Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
👵👴Dementia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakan otak secara berperingkat. Kurangkan risiko dementia dengan:

amalkan cara hidup sihat
ambil pemakanan sihat dan seimbang
aktif secara fizikal dan mental
kawal tekanan darah dan darah tinggi sekiranya didiagnosis.

⚠️ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan daripada pakar perubatan geriatrik dan pakar psikogeriatrik. Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri.

Kepada penjaga, amalkan pemikiran positif dan berkongsilah masalah. Anda hebat kerana menyokong ahli keluarga yang mengalami dementia.
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Program Madani Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang Umum EUPE, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah hari ini.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea YB Menteri Kesihatan dalam merakyatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan merupakan sebahagian daripada agenda reformasi kesihatan yang disarankan dalam Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan 2023 yang menyarankan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada Sick Care kepada Health Care. Program Madani Afiat ini merupakan yang kedua dilakukan selepas dilancarkan di Selangor pada 9 Julai 2023.

Antara pengisian penting program Madani Afiat adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan melakukan ujian saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit (NCD). Program ini juga bersesuaian dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang merupakan satu pakej ‘sihat sepanjang hayat’ bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran.

Program yang sama pada hari ini melibatkan seramai 285 orang jururawat dan pembantu perubatan dari 2 Institut Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), iaitu ILKKM Alor Setar dan ILKKM Kangar serta sukarelawan dan pemimpin komuniti setempat. Program Mobilisasi ini merupakan satu platform pendedahan kepada para pelatih ILKKM untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.

Program hari ini juga turut diadakan bersama dengan sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023. Hari Malaria Sedunia merupakan salah satu dari sambutan Hari Kesihatan Awam Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Sambutan Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria.

Tema sambutan pada tahun 2023 adalah “Time to deliver zero malaria: invest, innovate, implement.” atau ”Kekalkan sifar malaria: pendanaan, inovasi, implementasi”. Malaysia telah berjaya mencapai “SIFAR” malaria manusia jangkitan tempatan untuk 5 tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2022. Walau bagaimanapun, Malaysia masih terdedah kepada risiko kemasukan semula jangkitan malaria manusia kerana terdapat kes malaria import dalam kalangan pekerja asing yang baru tiba atau warga Malaysia yang pulang dari negara endemik malaria serta malaria zoonotik.

KKM akan terus mengorak langkah dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan malaria dengan memperkasakan promosi kesihatan mengenai malaria zoonotik. Penduduk yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi di hutan-hutan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan, seperti memakai pakaian yang dapat melindungi keseluruhan badan dari gigitan nyamuk dan menggunakan ubat penghalau nyamuk (repellent).
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan, KKM, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM dan YBhg. Dato’ Dr. Haji Othman Warijo, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid08S28zLZCqkN1ZEuWjPwynTwDe3nvJt3xCtuGSBtu5hzrMDXg8BgDHnnDuHzpZGVYl&id=100064560379224&mibextid=qC1gEa
🍗🍧🍞Corak pemakanan sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan dan mencegah penyakit.

👍Salah satu amalan pemakanan sihat adalah dengan mengamalkan Pinggan Sihat Malaysia Suku-suku Separuh yang terdiri daripada suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah.

❗️📌Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk menghindari obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
Kepada yang berkelayakan, boleh hantarkan permohonan ke [email protected] .
💥Penurunan selera makan sangat lazim berlaku dalam kalangan warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan deria rasa dan bau seiring dengan penuaan, ketidakmampuan mengunyah, tinggal berseorangan, menghidapi penyakit, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.

💢Penurunan selera makan boleh memudaratkan kesihatan warga emas kerana mereka berisiko mengalami kekurangan zat makanan dan penyusutan otot yang akan mempengaruhi kualiti hidup.

Oleh itu, terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk meningkatkan selera makan dalam kalangan warga emas agar kesihatan mereka berada pada tahap optimum.
Don’t hold up! Subscribe to our youtube channel & win a mystery prize.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masalah Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Aida Harlina Abdul Razak, Pakar Psikiatri dari Hospital Cyberjaya.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Takungan air pada alat penapis air di kediaman anda mampu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Mikrobiota usus merujuk kepada populasi mikro organisma yang terdapat pada usus dan membantu fungsi sistem penghadaman yang cekap

⚠️Ketidakseimbangan mikrobiota usus berlaku apabila kandungan bakteria baik dan buruk dalam usus berubah daripada nisbah normal dan menyebabkan gangguan penghadaman

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi prebiotik dan probiotik untuk mengekalkan kesimbangan mikrobiota usus demi menjamin kesihatan usus pada tahap optimum.
Salam Maal Hijrah.

Hijrah Diri, Akhiri Tabiat Merokok.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat Menyambut Awal Muharram.

Salam Maal Hijrah 1445H.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💊💊Antibiotik telah digunakan sejak sekian lama untuk merawat penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Kerintangan antibiotik merupakan keadaan yang membimbangkan kerana antibiotik sedia ada tidak lagi berkesan untuk melawan jangkitan bakteria.🦠🦠

Sehubungan itu, semua pihak termasuk doktor, ahli farmasi dan masyarakat perlu cakna terhadap isu kerintangan antibiotik dan mengambil langkah pencegahan dalam menangani isu ini.👩‍⚕️👩‍⚕️
Sekiranya anda ingin membuat tempahan Janji Temu melalui aplikasi MySejahtera, sila buat carian fasiliti berdasarkan nama fasiliti atau negeri.

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanAwam
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Jom laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran dan kitar semula selama 1 Jam di kawasan anda pada 22 Julai 2023 (Sabtu) bermula 8.30 - 9.30 pagi.

Jangan lupa untuk post di facebook masing-masing, tag fb myhealthkkm & fb cari dan musnah dan masukkan hashtag #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💊💊Kerintangan antibiotik adalah keadaan apabila antibiotik yang digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria tidak lagi berkesan kerana bakteria tersebut telah menjadi kebal.
Terdapat beberapa punca berlakunya kerintangan antibiotik termasuklah penggunaan antibiotik untuk merawat jangkitan selain bakteria.

Oleh itu, semua pihak termasuk doktor, ahli farmasi dan masyarakat perlu berganding bahu mengambil langkah pencegahan kerintangan antibiotik. Orang ramai perlu bertanya dengan doktor tentang keperluan mengambil antibiotik demi kesihatan dan kesejahteraan pada masa hadapan.👩‍⚕️👩‍⚕️
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Kuiz Sitkom AUSSH.

Terima kasih juga kepada semua yang menyertai pertandingan ini.

Pihak urus setia akan menghubungi pemenang bagi tujuan pengagihan hadiah.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Isu Penggunaan Bekas Akuarium Sebagai Bekas Menyimpan Air Untuk Tujuan Jualan