Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
3 DISEMBER 2023

-SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA-
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama

Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait.

Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas.

Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember 2023, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS.

#KomunitiPenerajuBersama
Dapatan NHMS (2020) dalam kalangan belia berumur 15-24 tahun menunjukkan:

🔴Hanya 14% mempunyai pengetahuan HIV yang mencukupi

🔴 47.9% mempunyai persepsi yang salah bahawa HIV boleh disebarkan melalui makan

🔴 41.6% daripada mereka tidak tahu amalan seks selamat boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV.

Ini boleh membantutkan usaha pencegahan penularan HIV ini.

Sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bersama tingkatkan kesedaran diri dan keluarga mengenai HIV untuk mengakhiri wabak AIDS menjelang 2030.

#komunitipenerajubersama
Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah demam tifoid adalah

▶️ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
▶️ Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan
▶️ Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan
▶️ Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna
▶️ Tutup semua makanan

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kanser Mulut

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Norhayati Omar, Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Perbezaan HIV dan AIDS

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Yeong May Luu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

#ANMS #sihatmilikku
Setitis Darah Sejuta Impian

Dengarkan di Nasionalfm pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Nur Syahirah Abdul Rahim, Pegawai Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
5 tip pemakanan bijak untuk gula yang cantik

1️⃣ Kawal jumlah karbohidrat yang diambil.
2️⃣ Makan sayur dahulu sekurang-kurangnya 10 minit pertama sebelum makan nasi yang digaul bersama sayur dan protein
3️⃣ Kurangkan minuman manis dan makanan manis daripada gula tambahan
4️⃣ Jangan makan banyak makanan bergoreng dan berminyak serta bersantan
5️⃣ Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected]
Kanser Mulut

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Norhayati Omar, Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sentiasa bersedia menghadapi banjir.

Ibu hamil perlu bersiap sedia dengan membawa buku rekod kesihatan ibu, keperluan peribadi, keperluan bayi atau anak dan bekalan ubat sekiranya perlu berpindah. Ibu hamil yang hampir bersalin perlu segera maklumkan kepada fasiliti kesihatan terdekat.

Pesakit kronik perlu bersiap sedia dengan membawa buku rekod kesihatan, keperluan peribadi dan bekalan ubat.

Terus waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.

#ANMS #sihatmilikku
Luangkan masa hari ini untuk menyaksikan Wanita Hari Ini pada 12.00 tengahari membincangkan tajuk Batuk Berpanjangan bersama Dr. Dalyana Hamid, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan AU2 Keramat.

Sumber: CPK Negeri Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Influenza boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok!

Pelakon & pengacara veteran, Datuk Jalaluddin Hassan, mengutamakan kesihatannya dengan mendapatkan vaksin influenza tahunan.

Bincang dengan doktor anda atau layari https://actoflove.ifl.my/ms/warga-emas/ untuk ketahui kenapa anda juga perlu berbuat demikian!

Sumber: Immunise4Life
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024.

Kepada yang berminat boleh menghantar permohonan di https://tinyurl.com/MySTEPHECC sebelum atau pada 15 Disember 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.