Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 – Berkenaan Ubat Dabigatran Yang Dipanggil Balik Di Amerika Syarikat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel di dalam laman sesawang medscape.com bertajuk Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen yang diterbitkan pada 23 Mac 2023. Pengumuman syarikat bertajuk Ascend Laboratories LLC. Issues Voluntary Nationwide Recall of Dabigatran turut dimuat naik di laman sesawang The United States Food and Drug Administration (US FDA) pada 22 Mac 2023.

Artikel tersebut telah melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC yang melaksanakan proses panggil balik produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg secara sukarela sehingga ke tahap pengguna, susulan kepada pengesanan bendasing (impurity) nitrosamine iaitu N-nitroso-dabigatran di dalam produk tersebut yang melebihi tahap Acceptable Daily Intake (ADI) yang diterima di peringkat global. Selain itu, turut dimaklumkan di dalam artikel tersebut bahawa tiada laporan kejadian kesan advers yang diterima oleh pihak syarikat Ascend Laboratories LLC yang berkaitan dengan proses panggil balik ini.

Namun demikian, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan mendapati bahawa Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. Sebagai peringatan, produk yang tidak berdaftar melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.

Sebagai makluman, produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg ini berfungsi sebagai antikoagulasi (anticoagulant) dan diambil secara oral untuk mengurangkan risiko penyakit strok dan darah beku (blood clots). Bendasing Nitrosamine ini biasanya ditemui dalam air dan makanan, termasuk daging yang diawet dan dipanggang, produk tenusu dan sayur-sayuran. Pendedahan kepada nitrosamine yang melebihi tahap ADI dalam jangka masa panjang berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser kepada pengguna.

KKM melalui NPRA sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Sebarang perkembangan berkenaan produk dabigatran di Malaysia akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 MAC 2023

https://kpkesihatan.com/2023/03/29/kenyataan-media-kpk-29-mac-2023-berkenaan-ubat-dabigatran-yang-dipanggil-balik-di-amerika-syarikat/
Ramadan dan Kesihatan Mental

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Pn. Nor Asida binti Shafii, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Amalan pemakanan sihat dan seimbang dalam bulan Ramadan juga penting untuk memastikan kesihatan yang optimum dan meningkatkan sistem imuniti badan bagi melawan penyakit terutamanya jangkitan COVID-19.

Elakkan makan secara berlebihan ketika berbuka puasa.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SAMBUT RAMADAN DENGAN BUDAYA 3M

Mengamalkan M-A-S-A-K

Memilih M-B-C

Melaksana KENDIRI

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahu cara pengambilan ubat mengikut masa yang betul?

Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#sihatsepanjanghayat #anms #myhealthkkm #sihatmilikku

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🫁 Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian seperti:

1) batuk melebihi 2 minggu
2) demam
3) batuk berdarah
4) hilang selera makan
5) susut berat badan

Sekiranya terdapat gejala, ada perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.

Kredit: https://vt.tiktok.com/ZS8gQth2S/

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Kolesterol merujuk kepada sejenis lemak yang diperlukan untuk membina tisu sel dan hormon tertentu serta melindungi saraf. Sumber utama kolesterol adalah secara semulajadi iaitu dihasilkan oleh organ hati kita sendiri yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Sumber luaran adalah makanan seperti daging, telur dan produk tenusu.

Terdapat 2 jenis kolesterol, iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kedua-dua kolesterol ini mempunyai fungsi yang berbeza yang memberi kesan kepada kesihatan.

Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang terlalu banyak, boleh memudaratkan kesihatan. Kawal pengambilan kolesterol harian anda bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.
Sihat dapat, pahala pun dapat.

Jom

👍 Amalkan makanan sunnah
👍 Eratkan hubungan silaturahim
👍 Jaga kesihatan diri dan kebersihan persekitaran
👍 Lakukan senaman yang digemari & senaman ringkas

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berita baik untuk penduduk daerah Klang!

Klinik Kesihatan (KK) Bandar Botanik telah terpilih untuk projek rintis bagi menangani kedatangan pesakit kategori zon hijau iaitu mereka yang mengalami gejala ringan dan kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan dan trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Klinik beroperasi setiap hari termasuk hari kelepasan am dari 8.00 pagi hingga 9.30 malam. Waktu pendaftaran terakhir adalah sehingga pukul 9.00 malam.

Perkhidmatan yang disediakan pada waktu operasi selepas waktu pejabat adalah

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan
Rawatan ringan pesakit luar
Perkhidmatan kepakaran kesihatan keluarga
Ujian makmal
Pengimejan (X-Ray)

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang kini dibuka Isnin hingga Ahad, 8.00 pagi hingga 9.30 malam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Syok kan dapat iftar di padang. Lepas habis makan, buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

Senangkan nak banteras Aedes, kita musnahkan bekas-bekas yang berpotensi menjadi tempat pembaikan Aedes.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sembang Sihat Milik Selangor

Ramadhan bermula nya titik tolak untuk berhenti merokok. Saksikan Sembang Sihat Milik Selangor dengan topik :-

Nafas Baru Bermula Ramadhan bersama Panel Jemputan, Puan Siti Hajar binti Saruji, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 31 Mac 2023 (Jumaat), jam 10.00 pagi.

#SihatMilikSelangor
#ANMS
Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital adalah untuk rawatan kecemasan.

Keutamaan diberikan kepada kes kecemasan dan kritikal.

Mohon kerjasama semua untuk dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran untuk rawatan kes bergejala ringan dan bukan kecemasan.

Bersama bantu kami mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan kalori yang berlebihan serta aktiviti yang kurang aktif daripada kebiasaan pada bulan Ramadan akan menyumbang kepada peningkatan risiko obesiti dan penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’. Pastikan sayuran dan buah-buahan ada dalam setiap hidangan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak sertai aktiviti kesihatan serta ingin dapatkan konsultasi berkenaan Intervensi Pengurusan Berat Badan?

Mudah sahaja. Pergi ke WELLNESS HUB yang berdekatan kawasan komuniti anda dan berjumpa dengan konsultan bertugas.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Sairiya Murugiah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
April Full Workout (Low Intensity Body Weight)

Sertai sesi FB Live esok pada pukul 6.00 petang bersama Coach Azrul.

#ANMS #KekalSihat #aktifdibulanramadan #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berbuka atau moreh di restoran? Premis makanan adalah kawasan larangan merokok, jadi pastikan anda menegur jika ternampak perokok yang merokok dalam restoran ya.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jadilah individu yang bijak dan mengutamakan kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan sebelum menikmati juadah berbuka puasa.

Utamakan penyediaan makanan di rumah bagi mengawal penggunaan minyak, gula dan garam dalam makanan

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita amalkan Take 5 bagi mengelakkan tekanan emosi di samping menjaga kesejahteraan fizikal kita.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Naqiuddin Nasri

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama