Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Pengundi COVID-19 Positif Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Tahun 2023
👍Kebanyakan wanita pada masa kini menyimpan susu perahan untuk membekalkan susu kepada bayi ketika waktu bekerja.👶🏻👶🏻

👩Penyimpanan susu perahan pada suhu dan tempat yang tidak sesuai boleh mempengaruhi kualiti dan keselamatan susu perahan yang akan menyebabkan susu perahan tercemar.

📌Oleh itu, ibu perlu menyimpan susu perahan pada tempat dan suhu yang betul agar susu dapat disimpan pada tempoh masa yang lama di samping mengekalkan kualitinya.
📌Menjelang 12 Ogos 2023, iaitu tarikh yang ditetapkan sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Negeri ke-15 di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti beberapa saranan bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan lancar dan selamat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Selamat mengundi.💪🇲🇾
Program Perkhidmatan Farmasi sentiasa berusaha menyampaikan kesihatan bertaraf dunia kepada seluruh rakyat Malaysia sejajar dengan aspirasi Madani Afiat iaitu 'penyampaian khidmat KKM terus kepada komuniti'.

Tahukah anda? Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad telah berkolaborasi lebih 10 tahun dalam menyediakan Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) Ubat Melalui Pos bagi
memastikan kesinambungan bekalan ubat setiap bulan
menjimatkan masa
mengurangkan kos perjalanan ke fasiliti kesihatan bagi mendapatkan bekalan ubat

#kenaliubatanda
#ubatmelaluipos
#ump
Jom pilih untuk tidak merokok ‼️‼️

Dapatkan Bantuan Berhenti Merokok di Quitline 03-88834400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran.

#ANMS #Speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jaga kesihatan mulut anda❗️

📌Lakukan penjagaan kesihatan mulut di rumah dengan teliti seperti:
🪥 Menggosok permukaan gigi dengan kerap dan menggunakan saiz berus gigi yang bersesuaian serta teknik yang betul.
🪥Membersihkan gusi terutamanya dicelah-celah gigi yang rapat dengan menggunakan flos atau menggunakan berus kecil antara gigi sekiranya gigi mulai jarang dan terdapat ruang antara gigi.

❗️Amalkan gaya hidup yang sihat
Elakkan merokok
✔️Jalani pemeriksaan oral dan saringan penyakit gusi secara berkala sekiranya gusi anda menunjukkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit gusi seperti berikut:
• Gusi berdarah dan bengkak
• Gusi bernanah
• Gigi goyang, berganjak dan semakin memanjang
• Bau nafas yang tidak menyenangkan

" Be Proud Of Your Mouth"
*KPDN KOMITED UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)*

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2023 - Delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini hadir ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membincangkan mengenai bentuk kerjasama dalam bidang promosi kesihatan yang boleh diterokai melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, KPDN bersama barisan Pegawai Kanan KPDN, manakala delegasi KKM diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Suraiya Syed Mohamed.

Hasil daripada sesi libat urus ini, KPDN telah menyatakan persetujuan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat dapat direalisasikan dalam kalangan warga KPDN serta agensi di bawahnya.

Sebagai tanda soladiriti kepada pembudayaan hidup sihat, KPDN juga bersetuju untuk menyambut Wellness Month bersekali dengan Karnival Sukan KPDN pada bulan September ini di Pulau Pinang selain daripada komitmen untuk mewujudkan Wellness Corner di Ibu Pejabat KPDN dan menjalankan Saringan Kesihatan Secara Berkala dalam kalangan warga kerjanya.
Panduan ini bertujuan memberi peluang pengundi COVID-19 positif menjalankan kewajipan mengundi, pada waktu yang sama mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa tempoh ini.

Kerjasama semua pihak termasuk individu dan masyarakat dalam bersama-sama menangani penularan jangkitan COVID-19 adalah sangat dihargai. KKM sentiasa memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima. Semoga PRN ke-15 tahun 2023 berjalan lancar dan selamat.
Menjelang 12 Ogos 2023, iaitu tarikh yang ditetapkan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri ke-15 di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu, KKM mengambil inisiatif untuk menasihatkan orang ramai supaya mengikuti beberapa saranan kesihatan. Hal ini bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat terutamanya dari segi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Kerjasama semua pihak termasuk individu dan masyarakat dalam bersama-sama menangani penularan jangkitan COVID-19 adalah sangat dihargai.

KKM sentiasa memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum. Semoga PRN ke-15 tahun 2023 berjalan lancar dan selamat.
Lemak dan kolesterol diperlukan dalam diet harian dalam kuantiti yang sedikit untuk beberapa fungsi tubuh.💪

💥Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi supaya tidak berlebihan.

Dikongsikan tip yang boleh anda ikuti untuk menghadkan pengambilan lemak dan kolesterol. Pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan bagi mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.🫀