Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kelesuan kerap terjadi selepas jangkitan COVID-19 sama ada kelesuan fizikal atau mental yang keterlaluan. Ia boleh terjadi walaupun anda hanya melakukan aktiviti fizikal atau tugasan minda yang ringan.

Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat dapat membantu menangani gejala ini.

Strategi 4P mungkin dapat membantu menangani gejala anda. Tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai strategi 4P.

Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terima kasih Ayah kerana tidak merokok.

Selamat Menyambut Hari Bapa.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perubahan pada deria rasa dan bau mungkin terjadi selepas jangkitan COVID-19.

Antara amalan yang mungkin dapat membantu menangani gejala ini

👍 Menggosok gigi 2-3 kali sehari
👍 Tidak merokok dan tidak menghisap vape
👍 Pelbagaikan jenis, cara dan rasa masakan
👍 Latihan bauan bagi merangsang saraf olfaktori

Sekiranya gejala yang anda alami tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💧💧Pengambilan air kosong yang mencukupi sangat penting bagi seorang kanak-kanak bagi mengelakkan dehidrasi berikutan gaya hidup yang aktif.

📌Antara gejala dehidrasi termasuklah dahaga yang melampau, kurang membuang air kecil, kekejangan, sakit kepala dan keletihan.

💧Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk membekalkan air kosong yang mencukupi kepada anak-anak sebelum ke sekolah untuk memudahkan mereka minum air secukupnya semasa di sekolah.💦💦
Anda boleh ikuti langkah langkah yang disediakan di bawah untuk mengaktifkan notifikasi Janji Temu dalam telefon pintar anda:

#MySejahtera
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
👨👨Selain wanita, kesihatan lelaki juga perlu diberi perhatian agar mereka kekal sihat secara menyeluruh.

🩺🧑‍⚕️Sesetengah lelaki mengabaikan kesihatan mereka secara keseluruhan. Lelaki jarang mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan berbanding wanita dan jarang mengambil tindakan pencegahan penyakit.

♥️‼️lelaki perlu menjalankan saringan kesihatan secara berkala supaya dapat memastikan tahap kesihatan yang optimum bagi memastikan mereka terus dapat menyumbang kepada pembangunan negara
Penyakit Darah Tinggi

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 20 Jun 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Marzilawati binti Abd Rahman
Pakar Perunding Perubatan Dalaman Akut
Hospital Kuala Lumpur

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tidak mendapat tidur yang nyenyak atau kerap kali terjaga mungkin terjadi selepas jangkitan COVID-19.

Antara strategi yang mungkin membantu menangani gejala ini

Hentikan penggunaan peralatan elektronik sejam sebelum tidur

Hentikan amalan makan, pengambilan kafein atau alkohol dan merokok atau menghisap vape sebelum tidur

Lakukan teknik relaksasi pernafasan
Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA menerusi ProtectHealth Corporation telah melancarkan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi menyemak kelayakan penerima, senarai klinik panel dan cara mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI.

#DrZaliha #DrZ
#KKM #MalaysiaMADANI
Apa Yang Perlu difahami Oleh Komuniti Mengenai Pelaksanaan Projek Nyamuk Aedes BerWolbachia.

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Puan Norzihan binti Mohamed Hassan, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gejala berkaitan emosi yang mungkin berlaku selepas jangkitan COVID-19 adalah seperti tekanan perasaan, kegelisahan, kesedihan dan kemurungan.

Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, luangkan masa melakukan perkara yang anda minati dan terokai hobi serta minat yang baru.

Teknik-teknik relaksasi mungkin boleh menangani gejala anda.

Sekiranya gejala anda tidak beransur pulih, segera dapatkan konsultasi profesional perubatan di fasiliti kesihatan berdekatan anda.

#ANMS #COVID19 #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apa Yang Perlu difahami Oleh Komuniti Mengenai Pelaksanaan Projek Nyamuk Aedes BerWolbachia.

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Norzihan binti Mohamed Hassan, Pegawai Sains Kaji Serangga dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sebarang pertanyaan mengenai MySejahtera, sila layari laman helpdesk MySejahtera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sila ikuti langkah-langkah yang telah disediakan seperti berikut:

https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/.../home//.

#MySejahtera
#GerbangDigitalAnda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera