Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sebarang pertanyaan mengenai MySejahtera, sila layari laman helpdesk MySejahtera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila ikuti langkah-langkah yang telah disediakan seperti berikut:

https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/en/support/home//.

#MySejahtera
#GerbangDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Nantikan..
2 hari lagi menjelang majlis pelancaran One Hour Malaysia Clean Up.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka yang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam tetapi amat digalakkan berdasarkan penilaian risiko kendiri.

Selain itu, individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan DIKENHENDAKI memakai pelitup muka di FASILITI KESIHATAN apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.

Namun begitu, pemakaian pelitup muka di fasiliti kesihatan boleh dikecualikan di kawasan terbuka dan di mana tiada interaksi dengan pesakit seperti di ruang parkir.
Tak tahu nak buat apa hujung minggu‼️

Dah daftar Apron Walk 2023🏃🏽‍♀️🏃‍♂️ belum??

Jom sertai kami 📢📢

Bila? 24 September 2023 (Ahad)
Di mana? Floria Putrajaya
Kat mana nak daftar? klik je link ni https://www.jomrun.com/event/Apron-Walk-2023

🗓️ Tarikh tutup penyertaan : 22 September 2023

Jangan lepaskan peluang untuk grab:

200 slot EARLY BIRD
800 APRON PERCUMA
>>Siapa cepat dia dapat tau..🤓<<<

Apa tunggu lagi..jom memeriahkannya. Jangan lupa kongsikan info ini dan ajak kawan² dan keluarga sama-sama sertai 👩‍👩‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦

#apronwalk2023
#worldfoodsafetyday2023
#foodstandardsavelives
#keselamatanmakanantanggungjawabbersama
#bkkm
#kkm
Anda tahu tentang youtube MyHEALTHKKM? Dah subscribe ke belum?

Jadi subscriber youtube MyHEALTHKKM yang ke 100,000 dan menangi hadiah ekslusif daripada kami.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kini MySejahtera menawarkan 11 perkhidmatan Janji Temu yang boleh ditempah melalui aplikasi MySejahtera.

#MySejahtera
#GerbangDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona.

Famili virus korona boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut teruk.

Virus MERS boleh menjangkiti manusia daripada unta baka arab yang dijangkiti virus MERS-CoV melalui kontak langsung atau tidak langsung (pengambilan produk unta seperti daging dan susu mentah).

Ia tidak mudah merebak daripada manusia kepada manusia melainkan melalui kontak rapat tanpa perlindungan dan boleh berlaku ketika menjaga pesakit MERS tanpa perlindungan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jemaah Haji telah mula tiba di tanah air.

Kekal sihat selepas menunaikan fardu haji dengan menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 kendiri sekiranya bergejala, asingkan diri dan dapatkan rawatan sekiranya bergejala dan tidak menerima tetamu sekiranya bergejala.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Amalkan etika penjagaan tandas awam.

Letak semula hos selepas guna
Pam selepas guna
Jimat penggunaan air
Buang sampah ke dalam tong sampah

🚫 Dilarang hisap rokok & vape
🚫 Dilarang buang sisa makanan ke dalam singki
🚫 Dilarang pijak mangkuk tandas
🚫 Dilarang buang sampah ke dalam mangkuk tandas

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🤰🏻🤰🏻Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.

Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti.

Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan.

Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.
Body Weight Training - Make Your Body Strong Again

Sertai sesi FB Live esok anjuran Wellness Hub Kelantan pada pukul 10.30 pagi bersama Coach Am, Coach Acap dan Coach Shafiq.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku
Body Weight Training - Make Your Body Strong Again

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Kelantan pada pukul 10.30 pagi bersama Coach Am, Coach Acap dan Coach Shafiq.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku
Nantikan..

1 hari lagi menjelang majlis pelancaran One Hour Malaysia Clean Up.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali Ke-386 Berkenaan Kelulusan Pendaftaran Pertama Bagi Produk Semulajadi Dengan Tuntutan Terapeutik
Jom kita meriahkan Majlis Pelancaran #MadaniAfiat hari ini di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak 🥳

Pelbagai program kesihatan menarik menanti anda.

Jumpa di sana‼️
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saksikan video montaj sempena Majlis Pelancaran Madani Afiat Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023 yang telah diadakan pada pagi ini, 9 Julai 2023 di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak, Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor dan YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti saringan kesihatan, showcase kebersihan persekitaran (Wellness on Wheel), pendaftaran pendermaan organ, demonstrasi 7 langkah mencuci tangan, sudut informatif daripada pihak bomba dan PDRM, aktiviti sukan dan pemeriksaan kesihatan pergigian.

Bersama-sama kita bertanggungjawab menjaga persekitaran yang bersih.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama