Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes demam denggi meningkat kepada 217.2% berbanding tahun 2022. Ayuh kengkawan kita gerakkan pasukan kita hapuskan Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saring bermaksud melakukan pemeriksaan asas kesihatan untuk mengesan tahap kesihatan seseorang individu sama ada berisiko atau tidak menghidapi penyakit kronik.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 1 April 2023 (ME 13/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 5,052,337 kes;
Kumulatif kes sembuh: 5,004,546 kes;
Purata kes aktif : 10,324 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,984 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,183 kluster (kluster aktif: 11 kluster).

Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 12/2023 dan ME 13/2023 :

Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 37.7 peratus (2,228 kes kepada 3,069 kes);
Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak 23.3 peratus (1,831 kes kepada 2,258 kes); dan
Bilangan kes kematian menurun sebanyak 28.6 peratus (7 kes kepada 5 kes).

Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/04/04/kenyataan-media-kpk-4-april-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronovirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-13-tahun-2023-26-mac-1-april-2023/
Health For All.

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Dr. Rima Marhayu binti Abdul Rashid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Ops Ramadan - Pastikan Makanan Bersih dan Selamat

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama En. Badwuzzaman bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Pn. Nurul Huda binti Abd Aziz, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Derma Darah di Bulan Ramadan : Boleh Ke?

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Norasrina Ishak, Pakar Perubatan Transfusi dari Pusat Darah Negara.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Health for All

Jangan lupa sertai Tiktok Live MyHealthKKM pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang bersama Dr. Rima Marhayu binti Abdul Rashid, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan makanan.

Sebagai pengguna, amalkan budaya 3M.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Qayyumjawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ala sudu plastik je pun....TAPI..sudu plastik ni lah antara penyebab kepada pembiakan Aedes...nampak je biasa kan...tapi kalau Aedes membiak merana hidup kita....

Tindakan Bijak : Buanglah sudu ini ke dalam tong sampah

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selaras dengan kehendak Akta 535 Akta Tabung Haji 1995, pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Tabung Haji (TH) ke atas setiap bakal haji Malaysia yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.

Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dapatan daripada kajian yang dilakukan setiap empat tahun didapati peratus golongan dewasa yang mempunyai penyakit tidak berjangkit meningkat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jemaah haji perlu mengambil suntikan Vaksin Meningococcal Meningitis dan Vaksin COVID-19 yang lengkap (dos pertama, dos kedua dan dos penggalak) bagi mengekang penularan wabak penyakit meningokokus yang pernah berlaku selepas musim Haji tahun 2001 dan 2012 serta COVID-19 yang masih mempunyai risiko yang tinggi buat masa ini terutama semasa perhimpunan ramai.

Jemaah haji juga digalakkan mengambil Vaksin Pneumococcal dan Vaksin Influenza yang boleh mengakibatkan radang paru-paru yang juga merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan kematian di kalangan para jemaah haji.
Puasa dan bazar Ramadan sudah sangat sebati dalam masyarakat kita kan?

Ramai teruja untuk memilih makanan kegemaran masing-masing, sehingga melimpah-limpah meja makan waktu dihidangkan sewaktu berbuka dan akhirnya dah tak terdaya nak dihabiskan😆😆😆

Jom ikuti tips menyimpan lebihan juadah berbuka dengan selamat

Psstt.... berpuasa untuk dapatkan pahala, jangan sampai dapat dosa atas sebab membazir pulak ye...rugi....😇😇😇

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Health For All

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
💧💧Pengambilan air secukupnya pada bulan puasa amat penting untuk menghindar dehidrasi. Malah, kekurangan air ketika berpuasa akan menjadikan seseorang mudah letih.

Air berfungsi menyokong fungsi penghadaman selain mengoptimumkan fungsi organ badan yang lain.

Pada bulan Ramadan, ramai individu muslim agak sukar untuk mengekalkan pengambilan 8 gelas air sehari. Oleh itu, bagaimana untuk membahagikan 8 gelas air dalam sehari? Ikuti tip yang dikongsikan.🥤🥤
Ops Ramadan - Pastikan Makanan Bersih dan Selamat

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 6 April 2023 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

En. Badruzzaman bin Abdul Rahim
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Berpuasa tapi perlu makan ubat?

Saksikan Sembang Sihat Milik Selangor dengan topik :-
Panduan Makan Ubat Ketika Ramadhan bersama Panel Jemputan, Encik Fahmi Hassan, Pegawai Farmasi dari Hospital Serdang pada 5 April 2023 (Rabu), jam 10.00 pagi.

Sumber: CPK Negeri Selangor
Kehidupan moden dengan kemudahan yang ada menjadikan kita semakin tidak aktif dan ini boleh menyumbang kepada peningkatan trend penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jangan cari alasan dan berusaha untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian kita, sama ada dengan berjalan, bermain, melakukan kerja rumah, bersenam atau pun bersukan.

Ayuh budayakan amalan hidup aktif dalam diri, keluarga dan masyarakat kita.

Selamat Hari Aktiviti Fizikal Sedunia!

Setiap saat berharga. Jom aktif!

World Physical Activity Day 2023. Have a Good Time! Be Active!

#ANMS #KekalSihat #worldphysicalactivityday2023 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Amalan hidup aktif memberi banyak faedah kepada kesihatan fizikal dan mental.

Berikut merupakan saranan aktiviti fizikal Malaysia.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama