Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
💧💧Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting bagi seorang kanak-kanak bagi mengelakkan dehidrasi berikutan gaya hidup yang aktif.

📌Antara gejala dehidrasi termasuklah dahaga yang melampau, kurang membuang air kecil, kekejangan, sakit kepala dan keletihan.

💧Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk membekalkan air kosong yang mencukupi kepada anak-anak sebelum ke sekolah untuk memudahkan mereka minum air secukupnya semasa di sekolah.💦💦
Anda boleh ikuti langkah langkah yang disediakan di bawah untuk mengaktifkan notifikasi Janji Temu dalam telefon pintar anda:

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
👨👨Selain wanita, kesihatan lelaki juga perlu diberi perhatian agar mereka kekal sihat secara menyeluruh.

🩺🧑‍⚕️Sesetengah lelaki mengabaikan kesihatan mereka secara keseluruhan. Lelaki jarang mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan berbanding wanita dan jarang mengambil tindakan pencegahan penyakit.

♥️‼️lelaki perlu menjalankan saringan kesihatan secara berkala supaya dapat memastikan tahap kesihatan yang optimum bagi memastikan mereka terus dapat menyumbang kepada pembangunan negara
Penyakit Darah Tinggi

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Marzilawati binti Abd Rahman
Pakar Perunding Perubatan Dalaman Akut
Hospital Kuala Lumpur

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tidak mendapat tidur yang nyenyak atau kerap kali terjaga mungkin terjadi selepas jangkitan COVID-19.

Antara strategi yang mungkin membantu menangani gejala ini

Hentikan penggunaan peralatan elektronik sejam sebelum tidur

Hentikan amalan makan, pengambilan kafein atau alkohol dan merokok atau menghisap vape sebelum tidur

Lakukan teknik relaksasi pernafasan
Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menerusi ProtectHealth Corporation telah melancarkan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi menyemak kelayakan penerima, senarai klinik panel dan cara mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI
Apa Yang Perlu difahami Oleh Komuniti Mengenai Pelaksanaan Projek Nyamuk Aedes BerWolbachia.

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Puan Norzihan binti Mohamed Hassan, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gejala berkaitan emosi yang mungkin berlaku selepas jangkitan COVID-19 adalah seperti tekanan perasaan, kegelisahan, kesedihan dan kemurungan.

Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, luangkan masa melakukan perkara yang anda minati dan terokai hobi serta minat yang baru.

Teknik-teknik relaksasi mungkin boleh menangani gejala anda.

Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apa Yang Perlu difahami Oleh Komuniti Mengenai Pelaksanaan Projek Nyamuk Aedes BerWolbachia.

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Norzihan binti Mohamed Hassan, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sebarang pertanyaan mengenai MySejahtera, sila layari laman helpdesk MySejahtera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila ikuti langkah-langkah yang telah disediakan seperti berikut:

https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/.../home//.

#MySejahtera
#GerbangDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
🦟Ketahui fakta berkaitan Nyamuk Aedes berWolbachia sebelum menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

🦟Pelepasan nyamuk Aedes aegypti berWolbachia merupakan satu kaedah inovatif dan mampan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk Aedes seperti denggi, zika dan chikungunya.

Nyamuk Aedes berWolbachia akan mengawan dengan nyamuk Aedes liar dan menyebarkan Wolbachia dalam populasi nyamuk Aedes di lapangan yang akan menyekat penularan demam denggi di komuniti setempat.

🇲🇾Oleh itu, orang ramai adalah digesa untuk mendapatkan maklumat sahih dan tepat mengenai nyamuk Aedes berWolbachia dan dapat memberi kerjasama kepada kerajaan dalam projek pelepasan nyamuk berWolbachia demi mengawal penularan virus denggi, chikungunya atau zika agar masyarakat kekal sihat.
Apa Yang Perlu difahami Oleh Komuniti Mengenai Pelaksanaan Projek Nyamuk Aedes BerWolbachia

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama