Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kekal sihat semasa jerebu.

Gunakan pelitup muka yang bersesuaian semasa jerebu.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenali Jantung, Hargai Jantung

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Husmar Israq bin Husin, Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Sultan Idris Shah (Serdang)

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai semua,

Destinasi Kembara Sekolah sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin, Melaka. [ SK AIR BARUK ]

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Soft Dart, Giant Puzzle Wellness dan Roda Wellness.

Pasukan trak Wellness on Wheel (WoW) daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin turut menjalankan aktiviti seperti Pameran & Kuiz Kesihatan termasuk Pameran Pneumococcal Vaccine, Saringan Kesihatan termasuk Saringan Kanser Servik, Pemeriksaan Gigi serta aktiviti Cari & Menang.

Pihak SK Air Baruk, Jasin juga telah menganjurkan pertandingan lompat tali peringkat negeri dengan melibatkan sekolah di sekitar negeri Melaka. Kembara ini telah diakhiri dengan penyampaian plak oleh En Hasnor Hadi bin Hasim, Ketua Penolong Pengarah, JKN Melaka kepada Guru Besar sekolah, En Nizam bin Aziz.

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02XbTTDgPrxcoyk3ZVTepcurKVYR8DNxnB5NTsk49q45N2sRhaUQbYp7vY5VN17rJkl/?mibextid=cr9u03
Aneurisma Otak

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam esok bersama Dr. Davendran Kanesen, Pakar Perunding Neurosurgeri dari Hospital Umum Sarawak.

#ANMS #sihatmilikku
Bahaya Jerebu Terhadap Kanak-Kanak

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Choong Yee Wan, Pakar Pediatrik dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS #sihatmilikku
Kekal Sihat Semasa Jerebu

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 12.15 tengah hari bersama Dr. Thahiratul Asma'binti Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan penyakit, KKM

#ANMS #sihatmilikku
Lindungi keluarga anda daripada asap rokok.

Nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok termasuk rokok elektronik atau vape di sekeliling anda. Tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenali Jantung, Hargai Jantung

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Husmar Israq bin Husin, Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Sultan Idris Shah (Serdang).

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.

➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
➡️ Kurangkan aktiviti di luar
➡️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi
➡️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai adik-adik,

Hari ini Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 telah berlangsung di SK Simpang 4 BNO (Sabak Bernam), Selangor. [ Sk Simpang 4 BNO ]

Pelbagai aktiviti telah dibawakan oleh trak kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Wellness Soft Archery.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid0gTjFBjcwm9HECeyN28DGDWogxpkJkohf7j5rfS3UsqmH5WnyyyPpgMruJt2oS2mvl/?mibextid=cr9u03
Asap rokok sekunder mengancam kesihatan kanak-kanak.

Kanak-kanak boleh menjadi perokok pasif kerana mereka menyedut asap rokok sekunder yang disebarkan oleh perokok.

Mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti yang dikongsikan.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Penyakit X Dan Kesiapsiagaan Malaysia
Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.

Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.

Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
Coretan sepanjang Majlis Pelancaran Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan pada 1 Oktober 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh

https://fb.watch/nu6RdWgsWQ/?mibextid=j8LeHn
Penggunaan rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Antara penyakit baru yang dikesan adalah E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau EVALI.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

Kenali apa itu EVALI dan gejala EVALI. Jangan mula merokok sama ada rokok konvensional atau rokok elektronik/vape.

Bagi mereka yang merokok atau menggunakan rokok elektronik, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com.
Awas! Jerebu Kembali.

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Mohd Shahrol bin Abd Wahil, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #sihatmilikku