Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🫀Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung sekiranya berlakunya komplikasi sekiranya individu tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif secara fizikal

💪Ketahui punca dan gejala serangan jantung sebagai panduan bersama.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2023. Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik dalam bidang Seni Reka Grafik dan Multimedia (Video).
Kanser Darah

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 17 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Muhd Munzir bin Shkori
Pakar Hematologi
Hospital Ampang

Dr. Kogilavani Gunasagaran
Pakar Kanak-kanak Hematologi dan Onkologi
Hospital Tunku Azizah

#ANMS #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pada peringkat awal, kanser payudara tidak menunjukkan sebarang gejala. Mamogram dapat mengesan perubahan kanser sebelum gejala bermula.
Mamogram menggunakan sinar X yang amat rendah.

Kebanyakan wanita mendapati ketidakselesaan yang dialami semasa mamogram adalah ringan dan sementara.

Keputusan mamogram normal tidak menjamin seseorang wanita itu tidak akan mendapat kanser payudara sepanjang hidupnya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
‼️Asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada anda yang merokok, mereka yang berada disekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya.

Bebaskan diri daripada asap rokok untuk mencegah risiko KANSER.

🚭Bersama-sama membina Malaysia lebih sihat! Layari www.jomquit.com untuk khidmat bantuan berhenti merokok.
Mata Sihat - Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Nurbaiya binti Baharun Naim, Pakar Oftalmologi dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom saksikan bersama!

Sempena Program Madani Afiat Melaka yang akan diadakan pada 28 Oktober 2023 nanti, bersama panel jemputan yang akan mengulas berkaitan :

‼️KEMBARA WELLNESS ON WHEEL & MADANI AFIAT ‼️
18 oktober 2023 | Rabu
9:30 pagi
TV AlHijrah

#MadaniAfiat
#MalaysiaMADANI
Mata Sihat - Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Nurbaiya binti Baharun Naim, Pakar Oftalmologi dari Hospital Putrajaya.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
3 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku
‼️Perokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian.

🫀Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung.

Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/ 💥
Mata Sihat - Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2023

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Selamat pagi adik-adik 😄

Resilien itu amat penting ya. Jom bina jati diri hari ini!

#HePiLI
Adakah anda sudah bersedia untuk hidup dengan minda lebih sihat, emosi lebih tenang & jiwa yang besar ?

JOM SERTAI BERAMAI RAMAI!

Anda dijemput untuk sertai Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan bertempat di The Curve, Damansara pada 22 OKTOBER 2023 dari Jam 7.00PG – 6.00PTG.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya:

Senaminda Vaganza
Gimik Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Modul MySAVE
Sidang Media Bersama YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa
Music Ted Talk Mental Health Bersama Aina Abdul dan Dr Ann KE
Ekspresi Muzik Oleh Batteryheadz Percussion, Alif Satar & The Locos, Amir Jahari, Aina Abdul dan Dr. Ann KE
Pameran Agensi & Wakil NGO Tentang Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023

Jom Bawa Keluarga dan Rakan-rakan Memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan

#KesihatanMentalMilikSemua
#HentikanStigma
#WorldMentalHealthDay2023 🌱💙

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 9.30 pagi

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Dijemput kepada semua untuk memeriahkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Hari Kesedaran Pencegahan Bunuh Diri, dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat WPKL&P yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 20-22 Oktober 2023
Masa: 10am-10pm
Tempat: Centre Court Atrium, Alamanda Shopping Mall, WP Putrajaya

Pelbagai aktiviti disediakan seperti:
1. Pameran intervensi kesihatan mental
2. Saringan kesihatan
3. Forum bersama panel jemputan Pakar Perubatan Psikiatri dan selebriti/influencer ( Dr Malar dan PU Riz) pada *22 Oktober 2023 @ 10.30am*
4. Pertandingan mewarna bercerita dan Choral Speaking
5. Aktiviti kecergasan

Marilah hadir beramai- ramai bagi memeriah sambutan ini.

*KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA, HENTIKAN STIGMA*
Assamualaikum dan salam sejahtera..

JOM SERTAI SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA, HARI KESEDARAN PENCEGAHAN BUNUH DIRI & BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN❗️

Mari bersama memeriahkan dengan menyertai program & aktiviti yang diadakan seperti:

1.CHAIROBIC EXERCISE
2.PHYSICAL & MIND CHALLENGE
3.FAMILY CHALLENGE
4.HIIT WORKOUT

HARI : JUMAAT-AHAD
TARIKH : 20-22 Oktober 2023
TEMPAT : Centre Court Atrium,Alamanda Putrajaya

Program ini adalah peluang yang sempurna untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan anda. Jom bersama-sama kita bergerak dan bersenam bersama! Sila bawa bersama rakan dan keluarga bagi memeriahkan suasana.

Jumpa anda di sana.🤍
Let's Sweat Sempena Hari Sukan Negara

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Sungai Petani esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Asyril, Coach Alif, Coach Nadia dan Coach Nina.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku
💪Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi rapuh, sehingga mudah patah, walaupun akibat daripada pelanggaran kecil, ketika bersin, atau melakukan pergerakan secara tiba-tiba.

📌Kerapuhan tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa dan penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Lindungi tulang anda daripada kerapuhan tulang dengan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan.
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) bermula 8.30 - 9.30 pagi.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag

#OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Let's Sweat Sempena Hari Sukan Negara

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Sungai Petani pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Asyril, Coach Alif, Coach Nadia dan Coach Nina.

#ANMS #KekalAktif #sihatmilikku