Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
26 September 2023 - Pasukan Wellness on Wheels (WoW) hari ini berada di Bangunan RISDA, Ampang untuk turut serta di Hari Psikologi RISDA sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti basikal jus, body composition & consultation dan saringan berhenti merokok.

Puan Haniza Binti Ab Shukor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan / Ketua Pegawai Digital (CDO) turut serta memeriahkan aktiviti yang dijalankan.

Budayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan anda.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku #BMSS

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02grL6Asv2GaJcWGXkKdjT2CwkJKZZEmfHw1dTRGbLm3Zh33sZtQ5PB9mmFqTMSirHl
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 dan Pelancaran Kelab Doktor Muda telah berlangsung di SMK Bukit Sentosa 2,Hulu Selangor pada 25.9.2023.

Pelbagai aktiviti telah dibawakan oleh trak kembara antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness dan Wellness Soft Archery.

Aktiviti oleh Jabatan Kesihatan Negeri CPK Negeri Selangor Dan Pejabat Kesihatan Daerah seperti pameran kesihatan, saringan kesihatan, senamrobik dan sembang sihat juga turut sama diadakan bagi memeriahkan acara.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#HePiLI
#BMSS
#SihatMilikSelangor
#sihatmilikku

Sumber: Unit Promosi Kesihatan Hulu Selangor
Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia disambut pada 26 September 2023 dengan tema Global Environmental Public Health : Standing up to protect everyone's health each and every day.

Kesihatan persekitaran berperanan menentukan kualiti kehidupan, amalan pemakanan dan gaya hidup masyarakat.

Terdapat lebih 100 penyakit adalah berkait dengan kesihatan persekitaran. Kita sedang mengalami impak persekitaran yang kian terancam seperti perubahan iklim dan situasi ini memainkan peranan dalam penyebaran penyakit. Langkah pencegahan perlu diambil bagi membendung berlakunya pandemik yang lebih kerap supaya impak kepada ekonomi dan kesihatan masyarakat dapat dikurangkan.

Terima kasih kepada seluruh pengamal kesihatan persekitaran yang giat menjalankan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan perundangan kesihatan awam di lapangan.

Selamat menyambut Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2023 kepada semua pengamal kesihatan persekitaran yang bertugas diseluruh Malaysia dan selamat maju jaya.

Persekitaran yang bersih, sihat dan selamat menyokong kesejahteraan kesihatan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebersihan Persekitaran Tanggungjawab Bersama

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Ummi Kalthum binti Shuib dari SWCorp Wilayah Persekutuan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Mulut Sihat Hidup Sejahtera

Saksikan dalam rancangan apa khabar Malaysia esok di Bernama TV pada pukul 9.00 hingga 10.00 pagi bersama Dr. Jamaliah binti Omar dari Program Kesihatan Pergigian, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Strok Berdarah

Saksikan dalam berita Seithigal di TV Bernama pada pukul 7.00 malam bersama Dr. Dhayalen Krishnan, Pakar Neurologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS #sihatmilikku
Hai semua,

Destinasi Kembara Sekolah sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2023 hari ini telah berlangsung di:

🚌 SMK Undang Rembau (Rembau), Negeri Sembilan SMK Undang Rembau
🚌 SK Kok Keli (Tumpat), Kelantan SK KOK KELI
🚌 SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang SMK SULTAN AHMAD SHAH Cameron Highlands
🚌 SK Air Merah (Kulim), Kedah SK Air Merah
🚌 SK Proton City (Muallim), Perak Sk Proton City
🚌 SK Sungai Lada, WP Labuan SK Sungai Lada, WP Labuan
🚌 SK Bandar Tasik Puteri (Gombak), Selangor Sk Bandar Tasik Puteri

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Soft Dart, Giant Puzzle Wellness dan Roda Wellness.

Antara info menarik yang berlaku di SK Proton City (Muallim) Perak, Pasukan trak Wellness on Wheel (WoW) daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim turut menjalankan aktiviti seperti Pameran Kesihatan, Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja, Pertandingan Kolaj, Latihan Memberus Gigi serta Pocket Talk oleh Dr Nadhirah & Dr Haziq bagi memeriahkan acara. Turut hadir ialah En Saipol Bahrin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muallim dan Dr Raja Mohd Azim, Pegawai Kesihatan Daerah Muallim bagi merasmikan Kembara Sekolah sempena BMSS di SK Proton City.

Kembara Sekolah diakhiri dengan penyampaian sijil dan plak penghargaan kepada wakil sekolah.

