Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.

➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
➡️ Kurangkan aktiviti di luar
➡️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi
➡️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik,

Hari ini Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 telah berlangsung di SK Simpang 4 BNO (Sabak Bernam), Selangor. [ Sk Simpang 4 BNO ]

Pelbagai aktiviti telah dibawakan oleh trak kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Wellness Soft Archery.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid0gTjFBjcwm9HECeyN28DGDWogxpkJkohf7j5rfS3UsqmH5WnyyyPpgMruJt2oS2mvl/?mibextid=cr9u03
Asap rokok sekunder mengancam kesihatan kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh menjadi perokok pasif kerana mereka menyedut asap rokok sekunder yang disebarkan oleh perokok.

Mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti yang dikongsikan.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit X Dan Kesiapsiagaan Malaysia
Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
Coretan sepanjang Majlis Pelancaran Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan pada 1 Oktober 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh

https://fb.watch/nu6RdWgsWQ/?mibextid=j8LeHn
Penggunaan rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Antara penyakit baru yang dikesan adalah E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

Kenali apa itu EVALI dan gejala EVALI. Jangan mula merokok sama ada rokok konvensional atau rokok elektronik/vape.

Bagi mereka yang merokok atau menggunakan rokok elektronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com.
Awas! Jerebu Kembali.

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Mohd Shahrol bin Abd Wahil, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Jaga Kesihatan Ketika Musim Jerebu

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Mohd Shahrol bin Abd Wahil, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini telah bertempat di SMK Puncak Alam 1, Kuala Selangor, Selangor. [ SMK Puncak Alam ]

Aktiviti seperti Giant Puzzle Wellness, Wellness Archery dan Giant Jenga menjadi tumpuan murid-murid. Begitu juga dengan aktiviti yang disediakan oleh Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02toGoHdPErAGAuiiBBVswPjXVdsYAWTNDsgV7YGmtdTVMTtUdLCcQJJ7YhCfv6eKCl/?mibextid=cr9u03
Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah TIDAK BENAR.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius.

Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI dan dapat bernafas dengan lebih baik hingga ke akhir hayat.
👴🏻👴🏼Malaysia bakal mengalami peningkatan populasi warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan kualiti kemudahan penjagaan kesihatan.

‼️Proses penuaan menyebabkan fungsi tubuh seseorang berubah. Fungsi organ warga emas lazimnya merosot berbanding individu yang lebih muda.

💥Orang awam termasuk warga emas hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan sentiasa berada paras optimum sehingga ke akhir hayat.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kekal sihat semasa jerebu.

Kurangkan aktiviti luar
Pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah / pejabat
Sentiasa minum air secukupnya
Kerap cuci tangan, muka dan mandi

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari Mental Sedunia : Mengesan Masalah Kesihatan Mental

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3
Tarikh : 10 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Norfaridah binti Masiran
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik Kesihatan Kampung Bandar

#ANMS #sihatmilikku
World Mental Health Day

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam esok bersama Mejar Bersekutu (PA) Kasturi Bai Munusamy, Pakar Psikologi Kanan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#ANMS #sihatmilikku
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kepada semua pelajar, kekal sihat semasa jerebu. Jaga diri dan terus belajar.

Kurangkan aktiviti luar
Minum air secukupnya
Kerap cuci tangan, muka dan mandi
Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Dapatkan rawatan segera jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama