Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Anda mempunyai tanggungan yang ingin divaksinasi?

Gunakan fungsi Tambah Tanggungan dalam aplikasi Mysejahtera dan sila ikuti langkah-langkah yang disediakan di atas.

#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda
#MySejahtera

Sumber: MySejahtera
Lindungi Anak Kita Daripada HFMD
Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1

Tarikh : 1 Jun 2023 (Khamis)
Masa : 8.10 pagi
Panel :
Dr. Norita bt. Shamsudin
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sempena Perayaan Gawai dan cuti sekolah, pasti kitak orang bercadang balik kampung kan.

Tapi, sebelum meninggalkan rumah, luangkan masa 10 minit untuk cari dan hapus tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#KekalSihat
#sihatmilikku
#10minitseminggu
#CariDanMusnah

Sumber: Promosi Kesihatan JKN Sarawak
Dalam kegembiraan kita menyambut perayaan Gawai, pastikan jangan lupa melakukan langkah pencegahan Denggi.

#CegahDenggi
#KekalSihat

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Selamat Menyambut Hari Gawai kepada masyarakat Dayak yang meraikannya.

"Gayu Guru Gerai Nyamai"

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
WHO telah menetapkan tarikh Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei setiap tahun dengan tema Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan pada tahun ini.

Perlaksanaan Hari Tanpa Tembakau adalah bagi menyahut strategi empower yang digariskan oleh FCTC di peringkat global.

Hampir 5 trilion batang rokok dihisap setiap tahun yang menyumbang kepada lebih 8 juta kematian.

Berhenti merokok sebagai satu langkah menjamin kebajikan keluarga khususnya dalam penyediaan makanan hasil daripada penjimatan tidak membeli rokok atau produk seumpamanya.

Rokok elektronik dan vape tidak boleh digunakan sebagai kaedah berhenti merokok. Amalkan kaedah 5S untuk berhenti merokok.

Tonton video ini untuk ketahui amalan 5S tersebut.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bagi bakal jemaah yang akan menyahut panggilan haji pada tahun ini, banyak perkara yang perlu dipersiap sebelum bertolak ke Tanah Suci. Selain kelengkapan pakaian, persediaan ubat-ubatan juga perlu dilakukan agar dapat menjalankan ibadah dengan sebaiknya.

Jom kita pelajari contoh-contoh ubat yang sesuai dibawa semasa mengerjakan ibadah haji.

#kenaliubatanda
#haji

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Selamat Hari Kanak-kanak Antarabangsa.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat menyambut Hari Gawai.

Gaya Guru Gerai Nyamai.

Raikan kemeriahan Hari Gawai secara sihat dan bebas daripada asap rokok.

Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tahukah Anda?

200,000 hektar hutan musnah untuk penanaman tembakau setahun mengakibatkan pemanasan global.

Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tabiat menghisap vape semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Hakikatnya, tabiat menghisap vape boleh memudaratkan kesihatan seseorang sama seperti rokok biasa.

Hal ini kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan organ tubuh seperti mata, jantung, perut, sel otak, tekak dan paru-paru.

Oleh itu, penghisap vape perlu menghentikan sentimen vape lebih selamat daripada rokok biasa seterusnya menghentikan tabiat tersebut dengan segera agar kekal sihat.

Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com 🚭
Jom klik https://rb.gy/6wjhe dan selak e-mag edisi Jun 2023.

Antara yang menarik dalam edisi kali ini adalah seperti aktiviti interaktif sitkom AUSSH, tip untuk aktif aktiviti fizikal dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awam semasa cuaca panas.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang di Malaysia menghidap hipertensi.

Sekiranya hipertensi tidak dicegah atau dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang.

Rakyat Malaysia diseru untuk cakna status kesihatan bagi mencapai tahap kesihatan yang maksimum tanpa halangan atau batasan kerana kesihatan adalah milik kita. Marilah kita berusaha untuk kekal cergas dan sihat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga, generasi masa depan dan masyarakat. Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam, Hindari Hipertensi. Sentiasa #CERDIK!
Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.

Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