Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran.

Kami komited untuk mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

Semoga inisiatif ini dapat menjimatkan masa pesakit, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan kesihatan pergigian negara.
#DrZ #KKM #MalaysiaMADANI
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tip Semasa Cuaca Panas

☂️ Gunakan payung atau topi 🧢
🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya
😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV
👕 Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah

Kekal sihat dan hidrat sepanjang masa

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kaki Temberang

Saksikan petikan episod Kaki Temberang, lakonan hebat bintang undangan Marissa Yasmin dalam Sitkom ANMS - AUSSH! malam ini (16 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
☀️☀️Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara ini telah mengalami fenomena cuaca panas yang telah menyumbang kepada peningkatan suhu persekitaran.

Berada di luar bangunan mendedahkan seseorang kepada cuaca panas secara langsung. Cuaca yang terlampau panas boleh menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan mengakibatkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta berisiko mendapat dehidrasi dan strok haba.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengoptimakan proses nyah haba dari badan dengan berada di persekitaran yang lebih sejuk.
Aedes semakin mengganas.
Kes terus meningkat.
Kematian semakin ramai.

Ayuh semua kita gempur Aedes habis-habisan sebelum ahli keluarga kita menjadi mangsa Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
#10minitseminggu
Perancangan Keluarga

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Naemah binti Sharifuddin,Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Impak Cuaca Ekstrem Terhadap Kesihatan Mental

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Irna Hasymirayasmin binti Mohd Yusof, Pegawai Perubatan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Denggi yang Dengki

Sazali panik apabila mendapat tahu beberapa orang jirannya telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Kemudian muncul seorang lelaki bernama Wahid yang mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai gajet yang kononnya boleh menghapuskan nyamuk Aedes.

Betul ke gajet-gajet tersebut berjaya menghapuskan nyamuk Aedes? Nantikan dalam episod Denggi yang Dengki, malam ini (17 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesihatan sangat bernilai dan berharga kerana ianya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Mengamalkan budaya hidup yang sihat dan berkualiti pasca pandemik dapat mewujudkan masyarakat yang bebas daripada penyakit.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Amandalyn Chen

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perancangan Keluarga

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Naemah binti Sharifuddin,Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cegah HFMD.

Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu selepas mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

Elakkan membawa anak ke tempat sesak dan berisiko tinggi.

#ANMS #KekalSihat #hfmd #sihatmiliķku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri.

➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
➡️ Kurangkan aktiviti di luar
➡️ Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah
➡️ Pakai cermin mata gelap dengan anti-uv
➡️ Pakai topi ketika bekerja di bawah panas matahari
➡️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kini anda tidak perlu lagi walk in dan menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian.

Tempah janji temu di fasiliti kesihatan berhampiran anda melalui aplikasi MySejahtera!

Sumber: MySejahtera
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Denggi yang Dengki

Saksikan petikan episod Denggi yang Dengki, lakonan hebat bintang undangan Bell Ngasri dalam Sitkom ANMS - AUSSH! malam ini (17 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝗛𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat.

Hampir 50% dari penghidap hipertensi di kalangan dewasa di Malaysia tidak menyedari mereka mengalaminya (NHMS 2019) oleh itu lewat mendapatkan rawatan.

Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah.

𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 !
Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak.

Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi.

KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Pesakit yang mengalami serangan asma lazimnya dibekalkan dengan inhaler. Penggunaan inhaler dengan cara yang betul adalah amat penting bagi memastikan ubat dapat terus sampai ke paru-paru .

Kenali jenis-jenis inhaler serta teknik penggunaan inhaler yang betul agar penyakit asma yang dihidapi adalah terkawal.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM