Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Anda mengalami gejala seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak? Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 dan laporkan keputusan di aplikasi MySejahtera. Sila ikuti langkah-langkah seperti di infografik ini.
________________________

Are you experiencing symptoms such as fever, cough, cold, and sore throat? Take a COVID-19 self-screening test and report the results on the MySejahtera application. Follow the steps provided in the infographics.

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber : MySejahtera
Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima (5) hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan Sistem Amaran Awal (Heightened Alert System, HAS) bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi situasi COVID-19 dalam negara. Tiga indikator digunakan iaitu Transmisi COVID-19, Pengendalian Kes dan Kapasiti Hospital untuk Respon.

Indikator pertama melihat kepada bilangan kes bagi setiap 100,000 penduduk. Indikator kedua menilai tahap keterukan kes iaitu kadar kematian kes. Manakala indikator ketiga dikira daripada kadar kemasukan ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk.

Dengan HAS ini, KKM dapat membuat perancangan sumber-sumber yang diperlukan, mengikut tahap amaran tinggi, sederhana dan rendah.
19 DISEMBER 2023 - KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

#royal #malaysia
PERINGATAN!

Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera anda.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendapatkan notifikasi dari MySejahtera.
____________________

REMINDER!

Activate the notification function in your MySejahtera application.

Please follow the steps below to turn on notifications from MySejahtera

#MySejahtera#AplikasiKesihatanAwam#BersamahentikanwabakCOVID19#perangiCOVID19

Sumber: MySejahtera
HIV / AIDS di Malaysia

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Waspada Gelombang COVID-19

Dengarkan di IKIMfm pada pukul 8.30 pagi esok bersama Dr. Muhamad Hazizi bin Muhamad Hasani, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cara-cara Penjagaan Kaki untuk Pesakit Diabetes

▶️ Pastikan anda bersihkan kaki setiap hari, jangan gunakan air panas
▶️ Keringkan kaki terutama di celah-celah jari kaki
▶️ Gunakan losen dan sapu kepada kaki tetapi bukan pada celah-celah jari
▶️ Periksa kaki anda. Gunakan cermin jika tak sampai. Tengok jika ada luka, rekahan atau kulat
▶️ Potong kuku secara lurus dan tidak terlalu pendek
▶️ Tukar sarung kaki setiap hari
▶️ Elakkan berkaki ayam
▶️ Periksa kasut sebelum pakai

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama