Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh menghantar permohonan di https://tinyurl.com/MySTEPHECC sebelum atau pada 15 Disember 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.
Sentiasa waspada dan amalkan kawalan kendiri terutama di kawasan sesak dan sempit.

Pakai pelitup muka
Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Amalkan TRIIS

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Yeay! Hujung minggu datang lagi.

Nak buat apa ya? Jom cari dan musnah tempat pembiakan Aedes luar dan dalam rumah. Tak lama.. 10 minit je!

Sambil-sambil tu bolehlah kitar semula barang-barang terbuang.

Sambil kutip sampah, dapat juga beriadah. Persekitaran bersih, badan sihat.

#ANMS #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #OneHourMalaysiaCleanUp #sihatmiliķku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🙍‍♂️Lelaki lebih berisiko menghidap hipertensi berbanding wanita. Periksa tekanan darah dengan kerap bagi memastikan tekanan darah anda terkawal.

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk mengurangkan risiko hipertensi.🩺
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Minuman manis lebih sedap bukan? Tapi tahukah anda 1 sudu teh gula bekalkan 20kcal tenaga?

Jika anda ambil 10 sudu teh gula, 200 kcal tenaga akan dibekalkan.

Anda perlu berjoging selama 30 minit / berjalan laju selama 45 minit / berbasikal selama 1 jam untuk membakar 200 kcal ini.

Anda sanggup atau tidak?

Buat pilihan bijak! Gula : 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Paxlovid merupakan ubat antiviral yang boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk. Pesakit COVID-19 berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid. Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima (5) hari daripada hari gejala bermula. Sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.

‼️‼️

Paxlovid is an antiviral medication that can alleviate the symptoms of COVID-19 and prevent the disease from worsening. High risk COVID-19 patients, such as individuals aged 60 years old or over, immunocompromised, with any comorbidities, obese, current or ex-smokers, are recommended to take Paxlovid treatment. Paxlovid is effective when taken within five (5) days of onset of symptoms. Get a medical assessment early at a nearby health facility to determine your eligibility to take Paxlovid.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
11 DISEMBER 2023

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia Minggu Epidemiologi 48 (26 November - 2 Disember 2023)
Peraturan Makanan : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3
Tarikh : 12 Disember 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
En. Badruzzaman bin Abdul Rahim
Ketua Penolong Pengarah
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebelakangan ini banyak mesej tular yang tidak pasti kesahihannya telah disebarkan melalui aplikasi whatsapp.

Jadilah netizen yang bertanggungjawab dengan menyemak sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya.

Dapatkan maklumat yang sahih hanya di laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tak pasti, jangan kongsi!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Thalassaemia

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Mardiana Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah anda
Minuman "zero-sugar" selalunya mengandungi pengganti gula yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

Pilihlah MINUMAN TANPA GULA seperti:

1️⃣ Kopi
2️⃣ Teh hijau
3️⃣ Jus buah tanpa gula
4️⃣ Air kosong

"GULA: 1 SUDU TEH DAH CUKUP, KURANG LEBIH BAIK, TIADA TERBAIK"
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tanda-tanda Hipoglisemia dan Hiperglisemia

Hipoglisemia - Kadar gula renda bawah 3.9 mmol/l

Antara tanda-tanda Hipoglisemia adalah berpeluh-peluh, lemah menggeletar dan penglihatan semakin kabur

Hiperglisemia - Kadar gula tinggi lebih 15mml/l

Antara tanda-tanda Hiperglisemia pula adalah berasa dahaga melampau, kerap kencing dan luka lambat sembuh.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Eh.. dah nak cuti sekolah!

Sebelum bercuti, jom sama-sama kita pastikan kawasan sekolah bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

🦟 Cari dan musnah bekas berpotensi pembiakan Aedes

🚽 Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik di mangkuk tandas dan pam tandas yang tidak bertutup

🧹 Gotong-royong bersihkan kawasan sekolah

♻️ Lakukan kitar semula

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Thalassaemia

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mardiana Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👴🏻👴🏻Proses penuaan menyebabkan perubahan fungsi tubuh. Pemakanan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh warga emas bagi mengekalkan berat badan ideal dan memperoleh nutrien yang diperlukan.

Oleh itu, warga emas disarankan untuk memilih makanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan yang optimum sehingga akhir hayat.

KKM menyeru orang ramai termasuk warga emas agar mengamalkan pemakanan sihat demi menjamin kesihatan.
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
13 Disember 2023

- SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 49 ( 3 DISEMBER 2023 – 9 DISEMBER 2023)-