Kita sambung di sekolah-sekolah lain esok!

#HePiLI
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid02PJP93p2iw8BphHBdNs413HLoUCwqdWLpJpz9a9AKUMEjz4af4riCzQvtVBEDLCjQl/?mibextid=cr9u03
Pertusis & Monkeypox

Isu berbangkit yang semakin membimbangkan, Pertusis (Batuk Kokol) & Monkeypox.

Jom dengarkan perbincangan mereka.

Moderator:
En Jefrry bin Hamdan,
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Panel:
Dr Loganathan Salvaraji,
Pegawai Perubatan

Sumber: PKD Batu Pahat
3 hari lagi menjelang sambutan Wellness Month @ Lotus's Setia Alam.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kebersihan Persekitaran Tanggungjawab Bersama

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Ummi Kalthum binti Shuib dari SWCorp Wilayah Persekutuan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
4 hari lagi menuju ke Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Negeri Selangor dan Sihat Milik Selangor 3.0😍😍

‼️ Warga Selangor‼️
Jom memeriahkan sambutan ini. Pelbagai aktiviti disediakan untuk semua warga Selangor
🗓 1 Oktober 2023 (Ahad)
6.30 pagi
📍 Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Save the date

#SihatMilikSelangor
#ANMS

Sumber: https://www.facebook.com/CPKJKNS/posts/pfbid03Lku6Tf9An6E8UeFKH7bfdmgTWT8W6298b9HpfxkbKbGgYEHFf8DLW6cAGkmozaul
💥Ekzema merupakan penyakit radang kulit yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.

Terdapat beberapa punca terjadinya ekzema seperti faktor genetik. Selain itu, ekzema juga boleh berlaku disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia, cuaca panas, tekanan,alahan terhadap makanan, habuk dan bulu binatang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mendapatkan rawatan jika menunjukkan tanda-tanda ekzema agar penyakit tersebut dapat dirawat.🩺

Turut menyarankan agar diari makanan disediakan bagi mencatat makanan yang dimakan dan keterukan reaksi terhadap makanan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi mengenalpasti jika makanan punca ekzema
Kebersihan Persekitaran Tangungjawab Bersama

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
Destinasi Kembara Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera hari ini telah berlangsung di 8 buah sekolah:
🚎SK Bandar Baru Serting (Jempol), Negeri Sembilan
🚎SK Beris Panchor (Bachok), Kelantan
🚎SMK Cedung Jaya (Maran), Pahang
🚎SK Permatang Pasir (Bandar Bharu), Kedah
🚎SMK Bagan Serai (Kerian), Perak
🚎SMK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan
🚎SK Pekan 2, Wilayah Persekutuan Labuan
🚎SK Muara Tebas (Kuching), Sarawak

Pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya Teng-teng Wellness, Obstacle Pool, Wellness Dart, Giant Puzzle Wellness, Basketball Shooting Challenge, Penalty Shoot Out dan Wellness Soft Archery.

Tambahan itu, aktiviti-aktiviti lain turut memeriahkan Kembara Sekolah iaitu baling tin, pameran dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), farmasi dan pergigian.

Aktiviti hari ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan serta penyampaian sijil dan cenderahati kepada sekolah.

Tahniah kepada semua yang terlibat hari ini!

#hepili
#BMSS

https://www.facebook.com/100068403884047/posts/pfbid0293mjUHimnXgGbEY32EthuReaNrF3q5cXXTQzQFKoCQcgT7oqfeBaGKc1V4u9rcHZl/?mibextid=cr9u03
27 September 2023 - YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkesempatan meluangkan masa melakukan briskwalk bersama Pengurusan Tertinggi dan kakitangan KKM di sekitar kawasan Putrajaya.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera. Budayakan hidup sihat.

#sihatsepanjanghayat #ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/100068159346549/posts/pfbid03DL9dShNCUpK83TzgNJuDvjBEsUcavSvs8duKWMgAkkfFwEoPeiaqgiLCHEudoecl/?mibextid=Nif5oz
Salam Maulidur Rasul.

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
2 hari lagi menjelang sambutan wellness month @ Lotus's Setia Alam.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

#ANMS #sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom sertai sesi Zumba bersama Zin Achai pada 30 September 2023 pada pukul 8.15 pagi hingga 9.15 pagi di Lotus's Setia Alam sempena Wellness Month @ Lotus's.

Anda berpeluang memenangi hadiah misteri untuk peserta paling havoc!

Imbas kod QR untuk maklumat lanjut.

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku