Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

26. Bolehkah wakil menggantikan pelanggan semasa slot janji temu?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

27. Bolehkah saya membuat tempahan janji temu di klinik pakar pergigian menggunakan aplikasi MySejahtera?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nafas Baharu Bermula Ramadan

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 28 Mac 2023 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

En. Muhammad Muzammil bin Ishak
Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera

28. Bolehkah saya menjadualkan semula janji temu saya?

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Manfaatkan rezeki untuk juadah berbuka yang sederhana dan bersedekah. Elak beli rokok atau vape yang memudaratkan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dekat nak raya ni semakin ramai yang meninggal akibat denggi. Jadi jangan biarkan sanak saudara kita jadi mangsa seterusnya. Jom hapus Aedes 10 minit seminggu.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dialog 1.30 bersama Pn Siti Norliza Md Arif, Pegawai Pendidikan Hospital, Melaka dengan tajuk Nafas Baru Bermula Ramadan, 1.30 tengah hari, 28 Mac 2023.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adalah penting untuk kita dapatkan informasi terkini dan sahih terutamanya berkaitan dengan kesihatan.

Bagaimana? Ikuti semua platform media sosial KKM.

Layari laman sesawang http://www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS
#MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan.

Individu yang bergejala digalakkan untuk mengamalkan TRIIS.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩺Gastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut.

📌Fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, sama ada ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Oleh itu, ketahui punca dan sebab-sebab yang menyebabkan gastrik berlaku agar ia boleh membantu anda dalam menyeimbangkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gastrik.
Niat untuk Berhenti Merokok dengan Berkat Ramadan

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 2.00 hingga 3.00 petang bersama Ustaz Masrol bin Mohd. Rasid, Eksekutif Dakwah Digital dan Tugas Khas dari Lembaga Zakat Selangor.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Sambut Ramadan dengan Budaya 3M, Elakkan Keracunan Makanan

Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Puan Nur Anis binti Mohd Sani, Ketua Penolong Pengarah dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
🕔Pengambilan sahur sangat digalakkan dalam kalangan umat Islam untuk membekalkan tenaga ketika seharian berpuasa. Meninggalkan makan sahur boleh menyebabkan keletihan ketika berpuasa.

Anda disarankan untuk mengambil makanan yang membekalkan tenaga lebih lama seperti sayur, buah dan kekacang, adalah amat digalakkan diambil pada waktu sahur.

📌Waktu bersahur juga penting untuk memastikan kita sentiasa cergas dan bertenaga ketika bersahur.

💪Jom ikuti tip sahur yang sihat sebagai panduan pemakanan anda.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menjangkakan jumlah pendaftaran slot janji temu terus meningkat dengan peningkatan jumlah fasiliti kesihatan yang menyertai inisiatif ini.

Inisiatif ini merupakan salah satu lagi fokus KKM bagi mengurangkan isu kesesakan di fasiliti kesihatan. Pesakit yang telah berdaftar untuk slot janji temu tidak perlu lagi datang awal ke fasiliti kesihatan.
Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan.

Individu yang positif COVID-19 dilarang untuk menghadiri aktiviti sosial dan perlu menjalani Home Surveillance Order.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Niat untuk Berhenti Merokok dengan Berkat Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 2.00 hingga 3.00 petang bersama Ustaz Masrol bin Mohd. Rasid, Eksekutif Dakwah Digital dan Tugas Khas dari Lembaga Zakat Selangor.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunisasi yang sepatutnya.

Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Thiyagu B

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Niat untuk Berhenti Merokok dengan Berkat Ramadan

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
‼️Pernahkah anda mendengar tentang penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak😷

🫘👨‍👨‍👧‍👧Selain golongan dewasa, kanak-kanak juga boleh mendapat penyakit buah pinggang.

Penyakit buah pinggang dalam kalangan kanak kanak boleh dicegah sekiranya dikesan dari awal.
⚠️ Tahukah anda bahawa di dalam badan Ikan Buntal terdapat RACUN TETRODOTOXIN yang boleh membawa maut🏴‍☠️

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 – Berkenaan Ubat Dabigatran Yang Dipanggil Balik Di Amerika Syarikat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel di dalam laman sesawang medscape.com bertajuk Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen yang diterbitkan pada 23 Mac 2023. Pengumuman syarikat bertajuk Ascend Laboratories LLC. Issues Voluntary Nationwide Recall of Dabigatran turut dimuat naik di laman sesawang The United States Food and Drug Administration (US FDA) pada 22 Mac 2023.

Artikel tersebut telah melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC yang melaksanakan proses panggil balik produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg secara sukarela sehingga ke tahap pengguna, susulan kepada pengesanan bendasing (impurity) nitrosamine iaitu N-nitroso-dabigatran di dalam produk tersebut yang melebihi tahap Acceptable Daily Intake (ADI) yang diterima di peringkat global. Selain itu, turut dimaklumkan di dalam artikel tersebut bahawa tiada laporan kejadian kesan advers yang diterima oleh pihak syarikat Ascend Laboratories LLC yang berkaitan dengan proses panggil balik ini.

Namun demikian, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan mendapati bahawa Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. Sebagai peringatan, produk yang tidak berdaftar melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.

Sebagai makluman, produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg ini berfungsi sebagai antikoagulasi (anticoagulant) dan diambil secara oral untuk mengurangkan risiko penyakit strok dan darah beku (blood clots). Bendasing Nitrosamine ini biasanya ditemui dalam air dan makanan, termasuk daging yang diawet dan dipanggang, produk tenusu dan sayur-sayuran. Pendedahan kepada nitrosamine yang melebihi tahap ADI dalam jangka masa panjang berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser kepada pengguna.

KKM melalui NPRA sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Sebarang perkembangan berkenaan produk dabigatran di Malaysia akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 MAC 2023

https://kpkesihatan.com/2023/03/29/kenyataan-media-kpk-29-mac-2023-berkenaan-ubat-dabigatran-yang-dipanggil-balik-di-amerika-syarikat/