti di tempat rehat atau stesen minyak untuk tidur.

Anda juga boleh menikmati secawan kopi supaya lebih peka dan fokus sebelum menyambung perjalanan.

Namun pastikan tidak diambil secara berlebihan kerana ianya bersifat diuretik dan boleh memberi kesan sampingan yang lain.
Buah nanas adalah lambang tuah dan masa depan cemerlang bagi kaum Cina.🍍

• Nanas mengandungi pelbagai nutrien dan mineral yang baik untuk kesihatan. Ambil secara bersederhana untuk mendapatkan manfaat nenas.

Kami kongsikan khasiat nanas sebagai rujukan bersama 🍍
Kembara Sihat Sejahtera HePiLi dan Didi & Friends Malaysia Zon Utara DITUNDA‼️

Dukacita dimaklumkan, Kembara Sihat Sejahtera HePiLi & Didi & Friends bagi Zon Utara yang sepatutnya berlangsung hujung bulan ini ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu.

Nanti kami akan maklumkan lebih awal ya mengenai tarikh baharu! Kalau ada jodoh, pasti tak kemana kan? 🙈

#didiandfriends #warnakalastudios #eventdidiandfriends #kembarasihatsejahtera #kkm #hepiliXdidi #kembaramuzikal #kementeriankesihatanmalaysi#zonutara #kedah
Cuaca Panas Mengundang Pelbagai Penyakit?

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Muhamad Hazizi Bin Muhamad Hasani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

#ANMS #sihatmilikku
Dialisis Tanpa Jarum di Rumah

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Wan Hazlina binti Wan Mohamad, Pakar Perubatan Nefrologi dan Puan Nurul Jannah binti Yaacob, Jururawat dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
Bahaya Energy Stick

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 14 Februari 2023 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

En. Asyraf Elmiza bin Ahmad
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Minda Remaja Sihat

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi esok bersama Dr. Amal binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#ANMS #sihatmilikku
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected].

Kelayakan akademik dalam bidang Seni Reka Grafik dan Multimedia (Video).
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Lambakan Madu Tiruan Di Pasaran
Dialisis Tanpa Jarum di Rumah

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Wan Hazlina binti Wan Mohamad, Pakar Perubatan Nefrologi dan Puan Nurul Jannah binti Yaacob, Jururawat dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) merupakan salah satu Inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bertujuan memperkasa individu dalam penjagaan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi pencegahan penyakit .

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NHSI, bersama Dr. Noor Farizah Aminah binti Aziz di SELANGORfm 100.9 jam 2.30 petang ini
Kanser : Usah Ambil Mudah, Dapatkan Rawatan Segera

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1
Tarikh : 15 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi

Panel :
Dr. Ummavathy Periasamy
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan Taman Medan

#ANMS #sihatmilikku
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected].

Kelayakan akademik dalam bidang Teknologi Maklumat atau yang setaraf.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tip Semasa Cuaca Panas

☂️ Gunakan payung atau topi 🧢
🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya
😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV
👕 Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah

Kekal sihat dan hidrat sepanjang masa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) boleh membantu orang ramai mengenal pasti lebih awal sebarang isu kesihatan tersembunyi yang boleh memudaratkan badan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pembengkakan kelenjar prostat yang bukan merupakan kanser atau turut dikenali sebagai 'Benign prostate enlargement' (BPE) adalah keadaan dimana kelenjar prostat mengalami pembengkakan terutamanya pada usia yang semakin meningkat umur.

Kelenjar prostat yang bengkak ini akan menekan saluran kencing dan menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan mengurangkan kelancaran aliran kencing. Justeru itu, keadaan ini akan mengganggu kehidupan dan tidur pesakit.

Dapatkan rawatan kerana BPE boleh dirawat. Pakar kesihatan akan menentukan kaedah rawatan yang perlu mengikut keterukan gejala, komplikasi, umur dan corak hidup pesakit.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected] .

Sesiapa yang memenuhi kelayakan seperti yang tertera boleh cuba mohon.