Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (28 Februari 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (28 February 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Lithuania, Belarus, North Island dan Nigeria adalah negara baru yang disenaraikan dalam negara terlibat dengan jangkitan COVID-19.

Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 6 petang, 28 Februari 2020).

Malaysia kekal dengan 25 kes sehingga kini termasuk 22 yang telah pulih dan sembuh.

*Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 (updated at 6 pm, 28th Feb 2020).

Four (4) new countries were listed among the countries involved namely Lithuania, Belarus, North Island and Nigeria.

In other development, the total cases in Malaysia remain at 25, including 22 cured.
Dua (2) kes baru positif COVID19 telah dicatatkan pada hari ini, 28 Februari 2020 menjadikan kes keseluruhan 25.

Kes melibatkan seorang warganegara Jepun yang bekerja di Malaysia dan seorang warganegara Itali yang berkahwin dengan warga tempatan dan tinggal di Malaysia.

22 dari 25 kes telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Tiga (3) lagi masih terima rawatan di wad.
Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 8 pagi, 29 Februari 2020).

Malaysia kekal dengan 25 kes sehingga kini termasuk 22 yang telah pulih dan sembuh.

*Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Mohon maaf di atas kelewatan mengemaskini status kerana kami menghadapi masalah teknikal.

Worldwide current statistics of COVID-19 (updated at 8 am, 29th Feb 2020).

In other development, the total cases in Malaysia remain at 25, including 22 cured.
Qatar, Ireland, Ecuador dan Luxembourg adalah antara negara baru yang disenaraikan dalam kategori negara terlibat dengan COVID-19.

Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran pula terus menunjukkan peningkatan kes positif dan kematian. Setakat ini, jumlah kes di Korea Selatan dan Itali masing-masing mencecah lebih 1,000 kes.

KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke negara-negara di atas jika tidak melibatkan urusan yang penting.

Untuk makluman, Malaysia kekal dengan 25 kes keseluruhan. 22 telah sembuh manakala 3 lagi masih terima rawatan.
Susulan dari empat (4) kes terbaru yang dicatatkan pada 1 Mac 2020, jumlah kes keseluruhan ialah 29. Ini termasuk kes 28 yang merupakan rakan sekerja kes 25, lelaki Itali yang telah berkunjung ke Itali bagi urusan kerja.
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 1st March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
SLE : Penyakit Wanita?

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita bersama Dr. Malik Faris Riza Feisal Jeffrizal pada pukul 12.00 tengah hari di Astro Prima.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Rep. Czech, Armenia & Rep. Dominika ialah 3 negara baru terlibat dgn #COVID19 pd 2 Mac 2020.

Punca jangkitan di Rep. Czech adlh dari Itali.

Sepanyol tunjuk peningkatan mendadak kes positif, meningkat kpd 76 berbanding 45 smlm.

Perancis naik 30 kes positif, menjadi 130 hari ini
Situasi terkini berkenaan wabak COVID-19 boleh menyebabkan individu terkesan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan perubahan selera makan.

Sila dapatkan bantuan dari klinik/hospital berdekatan jika anda mengalami gejala ini.

#coronavirus
#COVID19
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 2nd March 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti

❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit

#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk