Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Awasi tekanan darah. Kawal pengambilan garam. Hindari Hipertensi.

🧂 Hadkan pengambilan garam
📋 Amalkan membaca label makanan
🍔 Hadkan pengambilan makanan diproses ultra
🧄 Utamakan perisa semula jadi.

6 Cara mengawal Hipertensi
🏃🏃‍♀️ Cergaskan diri
🍺 Elakkan pengambilan alkohol
🚭🚭 Berhenti merokok
🥗🍱 Amalkan diet seimbang
🧍‍♀️🧍 Kekalkan berat badan ideal
🧎‍♂️🧎‍♀️ Kendali stres

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan usaha mendidik orang awam untuk menyedari bahawa kita berhak bersuaran untuk udara yang bebas dari asap rokok.

Ayuh sertai kempen ini Suarakan Hak Anda, Speakout!

Pelbagai acara dan pertandingan akan diadakan.

Scan Qr untuk mendaftar dan dapatkan hadiah lumayan.

#kekalaktiflupakanrokok
#BuskingSihatTanpaAsapRokok
#utamakanmakananbukanrokokdemikesihatan

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 1 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT
Segar
Tidak berkulat atau berulat

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.

Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti meningitis, gangguan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan kematian.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penyakit Pneumokokal bahaya untuk kanak-kanak. Ia boleh menyerang paru-paru, otak dan telinga mereka.

Vaksinasi Pneumokokal dapat melindungi anak anda.

Dapatkan imunisasi catch-up pneumokokal secara percuma untuk anak anda yang lahir pada tahun 2018 & 2019!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber: IFL
2 hari lagi..

MyVIFitEr 3.0 !!

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak.

Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut.
Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan.

Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.
Anda pernah tonton sitkom AUSSH? Apa? Belum lagi? Biar betul?!

Tak apa….masih belum terlambat. Boleh tonton di Youtube MyHEALTHKKM dan anda berpeluang menyertai pertandingan sitkom AUSSH yang akan bermula pada 15 Jun 2023.

Apa tunggu lagi. Jom tonton sitkom AUSSH yang santai dan menghiburkan ini hanya di Youtube MyHEALTHKKM (http://www.youtube.com/myhealthkkm)

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Aedes kian membiak. Apa tindakan kita? Ayuh kengkawan kita ajak komuniti kita sama-sama banteras Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
#10minitseminggu
📢Sindrom Tourette melibatkan pergerakan berulang serta penghasilan bunyi seterusnya menghasilkan gejala yang terdiri motorik dan vokal (simple dan kompleks). Sindrom Tourette berlaku ketika seseorang berusia 2 hingga 10 tahun. Mereka yang menghidap penyakit ini mempunyai kesukaran mengawal pergerakan badan.

Gejala 'simple' hanya melibatkan satu kumpulan otot manakala gejala kompleks melibatkan lebih daripada satu kumpulan otot.

Gejala vokal merujuk kepada bunyi yang dihasilkan oleh seseorang dengan menggunakan suaranya. Gejala vokal muncul lebih lambat berbanding gejala motorik. Sindrom Tourette boleh disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran yang dialami oleh seseorang kanak-kanak .

📌Sila awasi sekiranya seseorang kanak-kanak menunjukkan gejala-gejala tersebut.
Cawan plastik / kertas yang dibuang merata boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Jom kitar semula!

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lengkapkan imunisasi anak anda bagi mengurangkan risiko mereka daripada mendapat penyakit berjangkit yang boleh membawa maut seperti batuk kokol.

Hubungi klinik yang berdekatan dengan segera sekiranya anda terlepas tarikh janji temu imunisasi anak anda.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 2 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT

Isi yang pejal dan anjal
Mata Jernih dan tidak tenggelam
Insang berwarna merah
Tidak berbau busuk

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Tip Keselamatan Makanan
Hari Keselamatan Makanan Sedunia

#TIP 3 :
PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT

Segar
Tidak berlendir
Tidak berbau busuk
Tidak berubah warna
Tidak lebam

#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
#tipskeselamatanmakanan
#foodsafetytips
Perluasan pemberian imunisasi pneumokokal dilaksanakan bermula 1 Jun 2023 sehinggan 31 Mei 2024.

Semua kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi pneumokokal layak menerima imunisasi ini.

Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok.

Hubungi talian yang tertera untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan berhenti merokok.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama