Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🌡Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang sudah tamat tarikh luput. Penggunaan kit ujian yang telah melebihi tarikh luput boleh memberi keputusan ujian yang tidak tepat. Untuk makluman, tiada kelulusan diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kepada pelanjutan tarikh luput untuk mana-mana kit ujian kendiri COVID-19.

Namun demikian,  MDA ada memberikan kelulusan kepada perubahan jangka hayat dan kestabilan peranti perubatan yang telah berdaftar termasuk kit ujian kendiri Covid-19. Jangka hayat ialah tempoh masa sehingga tarikh luput, di mana reagen in vitro dalam pembungkusan asalnya, mengekalkan kestabilannya di bawah keadaan penyimpanan yang ditentukan oleh pembuat.

Oleh yang demikian, perubahan kepada jangka hayat peranti perubatan yang telah mendapat kelulusan MDA boleh dijual dan digunakan dalam pasaran.

🖥 Sebarang keraguan, maklum balas atau aduan orang ramai berkaitan kit ujian kendiri COVID-19 boleh dikemukakan kepada MDA melalui pautan ini: https://femes.mda.gov.my atau hubungi 03-8230 0300 (waktu pejabat).

Dikemaskini : 6 Januari 2024
⚡️Sakit belakang adalah salah satu simptom yang kerap dialami oleh orang dewasa. Terdapat beberapa faktor penyumbang kepada keadaan ini.

🩺Ketahui punca dan rawatan bagi sakit belakang ini untuk pencegahan yang optimum
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Faktor untuk berhenti merokok berbeza untuk setiap orang. Opie tetap tegar merokok walaupun telah ditegur oleh keluarga, namun satu kejadian telah menjentik Opie. Nak tahu lebih lanjut? Jom saksikan apa yang berlaku pada Opie.

#ANMSImmunityChallenges #TingkatkanImunitiBadan
#speakout #speakoutexpressyourright #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adik-adik, apa khabar hari ini?

Hari ini kami nak kongsikan kepada adik-adik 7 langkah mencuci tangan yang betul.

Ingat ya adik-adik, sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun !

"Tingkatkan Imuniti Badan,
Budayakan Hidup Sihat"

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🦠Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.

📌Kanser serviks adalah sejenis kanser melibatkan pangkal rahim iaitu satu struktur bersaiz antara 2 hingga 3 sentimeter berada antara uterus (rahim) dan vagina (salur faraj). Kanser ini adalah kanser yang boleh dicegah kerana ia boleh dikesan pada peringkat awal melalui ujian saringan.

📌Kanser ini mula meningkat pada usia 35 tahun. Tetapi, kebanyakannya menyerang wanita yang berumur antara 50 hingga 65 tahun.

📌Pada peringkat awal kanser, pertumbuhan sel-sel abnormal berlaku di sekitar serviks dan sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal, sel-sel kanser akan merebak ke organ tubuh yang lain.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula dalam badan. Insulin memastikan paras gula badan tidak terlalu tinggi (hiperglisemia) atau terlalu rendah (hipoglisemia). Untuk sesetengah pesakit diabetes, suntikan insulin diperlukan untuk mengawal paras gula dalam badan. Teknik suntikan yang betul adalah sangat penting untuk memastikan pesakit mendapat respons yang optimum daripada insulin.

Jom tonton video ini untuk mengetahui tatacara penggunaan pen insulin.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Luangkan masa hari ini untuk mendengar SELANGORfm 100.9 pada 2.30 petang membincangkan topik berkaitan Kusta dan Implikasinya bersama Dr. Nurul Ashikin Jasni dari Pusat Kawalan Kusta Negara
Estetik ‘Cap Ayam’

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi di TV3 bersama Dr. Najmi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Amalan Perubatan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Tahukah anda?
Anda kini boleh mengakses data kesihatan Malaysia yang terkini melalui aplikasi MySejahtera.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mengakses data kesihatan Malaysia
____

Do you know?
You can now access the latest health data in Malaysia through the MySejahtera application.

Please follow the steps below to access Malaysia's health data

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber: MySejahtera
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dalam membantu hasrat kerajaan Malaysia Madani bagi melahirkan rakyat yang sihat, kementerian ini komited untuk bersama-sama menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan memastikan setiap pemain industri dan perusahaan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas, bijak menangani stres, tidak menghisap sama ada rokok atau vape malah peka kepada kebersihan persekitaran.

Ayuh amalkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

#ANMS #sihatmilikku #sihatsepanjanghayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pemeriksaan kesihatan berkala bagi wanita hamil adalah bertujuan untuk memantau perkembangan kesihatan ibu dan kandungan sepanjang proses kehamilan bermula dari tempoh sebelum kelahiran (antenatal) sehingga selepas kelahiran (postnatal).

Pemeriksaan yang dikendalikan oleh KliniK Kesihatan Kerajaan mahupun swasta ini turut merangkumi khidmat nasihat sokongan emosi dan panduan ketika melahirkan agar bakal ibu mendapat pendedahan sewajarnya sepanjang tempoh kehamilan.
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.

Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.

BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19
COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan risiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti.

Lima (5) tindakan utama yang boleh dilakukan adalah:

1) Pemakaian pelitup muka mengikut saranan semasa KKM.
2) Melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
3) Melakukan pengasingan kendiri atau menjalani HSO jika positif COVID-19.
4) Mendapatkan rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi yang layak.
5) Digalakkan mengambil vaksin COVID-19 bagi golongan berisiko tinggi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Usahawan yang berjaya adalah seorang insan yang mampu mengimbangi dirinya antara kesihatan fizikal dan mental yang sangat diperlukan dalam menguruskan sesebuah perniagaan.

Memiliki minda yang sihat mampu membantu anda mengatasi tekanan dan mampu fokus dalam apa jua tindakan.

Ayuh amalkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

#ANMS #sihatmilikku #sihatsepanjanghayat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pesanan khas buat ibu bapa,

Hari ini, Team HePiLI ingin kongsikan 5 tanggungjawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan bagi memastikan anak-anak sentiasa sihat dan selamat sepanjang sesi persekolahan ini.

"Tingkatkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat"