Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tahukah anda?
Anda kini boleh mengakses data kesihatan Malaysia yang terkini melalui aplikasi MySejahtera.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengakses data kesihatan Malaysia
____

Do you know?
You can now access the latest health data in Malaysia through the MySejahtera application.

Please follow the steps below to access Malaysia's health data

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dalam membantu hasrat kerajaan Malaysia Madani bagi melahirkan rakyat yang sihat, kementerian ini komited untuk bersama-sama menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan memastikan setiap pemain industri dan perusahaan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas, bijak menangani stres, tidak menghisap sama ada rokok atau vape malah peka kepada kebersihan persekitaran.

Ayuh amalkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

#ANMS #sihatmilikku #sihatsepanjanghayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pemeriksaan kesihatan berkala bagi wanita hamil adalah bertujuan untuk memantau perkembangan kesihatan ibu dan kandungan sepanjang proses kehamilan bermula dari tempoh sebelum kelahiran (antenatal) sehingga selepas kelahiran (postnatal).

Pemeriksaan yang dikendalikan oleh KliniK Kesihatan Kerajaan mahupun swasta ini turut merangkumi khidmat nasihat sokongan emosi dan panduan ketika melahirkan agar bakal ibu mendapat pendedahan sewajarnya sepanjang tempoh kehamilan.
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.

Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.

BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19
COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan risiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti.

Lima (5) tindakan utama yang boleh dilakukan adalah:

1) Pemakaian pelitup muka mengikut saranan semasa KKM.
2) Melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
3) Melakukan pengasingan kendiri atau menjalani HSO jika positif COVID-19.
4) Mendapatkan rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi yang layak.
5) Digalakkan mengambil vaksin COVID-19 bagi golongan berisiko tinggi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Usahawan yang berjaya adalah seorang insan yang mampu mengimbangi dirinya antara kesihatan fizikal dan mental yang sangat diperlukan dalam menguruskan sesebuah perniagaan.

Memiliki minda yang sihat mampu membantu anda mengatasi tekanan dan mampu fokus dalam apa jua tindakan.

Ayuh amalkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

#ANMS #sihatmilikku #sihatsepanjanghayat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pesanan khas buat ibu bapa,

Hari ini, Team HePiLI ingin kongsikan 5 tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan bagi memastikan anak-anak sentiasa sihat dan selamat sepanjang sesi persekolahan ini.

"Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat"
Sumber utama serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh (whole grain) dan kekacang.

Serat memainkan peranan penting seperti dikongsikan.

Jadi, jangan lupa ambil serat dalam menu diet anda.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Jangkitan Anjing Yang Disahkan Positif Rabies Di Kuching Sarawak
Kepekaan Masyarakat Terhadap Kecemasan di Jalan Raya

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Khairul Nizam Hassan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma dari Hospital Putrajaya, En. Mohd Faris Abdul Rashid, Penolong Pegawai Perubatan dari Bahagian Amalan Perubatan dan En. Mohd Rithauddin Shaari, Pemandu dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula.

📢Salah faham dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil, boleh menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis yang tidak terkawal.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Cuba capai 10,000 langkah sehari untuk kekal sihat.

Lakukan x-break setelah duduk selama 2 jam.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama