Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sudahkan anda mengambil dos penggalak vaksin COVID19?

Tempah slot janji temu vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan berdekatan dengan anda untuk memastikan perlindungan terbaik melawan COVID-19.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera
____________
Have you taken the COVID-19 vaccine booster dose?

Book your slot for the COVID-19 vaccine at your nearest Klinik Kesihatan for better protection against COVID-19.

Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber: MySejahtera
Autism Kanak-kanak : Kenali dan Prihatin

Dengarkan di Gegarfm pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Nur Syazwin binti Sies, Pakar Pediatrik dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS #sihatmilikku
Home Surveillance Order (HSO) diberikan selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala untuk kes positif COVID-19. Sebagai contoh, sekiranya gejala bermula pada 1 Disember tetapi keputusan hanya positif COVID-19 pada 3 Disember, HSO akan diberikan dari 1 hingga 5 Disember.

Semua majikan diseru agar menerima pakai sijil digital HSO. Sijil digital HSO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342].

Majikan juga amat digalakkan untuk membenarkan pekerja yang bergejala tetapi keputusan ujian COVID-19 negatif untuk bekerja dari rumah.

Individu yang diberi digital HSO perlu melakukan tangkap layar paparan skrin (screenshot) untuk makluman pihak majikan. Pekerja juga dinasihatkan utk melaporkan status COVID-19 dengan JUJUR.
Dapatkan lokasi Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 berhampiran anda sekarang melalui fungsi Fasiliti Kesihatan di Aplikasi MySejahtera.
_______________________
Get the location of the nearby COVID-19 Vaccination Center now through the Locate Health Facilities function in the MySejahtera application.

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber: MySejahtera
2 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi
Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom selak e-majalah edisi Disember 2023 (https://bit.ly/3RAA7qr), keluaran akhir untuk tahun 2023.

Pelbagai rangkuman aktiviti sepanjang 2023 disediakan seperti semangat solidariti Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) dan konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan.

Selain itu, antara perkongsian menarik di dalam edisi kali ini adalah seperti mati pucuk, pendekatan Behaviour Insights dalam pembentukan dasar kesihatan yang berimpak tinggi, vaksin Influenza, tip menjaga jantung dan banyak lagi.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
LUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA?

Jangan risau anda bokeh kemas kini semula kata laluan pada bila-bila masa.

Ikut langkah dalam infografik berikut.👆🏽

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#GerbangKesejahteraanDigitalAnda

Sumber: MySejahtera
FORGET MYSEJAHTERA PASSWORD?

Don't worry, you can update the password at any time.

Follow the steps as in the infographics for further guidance. 👆🏽

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#GerbangKesejahteraanDigitalAnda

Sumber: MySejahtera