Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Qatar, Ireland, Ecuador dan Luxembourg adalah antara negara baru yang disenaraikan dalam kategori negara terlibat dengan COVID-19.

Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran pula terus menunjukkan peningkatan kes positif dan kematian. Setakat ini, jumlah kes di Korea Selatan dan Itali masing-masing mencecah lebih 1,000 kes.

KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke negara-negara di atas jika tidak melibatkan urusan yang penting.

Untuk makluman, Malaysia kekal dengan 25 kes keseluruhan. 22 telah sembuh manakala 3 lagi masih terima rawatan.
Susulan dari empat (4) kes terbaru yang dicatatkan pada 1 Mac 2020, jumlah kes keseluruhan ialah 29. Ini termasuk kes 28 yang merupakan rakan sekerja kes 25, lelaki Itali yang telah berkunjung ke Itali bagi urusan kerja.
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 1st March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
SLE : Penyakit Wanita?

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita bersama Dr. Malik Faris Riza Feisal Jeffrizal pada pukul 12.00 tengah hari di Astro Prima.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Rep. Czech, Armenia & Rep. Dominika ialah 3 negara baru terlibat dgn #COVID19 pd 2 Mac 2020.

Punca jangkitan di Rep. Czech adlh dari Itali.

Sepanyol tunjuk peningkatan mendadak kes positif, meningkat kpd 76 berbanding 45 smlm.

Perancis naik 30 kes positif, menjadi 130 hari ini
Situasi terkini berkenaan wabak COVID-19 boleh menyebabkan individu terkesan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan perubahan selera makan.

Sila dapatkan bantuan dari klinik/hospital berdekatan jika anda mengalami gejala ini.

#coronavirus
#COVID19
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 2nd March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti

❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit

#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Indonesia mencatatkan dua kes positif COVID19, menjadikan mereka negara ke-65 terlibat dengan jangkitan wabak COVID19.

Salah sebuah hospital di Wuhan yang dibina khusus untuk menampung pesakit COVID19 telah ditutup selepas pesakit terakhir yang dirawat telah pulih sepenuhnya.

Ini menunjukkan penurunan kes positif di China, walaupun masih terdapat peningkatan di Korea Selatan, Iran dan Itali.

Malaysia kekal dengan 29 kes positif, dengan 22 telahpun pulih sepenuhnya. Tujuh masih dirawat diwad.
Terkini: Susulan dua individu kenamaan yang dikaitkan dengan pesakit #COVID19 kes ke-26.

Hasil ujian makmal yang dilakukan di Hospital Sg Buloh mendapati kedua-duanya adalah NEGATIF.

Latest update on two VIPs linked to 26th positif #COVID2019 case.

Clinical tests done by Hosp Sg Buloh found both to be NEGATIVE.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3106498192707381&id=578835322140360
3 Mac merupakan Hari Pendengaran Sedunia.

Jangan biarkan hilang pendengaran membataskan kehidupan anda.

#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Adik Nurin Hanin Zafirah bt. Nurherman telah dilahirkan tanpa pendengaran dan tidak boleh bertutur. Namun pendengaran beliau berjaya dipulihkan setelah menjalani pembedahan Implan koklea dan fasa rehabilitasi pertuturan dan auditori di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Kini adik Nurin berusia 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Aliran Perdana di Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang.

#sihatmilikku
#walkthetalk