Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bapa Gayah tak sihat dan Gayah nak bawa ke jabatan kecemasan di hospital.

Nasib baik terjumpa dengan Makcik Kiah. Makcik Kiah suruh bawa je ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur sebab klinik tu tersenarai dalam salah satu daripada enam klinik yang dilanjutkan operasi lepas waktu pejabat. Takdelah Gayah dan bapanya menunggu lama untuk dapatkan rawatan 😁.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari : Sudahkah Anda Berdaftar?

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live
🔊 𝑻𝑨𝑵𝑫𝑨𝑲𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑳𝑬𝑵𝑫𝑨𝑹 𝑨𝑵𝑫𝑨‼️
𝐮n𝐭u𝐤 𝐚k𝐭i𝐯i𝐭i h𝐮j𝐮n𝐠 𝐦i𝐧g𝐠u i𝐧i. 🥳

Hadir pada #madaniafiat siri jelajah di Negeri Kedah Darul Aman,
dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023
📌16 Julai 2023 (Ahad) | 7:00 pagi - 5:00 petang
🏚 Padang EUPE, Taman Ria Jaya, Sungai Petani Kedah

‼️Pastikan kehadiran anda dengan membawa keluarga, saudara dan rakan ke program MADANI AFIAT 🩺

"Jom Pakat- pakat Mai!"
Hari Malaria Sedunia telah disambut pada 25 April 2023 dengan tema Kekalkan Sifar Malaria : Pendanaan, Inovasi, Implementasi.

Sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan 2023 akan disambut pada 16 Julai 2023 di Padang UEPE, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Jom sertai program ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Muhammad Hisyam bin Kamarulzaman dari Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Jom saksikan siaran ulangan sitkom AUSSH di TV1 pada pukul 10.05 pagi dengan episod 10 Ribu Langkah.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Langkah pencegahan MERS.

Elakkan
Bersentuhan dengan unta baka Arab
Mengambil susu unta mentah
Mengambil air kencing unta
Memakan daging unta yang tidak dimasak dengan betul

Jika melawat ladang, pasar atau pameran unta
Kerap cuci tangan
Elak sentuh unta

Hubungi petugas kesihatan untuk penilaian kesihatan jika mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti MERS-CoV dalam tempoh 14 hari.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangan biar Aedes membiak dalam rumah kita

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penyakit malaria manusia tular dalam kalangan manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles sp manakala penyakit malaria zoonotik ditularkan daripada haiwan yang merupakan perumah semulajadi bagi parasit ini kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles sp.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
👧👦Lewat perkembangan atau “Global Developmental Delay” (GDD) merujuk kepada kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan mereka mengikut peringkat umur secara normal.

👍🩺Kami kongsikan garis panduan am yang boleh digunakan oleh ibubapa dan penjaga yang menjaga kanak-kanak GDD.

❗️Yang paling penting, kanak-kanak GDD haruslah disediakan dengan persekitaran yang memberangsangkan dan penuh kasih sayang bagi membantu anak-anak GDD meningkat pencapaiannya.
Program #MadaniAfiat kini ke Kedah!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Turut diadakan, Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023.

Bersama sertai kami di Padang EUPE, Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada hari Ahad ini.

Pakat mai ramai-ramai!

#DrZ #MalaysiaMADANI
📌Kanser ovari merupakan kanser di ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan ovum dan hormon wanita.

Faktor risiko bagi kanser ovari adalah:
👉Umur lanjut
👉 Obesiti
👉Sejarah keluarga
👉 Penggunaan ubat hormon selepas menopaus
👉Individu yang lewat mendapat anak atau tidak pernah hamil

Dikongsikan tanda-tanda kanser ovari untuk panduan. Kebanyakan wanita cenderung untuk melewatkan pemeriksaan doktor apabila berlaku perubahan pada diri mereka.

🩺❤️💪Anda adalah digesa dan tidak bertangguh untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi lanjut bersama doktor pakar bertauliah sekiranya mempunyai gejala seperti yang dinyatakan.
Individu yang bekerja di kawasan hutan, sektor perladangan baru, tinggal di kawasan penempatan berdekatan hutan, menjalankan aktiviti rekreasi di hutan dan wujud populasi monyet/kera dipinggir hutan berdekatan, berisiko dijangkiti malaria.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🧤Tujuan pemakaian sarung tangan dalam kalangan pengendali makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja.

🥪🥢🌮Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak, pinggan, cawan dan sebagainya semasa memakai sarung tangan.

Malah, terdapat segelintir pengendali makanan yang menyentuh mata, muka dan hidung semasa memakai sarung tangan.

📌Tindakan tersebut menyebabkan bakteria daripada objek dan pengendali tersebut berpindah kepada makanan yang akan menjejaskan kebersihan makanan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko berlakunya keracunan makanan dalam kalangan pengguna.

Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my.
Berikut adalah kategori pekerjaan dan aktiviti rekreasi yang berisiko mendapat jangkitan malaria.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jadi subscriber Youtube MyHEALTHKKM yang ke 100,000.

Hadiah menarik menanti anda!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saksikan video gimik Program Madani Afiat & Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang EUPE, Taman Ria Jia, Sungai Petani, Kedah yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Kesihatan Malaysia pagi ini.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
👵👴Dementia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakan otak secara berperingkat. Kurangkan risiko dementia dengan:

amalkan cara hidup sihat
ambil pemakanan sihat dan seimbang
aktif secara fizikal dan mental
kawal tekanan darah dan darah tinggi sekiranya didiagnosis.

⚠️ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan daripada pakar perubatan geriatrik dan pakar psikogeriatrik. Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri.

Kepada penjaga, amalkan pemikiran positif dan berkongsilah masalah. Anda hebat kerana menyokong ahli keluarga yang mengalami dementia.