Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tanda-tanda Hipoglisemia dan Hiperglisemia

Hipoglisemia - Kadar gula renda bawah 3.9 mmol/l

Antara tanda-tanda Hipoglisemia adalah berpeluh-peluh, lemah menggeletar dan penglihatan semakin kabur

Hiperglisemia - Kadar gula tinggi lebih 15mml/l

Antara tanda-tanda Hiperglisemia pula adalah berasa dahaga melampau, kerap kencing dan luka lambat sembuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Eh.. dah nak cuti sekolah!

Sebelum bercuti, jom sama-sama kita pastikan kawasan sekolah bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

🦟 Cari dan musnah bekas berpotensi pembiakan Aedes

🚽 Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik di mangkuk tandas dan pam tandas yang tidak bertutup

🧹 Gotong-royong bersihkan kawasan sekolah

♻️ Lakukan kitar semula

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Thalassaemia

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mardiana Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👴🏻👴🏻Proses penuaan menyebabkan perubahan fungsi tubuh. Pemakanan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh warga emas bagi mengekalkan berat badan ideal dan memperoleh nutrien yang diperlukan.

Oleh itu, warga emas disarankan untuk memilih makanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan yang optimum sehingga akhir hayat.

KKM menyeru orang ramai termasuk warga emas agar mengamalkan pemakanan sihat demi menjamin kesihatan.
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
13 Disember 2023

- SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 49 ( 3 DISEMBER 2023 – 9 DISEMBER 2023)-
Apabila mendapat mesej atau makluman dari mana-mana platform media sosial, jangan terus sebarkan.

Jadilah netizen yang bertanggungjawab dengan menyemak sesuatu maklumat terlebih dahulu.

Dapatkan maklumat yang sahih hanya di laman https://www.infosihat.gov.my atau semak maklumat terlebih dahulu di laman https://sebenarnya.my

Tak pasti, jangan kongsi!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Musim cuti kembali lagi.

Semua pengembara digalakkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan perlindungan diri bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan penyakit.

Segera lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala dan pakai pelitup muka terutama di tempat sesak.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hi semua!

Pencarian peserta Program Pengurusan Berat Badan IFitEr Siri 1 tahun 2024 📣📣

Anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat?

Ingin kurus tetapi tidak tahu bagaimana?
Tiada teman untuk bersenam?

Jom sertai kami...

Program Pengurusan Berat Badan IFitEr di 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 𝐓𝐞𝐥𝐨𝐤 𝐃𝐚𝐭𝐨𝐤 💪🏻💪🏻💪🏻

Pendaftaran adalah PERCUMA!!

𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 menanti para peserta yang berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 𝟏𝟎 𝐊𝐈𝐋𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌!

Jom sertai kami!
Daftar segera dengan mengisi 𝐛𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 di bawah
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdRMBpGZrm.../viewform...

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧: 31 Disember 2023

Sumber: CPK Negeri Selangor
𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓

Antara tempat yang paling berbahaya ketika banjir adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh.

Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana- mana pepasangan elektrik yang rosak.

Untuk sebarang isu berkaitan tiang elektrik sila hubungi TNB Careline 15454 untuk melapor.

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚.
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.

Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda.

Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
COVID-19 : Amalkan Kawalan Kendiri

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi

Panel :
Dr. Mohd ihsani Mahmood
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan melaksanakan TRIIS

Test
Report
Isolate
Inform
Seek

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024.

Sehubungan itu, pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan/minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi menghindari Demam Denggi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
COVID-19 Tak Pernah Cuti.

Sentiasa waspada dan amalkan kawalan kesihatan kendiri terutama di kawasan sesak dan sempit.

😷 Pakai pelitup muka
💧🧼 Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
Amalkan TRIIS

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama