Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Reformasi sistem kesihatan negara telah menggariskan 5 Aspirasi yang ingin dicapai dalam tempoh 15 tahun iaitu negara yang sihat, sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan oleh semua, sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat, sistem kesihatan yang berdaya tahan dan ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif.

Oleh itu, sama-samalah kita menyokong Kertas Putih Kesihatan agar aspirasi tersebut dapat dicapai demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia pada masa depan.
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam pada sabtu minggu ke 4 setiap bulan.

Lakukan aktiviti cari & musnah tempat pembiakan Aedes selama 10 minit setiap minggu.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
FAQ BERSAMA PROTECTHEALTH CORPORATION SDN. BHD.​

Kurang jelas lagi?​

Jom layari laman sesawang kami di sini:​

https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/

Kesihatan Anda, Misi Kami​

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
RAWATAN DI KLINIK SWASTA PERCUMA​

Skim Perubatan MADANI adalah inisiatif rintis kerajaan yang akan memberikan rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di klinik panel swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. ​

Untuk maklumat lanjut, layari di sini:​

https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani/

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
Don’t forget to subscribe to our youtube channel!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👶🏻👶🏻Autisme merupakan masalah gangguan perkembangan otak sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨‍👨‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦
Chupp! The Pneumo Rangers

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasir, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesiihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🍱MyMeal adalah pengiktirafan yang diberikan oleh KKM bagi set menu lengkap yang terdiri daripada sumber karbohidrat, sumber protein dan sayur- sayuran sebagai sumber vitamin dan mineral.

MyMeal merupakan :

1️⃣ set makanan lengkap berdasarkan konsep Pinggan Sihat Malaysia- Suku Suku Separuh,
2️⃣dijual dengan harga yang berpatutan, dan
3️⃣ boleh dilaksanakan bagi semua menu makanan yang dijual secara set di Malaysia, yang mematuhi komponen penilaian yang ditetapkan

JOM PILIH MyMEAL !!
bagi menyokong persekitaran pemakanan yang sihat dan membudayakan pilihan makanan yang lebih berkualiti dan bernutrisi.
Hari Hepatitis 2023

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Tiada lesen dikeluarkan oleh KKM bagi penjualan air zam zam.

Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda atau penjara.

#airzamzam
#FoodStandardsSaveLives
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#BKKM
#KKM
Air Zam Zam tidak dibenarkan dijual di Malaysia. Kenapa??

Air zam zam dikategorikan sebagai Air Mineral Semulajadi (AMS).

Penjualan AMS wajib mendapat lesen daripada KKM mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Tiada lesen dikeluarkan oleh KKM bagi penjualan air zam zam.

#airzamzam
#FoodStandardsSaveLives
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#BKKM
#KKM
😴🛌Tidur sangat penting untuk memastikan kesihatan seseorang individu berada pada tahap yang optimum.

📌 Tidur yang cukup dapat memberikan tenaga serta membantu kita untuk fokus dan kekal cergas sepanjang hari.
Chupp! The Pneumo Rangers

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasir, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesiihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
DAFTAR KLINIK ANDA DI BAWAH SKIM PERUBATAN MADANI​

Adakah klinik anda berada dalam kawasan 10 daerah terpilih bagi Skim Perubatan MADANI?

Jika ya, kami mengajak anda untuk mendaftar bersama ProtectHealth Corporation Sdn Bhd untuk menjadi klinik panel bagi skim ini.​

Untuk maklumat lanjut, layari https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

#ProtectHealth #SkimPerubatanMADANI #MalaysiaMADANI
Anda merancang untuk membeli atau menukar kepada nombor telefon/alamat emel baru? Pastikan anda mengemas kini maklumat MySJ ID anda sebelum berbuat demikian.

Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan segala maklumat anda sentiasa berada di hujung jari anda.

___________________________

Are you planning to buy or change to a new phone number/email address? Make sure you update your MySJ ID information before doing so.

Follow these steps to ensure all your information is always at your fingertips.

#MySejahtera
#TukarMySJID
#AplikasiKesihatanAwam