Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tahniah kepada peserta MyVIFitEr 3.0. Program ini telah sampai ke garisan penamat. Selama 10 minggu semua peserta telah berhempas pulas menyahut cabaran dalam pengurusan berat badan secara virtual. Anda sememangnya hebat. Terima kasih juga buat Coach yang sentiasa memberi sokongan kepada peserta.

Jom sama-sama sertai aktiviti Bootcamp MyVIFitEr 3.0 di Taman Tropika, UTM, Skudai, Johor pada 27 Oktober 2023 bermula 6.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Pelbagai aktiviti yang menguji kecergasan menanti anda di sana.
Jangan lepaskan peluang untuk sertai BootCamp MyVIFitEr 3.0. Scan di Kod QR yang disediakan atau klik https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdnn.../viewform untuk mendaftar.

Majlis Penutup MyVIFitEr 3.0 dan pengumuman PEMENANG yang berjaya menurunkan berat badan paling banyak akan turut diadakan. Terdapat PEMENANG MISTERI yang menanti untuk peserta MyVIFitEr 3.0

Aktiviti ini terbuka kepada semua yang berminat, terhad kepada 300 peserta terawal (berumur 18 tahun dan ke atas)

#ANMS #kekalaktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🚬🚬Amalan merokok akan memudaratkan kesihatan seperti meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser paru-paru. Namun, terdapat sesetengah masyarakat masih sukar meninggalkan tabiat buruk ini disebabkan ketagihan terhadapnya.

Sehubungan itu, inisiatif menghentikan tabiat merokok akan memberi pelbagai kebaikan kepada perokok dan orang sekeliling terutamanya dari aspek kesihatan.
Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/
Pasukan Wellness on Wheels (WoW) hari ini berada di One IOI Square Resort, Putrajaya sempena Sambutan Hari Inovasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Basikal Jus, Body Composition dan Soft Archery.

Kami akan berada di sini sehingga 4.30 petang. Jom turut serta bersama memeriahkan sambutan ini.

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02H6suxL7NofBvrXS8YeRdgHCrsmthjVdFzSaSRcoB2Xm5oJDpQfc75yJNsLWgZycFl
Adik-adik stres? 😔

Mari cuba cara ini untuk jadi RESILIEN 💪

#HePiLI
Hidup Lebih Manis Tanpa Gula

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Siti Norsafiah Mohd Yusoff dan Cik Nursyukrina Muhamad Norrahim, Pegawai Pemakanan dari Bahagian Pemakanan, KKM

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 OKTOBER 2023

- Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual -
Hidup Lebih Manis Tanpa Gula

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Siti Norsafiah Mohd Yusoff dan Cik Nursyukrina Muhamad Norrahim, Pegawai Pemakanan dari Bahagian Pemakanan, KKM

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
5 FAKTA YANG RAMAI TAK TAHU, TAPI SALAH TANGGAP TENTANG STIGMA KESIHATAN MENTAL🖐

Banyak persepsi masyarakat yang kurang tepat tentang stigma kesihatan mental. Kami kongsikan 5 fakta tentang stigma ini.

Jom kita ambil perspektif baru tentang kesihatan mental di kalangan masyarakat kita, Malaysia.

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Pantau dan nasihatkan anak-anak agar tidak bermain dengan air banjir. Lindungi mereka daripada penyakit bawaan air.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom meriahkan program Jelajah ANMS & sambutan Bulan Pemakanan peringkat JKWPKL& P Sabtu Ini (28 Oktober 2023) bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa.. pelbagai aktiviti menarik disediakan!

Jumpa anda di sana!!!
Waspada Banjir.

Sediakan beg kecemasan sebagai persiapan menghadapi banjir.

Ini akan memudahkan anda sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir.

Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama